Selasa, 15 Mei 2012

Tahniah Top Club in London! Satu game simpulkan keseluruhan musim.


Masih belum terlambat bukan untuk mengucapkannya? Selamat menyambut belated Totteringham's Day buat para Gooners khususnya di Malaysia!! Akhirnya ia hadir di hari terakhir musim, yang dikatakan satu finale paling dramatic,emotional dan mendebarkan sejak gol Michael Thomas di Anfield 1989.Namun gua yakin tidak ada yang lebih manis selain dari menang ke atas league contender di tempat mereka sendiri di depan mata mereka sendiri dan merampas title di minit2 akhir, itu memang jauh lebih klasik. Itulah sejarah Arsenal dan pada hari ini kita hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga, segalanya sealed and confirmed sesudah ending yang cukup nervy tapi satu pencapaian yang respectable jika dilihat pada posisi kita di awal musim. Siapa sangka. Namun saingan yang diberikan oleh anak buah Roy Hodgson di Hawthorns bukan calang2, membuatkan Wenger tak senang duduk, jari tak duduk diam, dipeluknya pat rice beberapa kali sehingga orang tua yang nak bersara tu pun kelihatan sedikit tension dengan perilaku bos merangkap partnernya. Itulah perasaan dan tabiat yang mewakili semua peminat Arsenal betapa resah dan gelisahnya sepanjang perlawanan dan kelegaan jelas terpancar sesudah wisel penamat dengan kita berjaya membawa balik kemenangan 3-2, terimkasih kepada Martin Fulop (tanpa 'u') kemenangan pertama dalam 5 game, maka lenyaplah segala saki baki api perjuangan dan cita2 haram jiran tak duduk diam, Spuds yang hanya mampu berpuas hati di tempat keempat. Suatu kedudukan yang belum menjamin tempat mereka kerana ia kini bergantung pada kehebatan Bayern Munich. Jadi malam tadi kita menyaksikan the shift of power , Manchester dari merah ke biru, Mersyside dari merah ke biru, tapi di Utara London, ia masih merah menyala! Kita juga kini disahkan top club of London. Unbelievable. 10 points and they still bottled it ?? Selamat duit poket Wilshere, tapi ini peluang Spuds untuk buat charity bagus la gitu.

Game malam tadi betul2 menyimpulkan satu musim Arsenal. penuh turun naik, penuh suka duka, penuh tension, gelabah tapi akhirnya seperti biasa selamat..Dengan automatik jawatan Wenger kini lebih selamat dari sediakala. Arsenal start game dengan reshuffled defence terutama di bahagian fullback tanpa Gibbs dengan Santos mengambil tempat, Carl Jenkinson mengganti Coquelin yang dinaikkan bergandingan dengan Rosicky dan Song.Yossi main wide kiri kemudian Gervinho berpindah ke sebelah kanan, RVP pemenang kasut emas musim ini jadi main striker.Golnya hanya terbantut di angka 30. Tiada pecahan rekod buat RVP ,sayang ketika dia semakin hampir.

 Theo diletakkan di bangku simpanan sebagai emergency. Tak perlu tunggu lama, skrip sama macam Norwich, Arsenal ambil masa 4 minit sahaja untuk menjaringkan gol awal, masa ni dah tau Spuds pun dah leading jadi Yossi dengan slumber mengoptimakan kesilapan pertama Fulop merampas bola dari jangkauan penjaga gol tersebut dan digolekkan ke dalam gol terngaga luas.1-0 to the Arsenal. Gol Yossi ini mengingatkan kembali sejarah di mana dialah penjaring gol West Ham yang menutup peluang Spuds memintas kita 6 tahun yang lalu.Sama ada dia akan dipermanentkan atau tidak itu belum pasti, yang pasti dia telah melakukan tugas dengan cukup profesional, a good servant, dan mempunyai work-rate yang tinggi.

Tapi entah macam mana setiap kali kita lead kita menggelabah tak tentu hala. High line defending kita sekali lagi memakan diri. Kita terperangkap dengan perangkap offside ciptaan sendiri ketika linesman gagal mengesan Long yang jauh ke depan melepasi markernya tapi sebab mungkin ada kelibat Jenkinson kat tepi yang agak slow bertindak linesman memilih untuk tak mengangkat bendera. Long mudah menewaskan Szczesny yang serba salah nak keluar atau takmo keluar, tapi akhirnya dia memilh option yang salah. Banyak lagi yang perlu dibelajar oleh keeper kita, mungkin posisi ini patut dilihat kembali untuk perlunya persaingan sihat dari yang lebih berpengalaman. Tadi Morisson yang hantar bola, 4 minit lepas tu sekali lagi dia buat hal lagi, dihantarnya bola lambung membuatkan Koscielny entah ke mana2 no mans land tertewas dengan control ball Dorrans yang merembat masuk menewaskan Szczesny. 2-1. Waktu ni gua rasa WHL dah berpesata sakan..kahkahkah biarkan..Melihat pada game yang open gua yakin kita akan kembali tapi cuma yang gua concerned adalah sama ada kita mampu atau tak menghalang pembolosan sekali lagi. Itu benar2 bermain di minda sehinggalah wisel penamat, seriously Arsenal jangan buat macam gini lagi sakit jantung gua.

Santos tak mempersia2kan peluang yang diberi. Orang kata kerja dia asyik nak merembat tapi pedulik apa daripada langsung tidak mencuba. Sekurang2nya dia memberi kita option dalam attacking side kita yang dilihat terlalu mengharapkan wide man, kalau hari tu wideman offday, Arsenal pun bungkus. Sama jugak seperti RVP, jadi kita perlukan player2 lain untuk step up ambil tanggungjawab ni.Santos menjaringkan gol penting penyamaan ketika bertemu Chelsea di Stamford Bridge dan kali ini dia mengulangi kepentingan golnya dengan jaringan penyamaan, sekali lagi Fulop buat apa pun gua tak tau tapi simpati yang gua sampaikan padanya sejujurnya ternyata tak ikhlas langsung kerana gua rasa syok masa tu.2-2 belum pun half time. Masih ada lagi chance untuk game ni swing ke mana2 arah, kalau tak berhati2 bahana menunggu kita. Masalah utama kita selain defence adalah midfield. Song, Rosicky dan Coquelin tak serasi. Lambat close down dan sentiasa gave up possession.Terlalu banyak ruang dan masa yang diberikan kepada midfield WBA untuk menggerakkan game plan mereka.

2nd half kita memerlukan injection, Theo baru baik injured diperjudikan menggantikan Rosicky yang kelihatan penat.Mungkin Pat Rice dah bagi kata2 semangat terakhirnya yang berapi2 supaya anak2buahnya tidak menghadiahkan tempat ketiga kepada Spuds di hari terakhirnya, Pat Rice jugak adalah Mr Arsenal jadi derby rivalry ni cukup berkesan dan sebati di hati.10 minit lepas sepak mula 2nd half,Arsenal dapat corner. RVP angkat sekali lagi disambut oleh Fulop yang hanya mampu menepis bola ke arah gawangnya sendiri. Koscielny depan tu apa lagi.. terima kasih sahaja lah.

Arsenal waktu ni kembali ke tempat ketiga, Spuds dah leading dua bijik, Fulham nampaknya dah tak berminat nak amek pot walaupun London derby. Segalanya terletak di tangan Arsenal. Bolos sekali lagi, habis punah ranah rekod yang dicipta sejak 95, sebab itu Arsenal perlu defend bermati2an untuk kekalkan sambutan kita sentiasa berada di atas Spuds.Maruah beb maruah.Jangan sesekali bagi local derby pintas inikan pula bagi menang liga.Tapi ketika kita hanya perlu play simple, ada sahaja yang pilih jalan sukar, banyak lose possesion buang bola suka hati.Tergigit2 kuku jari penyokong Arsenal ketika ini," cepatlah habis, tiuplah wisel " setiap kali bola dibawak oleh pemain WBA, long ball  atau mendekati penalti box cuaknya semacam.

WBA cuba untuk gung Ho. Arsenal cuba sebaik2nya menenangkan keadaan , mengelakkan kesilapan2 walau sebesar zarah. 5 minit pulak tu masa tambahan memang mencemaskan. Paling superb adalah tackle Gibbs yang menafikan Billy Jones di akhir2 perlawanan, gua rasa itu tackle paling penting untuk season ni dan sepanjang kerjayanya setakat ini, timing memang tip top. Arsenal kekal resilience hingga wisel penamat dan penyokong2 melonjak kegirangan. Wenger saling berpelukan dengan Pat Rice untuk entah ke berapa kali.Wisel yang mengesahkan perjuangan berbaloi penuh liku Arsenal berbalas dengan tiket automatik ke Champions League group stage.Relief, lega, hanya ada satu kelab sahaja di utara London. Pada ketika ini WHL hanya kedengaran bunyi cengkerik.Para pemain menyambut kemenangan bersama2 dengan away fan di penjuru kiri belakang gol, lambaian penghargaan atas tanda sokongan, walaupun merka(pemain) tahu bahawa penyokong2 ini deserved better tapi realistiknya pada ketika ini kita harus terima situasi dan bertindak bagaimana hendak upgrade ke satu tahap yang lebih baik .Seronok melihat lagenda kita, Pat Rice 'mangkat' dijulang.


Jadi ke mana Arsenal dari sini? Tiket kita sudah terjamin, tidak perlu memikirkan keputusan Champion League final, tidak perlu berpenat lelah dengan kelayakan yang mencabar musim hadapan, dengan financial yang stabil duit poket terus masuk meyakinkan beberapa pemain mungkin dibawa masuk mengikut jejak Podolski, beberapa muka pasti akan mengucapkan selamat tinggal. Kita juga akan lihat satu transformasi atau reformasi di bawah regime Arsene Wenger dengan buat kali pertamanya Steve Bould akan menjadi orang no2 Wenger kini.Bould yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai tembok kebal pasti dapat menyuntik idea2 baru dan disiplin terutama dalam department pertahanan. Melihat dia selalu bekerja dengan pemain2 muda sebelum ini maka sepatutnya tidak menjadi masalah buat Arsenal. Suka atau tidak caranya, kita harus berbangga dengan pencapaian pasukan yang kita cintai ini. Dari pemain2 'diculik' dengan taktik keji, tewas kepada kuasa wang,dari dibelasah 8 bijik, dari no 17 memanjat ke tempat  ketiga, kalah kepada pasukan2 seperti Swansea Wigan, QPR dan Blackburn, tidak diberi peluang sebelum berjuang oleh pundit2 dan media, bagi sahaja benda2 negatif pada Arsenal pasti ada jalan keluarnya.

Itupun kita agak bernasib baik kerana pasukan2 lain sudah mula menunjukkan minat bermain bola  dalam modern game ini dengan attacking style membuatkan liga ini lebih kompetitif dan keputusan boleh jadi luar jangkaan.Setiap pasukan bergantung harap pada pasukan lain itulah yang dilihat kini.Arsenal tidak terkecuali.Itu yang kita perlu kurangkan-oleh itu harus berusaha menentukan nasib pasukan sendiri. Kekalkan group ini dengan pemain2 core wajib kekal jika tidak mahu membazir masa membina balik pasukan.Faktor umur mungkin akan menjadi persoalan dengan pemain2 seperti Rosicky Arteta, RVP Arshavin Santos tapi mereka sebenarnya dalam usia yang paling sesuai untuk berkkongsi pengalaman.Sign up Theo dan RVP. Itu priority! Gua nak tengok Arsenal yang lebih compose bila attacking tapi dalam masa yang sama tak tinggal tanggungjawab ketika defending. Defends as a unit, Wenger dan Bould perlu cari ramuan terbaik untuk pemain2 memvariasikan formasi serta line up kerana jika kita terlalu bergantungharap pada certain individu itu yang masalah bilamana musim kecederaan datang menimpa sebagai contoh Arteta , Per dan Sagna. Scan sebetul2nya player2 yang injured Wilshere dan Diaby , pastikan betul2 fit baru diberi lampu hijau . Kita perlu memperkemaskan skuad sebaik berakhir EURO.Setibanya mereka kembali reunion di Bukit Jalil sepatutnya kita dah tahu  lineup yang akan sepak mula gamer pertama 12/13.

Biar 7 tahun tanpa sebarang kejuaraan yang penting effort dan kesungguhan di atas padang. Terutama sekali pride dan maruah, class is permanent.Grand prize hanya ada beberapa ketul untuk direbut tapi syle dan prestij itu harus dikakalkan, tak boleh dibeli. Mungkin orang kata tiada siapa yang akan ingat kalau tak menang apa2 tapi gua rasa para gooners boleh recall kembali memori2 indah dalam 7 tahun ini kalau diajak bersembang semeja.Orang lain biaq pi yang penting kita para gooners happy. Gembira dan bangga dengan pendekatan  serta corak yang diambil serta bangga dengan modus operandi Arsenal selama ini yang berjuang hasil titik peluh sendiri namun masih berdiri sama tinggi selama 15 tahun berturut2! Tapi jangan cepat sangat berpuas hati kerana masih ada ruang yang boleh sangat diperbaiki, nak taknak sahaja. Arsenal patut diletakkan kembali ke tempat asalnya dan ia hanya satu iaitu di atas.Gua tak kisah tunggu berapa lama cuma apa yang penting Arsenal itu sudah class pada nama...

Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: