Isnin, 16 Januari 2012

Post Match : Sucker Punch

"Gua paham apa yang lu orang rasa sebab gua pun dah sama macam lu sekarang, peminat.."-TH12
Tumpasnya kita awal pagi tadi amatlah mengecewakan. Kerana tatkala kita sangat2 memerlukan kemenangan dalam jadual atas kertas yang predictionnya dikatakan mampu menang, amatlah frustrated apabila menyaksikan persembahan berterabur terutama di bahagian pertahanan dan ada beberapa individu yang ternyata di bawah par.Rambo terutamanya, shocking display! Ditambah dengan kehilangan Arteta yang tibe2 injured calf di tengah2 minggu memperlihatkan kurangnya balance dalam pasukan walaupun Yossi mengambil alih.Yossi mungkin lebih mobile dengan Arteta lebih berdisiplin.Kerana di hadapan back4 yang kurang meyakinkan kita sememangnya memerlukan link up pla yang bagu serta dapat memberi stability antara defending dan attacking.Tidak lupa jugak ada pemain2 yang nampak bebenor kurang fitnya seperti Per Mertesacker yang baru baik demam, Rosicky yang mengalami masalah sama hanya beraksi di 30 minit terakhir. Arsenal tak boleh nak salahkan beberapa penumpang ini kerana decision di tangan Le Prof, kalau tidak Per siapa lagipun yang terpaksa diturunkan akibat ramai sangat pemain yang amek MC dan plan nak sambung terus cuti Tahun Baru Cina. Itulah sebabnya, suka atau tidak Januari Transfer Windows, itu sebenarnya adalah peluang wahai Wenger, jadi mintak jangan diabaikan.

Itu mungkin ayat selamat untuk dijadikan alasan. Yang sebenarnya kita mampu menang, sebaik RVP menjaringkan gol ke 18nya ketika baru hanya 5 minit perlawanan bermula, dan ketika dapat menyamakan kedudukan 2-2 melalui Walcott. Tapi dek kerana ketumpulan kita yang gagal menyudahkan peluang2 terhidang terutama di separuh masa petama telah memberi konfiden kepada Swansea untuk kekal dalam game. Kredit kepada anak buah Brendan Rodgers.Kenaikan Sheikh Swansea membuatkan kita nampak flat terutama di separuh masa kedua. Mereka mengejar segala bola yang dilepaskan, menutup ruang, control ball yang baik dan menunjukkan determination yang lebih daripada kita.Kain rentang Total Football mereka di kalangan penyokong kadang2 menjustifikasikan ada logika di situ. Melepaskan gol tak sampai seminit setelah menjaringkan gol penting-penyamaan- adalah satu jenayah dan bad timing. Jujur gua cakap gol Graham itu telah membunuh appetite kita .

Wenger tak habis2 dalam mempersalahkan keputusan pengadil memberikan sepakan penalti. Diving memang dibenci tapi apa yang penting memang ada contact di situ . Jadi sebenarnya kita tak mampu nak menghalang opponent mengambil kesempatan dalam memperdayakan defend kita yang terumbang ambing. Mungkin Dyer memang jenis yang cari penalti tapi hukum Rambo kerana mensua kaki dalam kotak penalti dalam keadaan begitu. Secara individu Rambo semalam mengecewakan, concede penalti dan jugak terlibat sebagai antara tali barut gol kedua Swans.1st touch kadang2 menghampakan, lambat release bola, skill2 dalam keadaan yang tak perlu. Wenger kata jangan lupa faktor usia ketika hendak sibuk mengkritik, ya dia memang muda dan berbakat tapi gua cuma takut dia burn out. Kerana sementara menunggu kepulangan jack Wilshere, Rambo dilihat terlalu selesa tanpa saingan dalam merebut tempat kesebelasan utama. Sudah tiba masanya dia perlukan recharge. Lagipun bukan semua game dia main merapu, cuma kebelakngan ini ada 2 3 game yang kita boleh kesan off form nya.Harapan agar dia boleh menunjukkan heroic display di Emirates hujung minggu ini sama seperti tahun lepas sewaktu score gol kemenangan menentang United.

Arshavin selain assistnya jugak gagal mengambil peluang sepeninggalan Gervinho.Gua cuma risau takut Wenger hilang sabar dan percaya bahawa Arshavin telah sampai tarikh luput. Sama seperti Walcott yang tak boleh beat 1st defender, tak boleh cross dan tak guna sepenuhnya pace yang dimiliki untuk create chances kepada rakan sepasukan. Nasib baik hanya dengan satu gol barulah orang sedar kewujudan Theo dalam pasukan.Itupun kredit kepada vision Johan. Kerana di hadapan Capello, Scott Sinclair lebih menyerlah bersama Swansea berbanding Theo.Tempatnya sama ada dalam England mahupun Arsenal tidak boleh diambil mudah lebih2 lagi jika dia meneruskan persembahan average sebegini. Defend jugak jiwa kacau. Macam tak ada keserasian antara satu sama lain, belum dicampur masalah kurang cergas Mertesacker lagi, sepatutnya awal2 lagi biarkan Song bermain di CB dan kita longgokkan midfield. Szczesny ada saham dalam kebocoran gol kemenangan mereka kalau positioningnya spot on pasti dapat meminimakan sudut. KKetumpulan penyudah jugak menghantui Arsenal kembali.RVP sepatutnya boleh menyudahkan sekurang2nya satu lagi peluang keemasan tapi entah bagaimana sepakannya tepat ke arah Vorm. Tengok daripada situ dah boleh nampak Arsenal seakan2 takde ong itu malam.


Thierry Henry. Sudah dicakap, beraninya dia untuk kembali. Beraninya dia mengambil risiko mencalarkan rekod kelagendaannya jika outcome yang diharapkan tak berhasil. Namun malam tadi Henry tak boleh nak buat apa pun sebenarnya. 2nd debutnya dalam BPL bermula dengan kekalahan, sadis.Di mini2t akhir kelihatan Henry cuba  untuk lift kan semangat tapi tak berhasil.Urgency lewat sangat ditunjukkan dengan sepatutnya Oxlade dah masuk awal lagi.Bagaimana Theo boleh kekal 90 minit atas padang adalah sama peliknya dengan rancangan seekers yang tidak pasti tujuannya nak tunjuk hantu ke nak tunjuk uncle. Media melaporkan Henry berkonfrontasi dengan seorang penyokong pelawat yang tidak berpuas hati, mereka menspekulasikan Henry di akhir perlawanan mengajak individu tersebut kalau tak puas hati turun padangla.. tapi jurucakap Arsenal mengesahkan Henry menyelar individu yang menggelarkan dirinya penyokong Arsenal dengan menasihat setiap penyokong harus berdiri di belakang pasukan tika susah mahupun senang.

Kejayaan pertama Swansea ke atas Arsenal dalam tempoh  3 dekad yang sememangnya layak menang, malah mereka melakukan dengan penuh style. Sambil mengajar dreadful Arsenal tentang desire, fighting spirit dan passion. Bagi kita pulak walaupun semakin jauh tertinggal dan jarak antara tempat keempat kini menjadi 4 mata tatkala match2 selepas ini bukan calang2, yang boleh kita terus buat adalah fokus. Semalam cuma bukan hari kita. Dapatkan skuad yang terbaik , kalau boleh harap ada berita positif dari Mael dan Arteta minggu ini. Untuk jangka masa panjang Sagna Wilshere Gibbs bakal menjadi pengubat rindu. Fokus.Unity penting bagi menghadapi United. Kita memang nampak macam bodoh sekarang ini tapi masih menghiburkan, sentiasa bagi kita suspen.Itu satu elemen yang jarang2 anda ketemu dalam pasukan2 lain membuatkan Arsenal sangat istimewa dan bagi media mereka boleh bikin banyak cerita. Ini belum dapat kat Spielberg lagi. Buat masa ini ikut flow saje, amek target yang terdekat game by game. Tempat keempat masih logik dalam capaian.Ayuh!

Agi idup agi mengGunners!                                                                                                                                                                                                                                      


0 ulasan: