Isnin, 27 Februari 2012

Post Match : High 5-2 the Arsenal!!




Keceriaan di raut wajah para gooners tak tergambar dengan kata2. Tiada yang lebih menggairahkan dari melihat thriller game dan brilliant comeback untuk meratah Spuds selumat-lumatnya. NLD tak pernah bosan dari aksi2 kejutan yang mengujakan. Sekali lagi kita membuktikan London adalah merah! Melihat Spuds perasan bagus selama 39 minit, adebayor buat2 cool mendapatkan gol kontroversi melalui diving Bale, Redknapp manager England Wannabe muka overkonfiden memang suatu yang menjengkelkan. Tapi sesungguhnya Spuds tetap spuds dulu kini selamanya. Mereka tak pernah belajar- elakkan leading 2-0 di emirates pada NLD day, sepertimana yang Arsenal pernah lalui musim lepas,kegirangan takkan kekal. Ini adalah karma.Dan salute pada out standing performance, setiap mereka dengan warna merah putih wajar diberi kredit tapi teristimewa buat Rosicky, RVP Sagna dan Theo.Kombinasi Mereka bukan sahaja sekadar pencatat jaringan tapi contribution terhadap game malam tadi adalah immense.Kecuali permulaan buruk, Wenger mengakui kita bermain 'hampir sempurna' dari segi drama,spritual, technical, style dan yang paling penting, class. Class is Permanent..

Arsenal turun dengan kesebelasan yang lebih berani. Rambo didropkan, begitu jugak Gervinho. Ini berlaku sebaik sahaja pintu perpindahan Russia tamat di mana menyaksikan Zenit mengambil kembali Andrei Arshavin secara pinjaman hingga ke akhir musim. Tak sempat gua coretkan di blog ini tentangnya. Secara peribadi gua  sukakan Arshavin sebagai seorang pemain, technically gifted, namun kadang2 dilihat berat kaki dan out of form tapi sukar untuk menyalahkannya 100% ketika dia sering diletakkan di luar posisi. Sayangnya, satu lagi bakat yang dipersiakan, apapun terima kasih Andrei, hopefully we'll see ya again in the red and white right? Not sure of that though.Ok, Gibbs dan Koscielny lulus ujian kecergasan dan mampu menggantikan si badut Johan dan injured Coquelin. Selamat di atas kertas. Semalam aku kurang pasti apa sebenar bentuk posisi yang kita pakai semalam sama ada 4-3-3/ 4-5-1 atau 4-4-1-1 Tapi ia berhasil dengan mobility yang ada pada pemain dan tempo serta pergerakan bola yang pantas.Inilah segalanya tentang Arsenal. Bahagian tengah dipelopori oleh Song, Arteta Rosicky dan jugak Yossi yang turun deep sikit dari wide area begitu jugak dengan Walcott dari arah yang bertentangan. Rosicky sebagai arkitek, kelancarannya dibantu oleh kawalan  kemas Arteta dan Song, pace Theo serta footwork Yossi. Van The Man mengetuai kesebalasan pemain keluar dari terowong dengan nasib dan carieer masing2 penuh persoalan berada disempadan antara kritikan dan relief.

Kritikan tak tunggu lama. 4 minit jek masa yang diambil untuk cemuhan, makian kedengaran. Entah di mana silapnya pertahanan kita macam baru belajar defending, Kos mara ke depan,Song tak sempat cover Mael terperangkap dengan larian Saha. Bola deflect di kaki Mael melambungkan bola menyaksikan Szczesny hanya mampu terkapai2. Permulaan yang tak diingini tapi penamat yang belum pasti.Dan sila tengok reaksi Mike Dean di bawah ini..???

Umpama terkejut denga nasib buruk yang menimpa, Arsenal perlahan2 cuba merangkak kembali ke dalam game dan mendominasi bahagian tengah. Beberapa percubaan mampu dipatahkan pertahanan Spuds menambahkan frustation di kalangan kita. Tengah dok kita asyik cuba nak cari ruang create chances, alih2 satu through ball dari Modric melepaskan Bale meluru ke depan, sama ada dikasari oleh Gibbs sebelum itu atau ada sentuhan yang tersangat minima dari Szczesny, yang penting Bale memang ada niat mencari penalti tersebut. Sudah 2 kali dia dilayangkan kad sebelum ini akibat simulation tapi Dean taik mahu lihat pada rekod.

Orang yang paling tidak dikehendaki mengambil sepakan penalti di Emirates semalam telah menyempurnakan dengan mudah. Cuma kali ini tiada lagi provokasi murahan dari pemain terbuang itu. Away fan bertelur 2 bijik tapi riuh sekampung. Leading 2 gol umpama menang champions league bagi mereka. tapi hati mana yang tak panas melihat pasukan kesayangan tunduk ketinggalan pada rival dalam derby, sepanas2 hati, tv tetap panas terpasang, pantang sekali ditutup! Old Arry mugkin tak reti menulis tapi tak tau la kut kalau dia juga tak tau membaca. Scoreboard tunjuk 2-0 tapi masih ada baki 50 minit jadi apa yang muka syok sangat??

Mujurlah jugak pemain2 kita tak mudah terbawak2 dan putus semangat. Sifat never die attitude amatlah dihargai terutama dalam perlawanan derby sepenting ini bagi fan.Apabila percubaan RVP terkenan tiang gol, anda pasi berfikir "Oh tidak, adakah hari malang akan berterusan" tapi bola muntah tersebut lantas dikutip Gibbs dihantarnya kepada Arteta yang sempat melihat sebelum membuat cross cantik ke dalam kotak penalti. Sagna yang tidak dikawal menanduk kemas menewaskan Friedel . Game On!! Gua terasa akan emosi Sagna! Perlawanan ini sangat2 bermakna baginya kerana ketika NLD di WHL dia terpaksa dikeluarkan akibat patah kaki dan berehat 3 bulan. Maka kini dia kembali dan golnya telah membuka pintu harapan kepada rakan2 agar terus berjuang. Sagna kembali dngan bergaya. Tiada masa yang lebih afdal lagi selain membiarkan lawan concede dalam last2 minit menuju separuh masa. Arsenal tak berhenti takat tu saja, orang tua2 pesan buat kerja jangan tangguh2. Selang 2 minit, Emirates gegak gempita dengan sorakan menggila tuan rumah apabila talisman kita RVP merembat curl baik punya melepasi Friedel yang hopeless. Spuds, tersentak , terkejut dan macam2 ter yang negatif lagi. Penyokong2 mereka menggaru2 kepala berpandangan sesama sendiri ketika the real Londoners bersorak membakar semangat. 2-2 di half time. Pada ketika itu , anda boleh mengagak hanya satu pasukan sahaja yang akan terus mara di separuh masa kedua. Momentum di tangan kita. Tembok ego Spuds collapsed.


Kesilapan Redknapp yang dilihat adalah mengeluarkan Saha berbanding Adebayor. Menjadi penyokong Spuds ketika ini pasti menyakitkan hati apabila hanya mampu terpaksa tengok Adebayor pemalas dan tidak membantu dalam menyumbangkan larian yang boleh membuka defend Arsenal.Dan Sandro kononnya diletakkan untuk melakukan 'tugas2 kotor' tapi barisan tengah Arsenal lebih pantas-berfikir dan bergerak. Rosicky yang pada aku cemerlang malam tadi menaikkan sheikh para gooners dengan larian2 forward dan control serta distribution bersahaja. Semalam di minit ke 50 dialah yang meluru ke atas sebelum membuat 1-2 dengan Sagna, hantaran Sagna dikuisnya masuk meninggalkan Friedel yang hanya mampu menadah kosong. Gol pertamanya di Emirates sejak 2010 dan dia sememangnya layak meraikannya!


Arsenal lead buat kali pertama.3 gol dalam masa 10 minit. Wow itu cukup istimewa dalam NLD yang ke 150!! Tak mahu dibayangi kisah2 silam di mana kita mempersia2kan leading, Arsenal terus mengasak. Tempo dikekalkan. Dan pace menjadi senjata keutamaan. Bila bercakap tentang pace, anda tahu siapa yang dimaksudkan. Theo Walcott yang kurang konfiden di separuh masa pertama dibawak keluar oleh Wenger dan diganti dengan Theo Walcott yang baru. Rosicky sekali lagi dengan first touch yang kemas lalu dikungfunya bola ke hadapan untuk RVP yang keseorangan.Namun RVP bijak control ball kasi hold dulu sebelum ada bantuan sampai. Dia lantas menolaknya ke arah kanan bagi Walcott yang meluru dan pemain yang sedang diperhatikan Stuart Psycho itu menudahkan untuk gol keempat. 4-2 tak cukup, tak percaya tanya Adebayor. Dia pernah terlibat dalam kekecewaan 4-4 beberapa musim sudah. Dan Theo memastikan dia(Ade) sekali lagi berada di pihak yang meroyan. Lambungan cantik Song membiarkan Walcott meluru melepasi markernya, Theo menyepak masuk untuk gol ke 5! Emirates bernyawa melihat pemain bernafsu. Sekurangnya2 pemain malam tadi menunjukkan mereka bermain dengan sepenuh hati. Ini hadiah yang bermakna buat para penyokong. Chanting seperti  "There's only one team in London" mula menghangatkan suasana. Pada ketika ini melihat wajah seorang demi seorang Spuds lebih mengujakan dari mimpi bertemu bidadari.Adrenalin gua mencanak.


Tengok jam masih banyak lagi masa.Gua kalau boleh mahu mengharapkan lebih lagi. Tak dapat gua bayangkan apa kata media terhadap orang yang disebut2 bakal mengisi kerusi panas England jika Arsenal menambah 2 3 bijik lagi. Dan pulak tu, orang yang bakal dinamakan sebagai kapten England jika Redknapp berkuasa , Scott Parker, dilayangkan kad kuning kedua.Poor tackle, terjahan yang keras ke atas Mael. Berita buruk dari game malam tadi Mael dan Rosicky tercedera dan peluang samar2 untuk Sabtu ini. Gua harap itu excuse Wenger bagi memberi pelepasan mereka2 ini dari menyertai useless Internationaleleh.
Wisel penamat dibunyikan dan kemenangan disambut dengan penuh emosi oleh para penyokong yang mengerti akan makna NLD ini. Kemenangan bergaya ini meletakan kita kembali ke tangga keempat dan memotong jurang kepada 7 mata. Sibuk nak pikir tinggal satu slot sahaja, kenapa tidak cuba optimis untuk merampas tempat ketiga yang kini dihuni oleh pasukan yang tak sepatutnya?!


Bukan tak boleh nak main sebegini. Boleh sahaja kalau semua pemain betul2 berjuang dan Wenger memaksimakan kudrat yang sedia ada mengikut kelebihan pemain2. Hari ini sudah terbukti, sedikit perubahan taktikal dan kemampuan teknikal telah membantu Arsenal keluar dari corak dull one way yang tidak ke mana. Wenger perlu percaya dan lebih berani selepas ini manakala pemain tidak harus mempersia2kan kepercayaan dan bermain dengan lebih konsisten lagi. Sambutan gelak tawa malam tadi takkan bermakna jika kita tidak melihat di penghujung bulan May nanti, kita berada di tempat yang sepatutnya. Ayuh!! Next station.. Anfield.

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

aitor berkata...

klu mcm ni pnya main..insyallah..no 3 pasti....hee