Khamis, 12 Januari 2012

Perihal Abang2 Tony + transfer rumors


Perihal Abang Tony. Hari ini kita sentuh sikit tentang manusia2 bernama Tony. Selain statue Henry di perkarangan Emirates, seorang lagi lagenda yang diukirkan penghargaan dalam bentuk yang sama adalah Tony Adams.Adams tak dapat hadir ketika match sambutan 125 bertemu Everton, tapi menjadi tetamu istimewa ketika bertemu QPR.Sempat melawat tugu tembaga dirinya, pemain yang membuat 669 penampilan dalam 19 tahun bersama Arsenal ini sempat mengulas tentang department yang suatu ketika pernah diwakilinya iaitu pertahanan. Arsenal dilihat masih yoyo dalam sistem pertahanan, tapi mengikut ulasan Adams, dia merasakan kemasukan Per Mertesacker ada memberi impak positif jika tidak ia pastinya lebih teruk terutama sejak peristiwa di Old  Trafford awal musim. Arsenal dihimpit masalah kecederaan berterusan, terutama kehilangan Mael dan 4 fullback amat dirasai jadi bagi Adams, setakat ini Mertesacker masuk sekurang2nya memberi keyakinan psikologi dengan fizikal dan ketinggiannya ,serta status pemain antarabangsa. Adams jugak tak sabar nak melihat kemampuan full power dari back 4 jika semua pemain2 utama dapat cergas dan diturunkan dalam kesebelasan utama. Dia tidak segan mengumpamakan gandingan trio Kos, Mael dan Mertesacker tak mustahil menjadi ulangan tembok kebal Keown, Adams dan Steve Bould.


Tony yang kedua ingin disentuh adalah orang di sebalik malam bersejarah Henry Return tempoh hari iaitu jurulatih kecergasan, Tony Colbert.Henry selepas wisel penamat meraikan kemenangan dengan penuh semangat dan emosi namun tak melupakan jasa individu yang berhempas pulas membantunya untuk kembali dalam shape membantu Arsenal tepat pada masanya. Dia segera lantas mencari Tony di bangku simpanan dan memberi pelukan tanda penghargaan kepada Tony Colbert. Henry bukan orang pertama, sebelum ini Eduardo ketika comebacknya di mana dia menjaringkan 2 bijik gol ke atas Cardiff telah menyambut gol kedua dengan berlari ke arah bangku simpanan untuk menghargai jasa Tony Colbert. Arsenal perlu berbangga mempunyai barisan staff yang cukup komited walaupun pada suatu ketika ramai meragui kemampuan physio dan sistem latihan Arsenal berdasarkan masalah kecederaan gila2 yang sering dihadapi. Lebih patut bangga lagi, keharmonian dressing room yang ditunjukkan antara pemain dan juga pihak staff di mana unity ini hanya dapat memastikan kita berada pada landasan yang betul.

Hasrat para gooners nak tengok Wenger re-sign dua legend sekali gus memang tak dapatlah apabila Robert Pires sendiri awal2 menyangkal segala tilikan dan rumors untuk dia kembali.Walaubagaimanapun dia seperti Henry, hanya kembali ke London Colney untuk tumpang berlatih dan kekal fit semetara mencari kelab baru.Selepas meninggalkan Aston Villa may tahun lepas, Pires masih menanti tawaran yang sesuai dengan Asia dikatakan menjadi destinasi pilihan.Ikut trend sekarang, ramai pemain2 emas ini memilih beraksi di negara Asia Barat di mana tanah2 arab menjadi pilihan,rezeki wang jugak melimpah ruah. Namun pemergian Anelka ke China baru2 ini membuka option baru buat Pires, dia juga tidak menolak peluang beraksi di India.Dan pilihan terakhir jika tiada apa2 tawaran pastinya adalah bersara. Ketika umur 38 tahun, dia berharap dapat menyumbangkan kudratnya tapi bukan di Arsenal kerana dia percaya Wenger pun dah tak terpikir dengan lambakan midfield yang sedia ada, dia merelakan legasinya kekal sepertimana yang ditinggalkannya. Bukan nak cakap Wenger taknak sign dah player2 emas ni, kalau nak kata kerana faktor umur, Lehman 40 tahun pun sempat membantu Arsenal balik musim lepas.Cuma ikut logik, apa lagi sumbangan yang terdaya diberikan oleh kudrat Pires ketika kita masih menunggu hari Jack Wilshere kembali. Namun dia akan tetap menjadi legend Arsenal era Y2K!

Transfer rumors. Sebelum Maxwell sah berpindah Dari Barceona ke PSG, ada ura2 dikatakan Arsenal cuba memancing pemain pertahanan berusia 30 tahun itu sebagai back up kepada kekosongan fullback yang ditinggalkan sekarang ini. Namun, pihak ini, iaitu agent pemain terbabit menyelar Arsenal kerana status dan sikap lambat kita setiap kali nak deal dengan transfer.Ah,tak rugi mana pun tgk pertemuan sebelum ini pun dengan mudah jek Theo melepasinya, tak pasti pulak Brazilian ni adalah jawapan kepada masalah defend Arsenal.Sebelum ini siapa? Wayne Bridge dan Richardson? hurm..bukan jenis pemain yang Wenger cari. Semua bergantung pada tahap kecergasan Mael dan kepulangan Sagna, Jenkinson dan Gibbs.Jika salah seorang daripada mereka dapat kembali seperti dijadualkan, gua rasa kita akan tutup buku tentang january transfer ini.Seperti biasa, Wenger akan tunggu di saat2 akhir hujung bulan ini. Henry saja yang special case sebab dia memang special.

Dengar lagi satu pulak, Zenit bersedia nak bawak balik Arshavin dengan harga 10M. Kalau benar nampak logik dan berbaloi jika pikir jangka masa panjang. Lagipun Arshavin hanya mampu 2gol dan 2 assist sahaja setakat ini tapi ini kerana kita tak lihat full Arshavin.Peluangnya terhad. Ketika dia diberi peluang, dia umpama kadang2 tertekan kerana nak sangat tunjuk apa yang dia mampu sampai kadang2 merapu, tapi bila dah score dan bermain baik, dia pasti akan melihat dirinya kembali ke bangku simpanan memberi peluang kepada Gervinho.Mana tak tension. Jadi buat sementara ini aku rasa Arsenal masih memerlukan kudrat dan pengalaman kapten Russia ini.Lagipun untuk mencari pengganti dalam masa yang suntuk ini sangat sukar. Oxlade, Ryo ada potensi tapi kurang pendedahan. Biarlah jika rugi sekalipun, Arshavin ada bakat semulajadi dan kemampuan sebenarnya cuma belum ke tahap potensi penuh.setengah musim pertamanya dia umpama hero baru di Emirates, gua harap dengan pemergian Gervinho dia boleh dapatkan balik konfiden levelnya game by game.Aku percaya dia boleh menjadi squad player yang boleh membantu.


0 ulasan: