Dalam sibuk2 tentang satu interview Wenger bersama L'Equipe yang mewar2kan tentang cerita masa depan Arsene di Arsenal, RVP sekali lagi mencuri tumpuan yang sepatutnya di atas padang. 2 gol jaringannya memberikan kemenangan kepada Arsenal di Carrow Road ke atas Norwich City, pasukan yang memberi tentangan sengit hingga ke akhir perlawanan. Satu game yang terbuka dengan corak persembahan menyerang positif dari kedua2 pasukan. Arsenal mencipta beberapa clear cut chances tapi gagal disudahkan berbanding Norwich yang 'dihadiahkan' gol pembukaan sebelum Arsenal terpaksa mengejar perlawanan.3 mata meletakkan Arsenal dengan rekod 5 kemenangan liga berturut2, boleh dikompomkan kita berada di landasan peningkatan. Sebenarnya Arsene Wenger hanya berkata apabila ditanya, dia akan konsider balik jawatannya di Arsenal di hujung musim hanya sekiranya dia merasakan dia tidak lagi cukup bagus untuk melakukan kerja2 ini dan Arsenal rasa tidak lagi memerlukannya.Itu sahaja. Yang media dok bising2 timbulkan cerita hanyalah sekadar gimik nak merencatkan , mengalih pandangan tentang tahap peningkatan result Arsenal di atas padang. Tapi kalau betul Wenger nak Arsenal berjaya seraya merasakan dirinya masih lagi orang yang relevan untuk membimbing kelab, tugas utama summer nanti adalah memastikan RVP sign kontrak lanjutan.31 gol daripada 29 perlawanan dalam kalendar tahun ini! itu satu statistik yang world class.Kebergantungan corak perlmainan Arsenal kini adalah pada bahagian striking force,jadi hanya pemain sekaliber RVP mampu menerajui maka dia kini leih penting untuk survival Arsenal, lebih penting dari musim2 sebelum ini.
Kembali ke game malam semalam, seperti yang dipredict Arsenal menurunkan line up dalam pre match. Kos di RB dan Mael bergandingan dengan Mertesacker.Aku agak impress dengan Norwich yang bernafsu dan nak main bola tapi seperti Arsenal, defendnya jugak rapuh dan merapu. Sekurang2nya Arsenal mempunyai 3 peluang keemasan dia wal perlawanan untuk mendahului. Paling sayang ketika sepakan Walcott berjaya diclearkan oleh Russell Martin ketika John Rudy tertewas sudah. Lebih kurang minit lepas tu kegagalan Arsenal menyudahkan peluang2 awal yang terhidang kembali memakan diri. Entah dari mana bola lambungan jauh yang tak langsung mencabar gagal dibajet oleh Mertescaker yang umpama kene sucker punch malam tadi. Ditambah dengan kesilauan, dia seperti off balance tak tahu apa nak dibuat dengan bola tersebut menghadap ke arah gol sendiri sama ada nak back pass atau nak dummy atau nak clear alih2 Morison yang datang dari belakang outmuscle PM sebelum menolak mudah menewaskan Wojek.Mael tak sempat berbuat apa2. Szczesny hanya mereneung dengan sinis, Wenger di tepi padang marah2 protes terhadap pengadil keempat kononnya foul dilakukan terhadap pemain paling tingginya walhal sebenarnya dia sendiri tahu itu adalah satu kesilapan bodoh daripada pemain Jerman itu. Pada ketika itu terbayang2 jelmaan Stepanovs,Sanderos, Cygan,Squaillaci dan badut2 CB yang pernah mewarnai Arsenal. Wenger merasakan kritik yang diberikan pada CB yang baru dibelinya terlalu keras, dia menyeru agar diberikan masa untuk dia menyesuaikan diri dengan pace bola sepak Inggeris. Wenger sendiri mengaku memberi tips dalam bilik persalinan.
But I told Per that when you are in England facing goal, maybe in many countries you are safe but not here. That's what he has learned today.
Dah kena sebijik barulah nampak ada urgency. Arsenal mendominasi bola dan mencipta beberapa lagi peluang. Russell Martin sekali lagi bertindak sebagai penyelamat menanduk keluar tandukan RVP dari kawasan bahaya ketika Rudy jugak dah tertewas. selang berbeapa minit akhirnya gol penyamaan tiba dengan simple. Walcott yang meluru dari arah kanan berjaya menewaskan LB mereka dengan skill bersahaja sebelum menghantar low cross ke dalam kawasan bahaya. Sekali tengok Gervinho terlepas ingatkan semacam Arsenal dah kena jampi tetapi RVP sentiasa ada di tempat dan masa yang tepat untuk menyambar di belakangnya, simple tap dan Arsenal kembali dalam game. Anak buah Paul Lambert tak berhenti di situ sahaja, Rudy mengeluarkan bola dengan lontaran jauh tapi ketika rakan2 lain mengharapkan Morison melakukan hantaran baik ke dalam petak penalti dia memilih untuk mencuba chip dari arah kanan yang akhirnya ke laut. Arsenal jugak mengubah taktik dengan Walcott dan Gervinho saling swap position.
Separuh masa kedua jalan ceritanya masih sama. Arsenal sentiasa di kawasan final third tetapi masih belum mampu mendapat gol pendahuluan.Sampai terpaksa mengharapkan Mael tiba2 burst ke atas dari sebelah kiri crossing baik tapi tandukan Gervinho ditangkap kemas Rudy. Walcott jugak memilik peluang tapi pembawakan bolanya di atas garisan semapt dikeluarkan sebelum dia mimilih untuk pass ke arah Rambo yang menjerit2 meminta. Arsenal mempunyai peluang baik melalui Gervinho, satu through ball cantik dari RVP keapda Gervinho yang meloloskan diri di celah2 pertahanan Norwich, tolakannya berjaya menewaskan Rudy tapi jaraknya tak cukup jauh apabila Rudy sempat memanjangkan tangan untuk menampan, kemudian tolakannya ke tengah hanya sia2 , pertahanan Norwich sudah pun bersedia mengeluarkan bola.Entah peluang macam mana lagi yang Arsenal mahu.
Mertesacker tidak keseorangan dalam menjadi lubuk malam ini. Wira Norwich di separuh masa pertama menjadi culprit mereka untuk 2nd half. Lambat bertindak dan terlalu lama membuat keputusan akhirnya bola yang sepatutnya tidak bahaya dicurik oleh Rambo dalam masa yang sama telah difoul. Phil Dowd kasi play on Song lantas mengutip bola dari kawasan tengah melihat ke hadapan ada dua opption, Gervinho di sebelah kiri dan RVP di sebelah kanan, dia membuat pilihan yang tepat untuk melorongkan pada RVP yang kemudiannya mengechip bola ala vela. Boleh diakatakan dalam peluang2 yang terhidang malam ini sudut ini paling sukar baginya tapi yang ini mampu diselesaikan. Arsenal mendahului buat pertama kali.
Arsenalmembawa masuk Yossi bagi menambah pengalaman dan mennyelia bahagian tengah. Norwich cuba kembali ke dalam game melalui Pilkington tapi kakinya tak cukup inci menyambut hantaran Bennet dari sebelah kanan.Tuan ruma h berusaha keras mencuri sesuatu daripada match ini berdasarkan effort yang ditunjukkan mereka rasa mereka layak mendapat sekurang2nya 1 mata. Walaubagaimanapun Arsenal yang lebih memerlukannya dan mereka menunjukan solidity kekal bertahan sebagai satu unit hingga wisel penamat. Kerja selesai kali ini. Pagi Khamis pulak tiket ke last 16 Champions League sedang menunggu!!
Agi idup agi mengGunners!
0 ulasan:
Catat Ulasan