Selasa, 23 Ogos 2011

Tiada lagi budak ini..


Telah disahkan di laman web Arsenal.com, kedua2 kelab Arsenal dan Mancity telahpun mempersetujui rundingan jual beli Samir Nasri yang dianggarkan bernilai 25M. Nasri , 24 yang kini telah 3 tahun bersama Arsenal dibiarkan dalam kontrak tahun terakhir, tapi telah menolak tawaran baru 90k seminggu dengan memilih City yang dianggarkan menggandakan gajinya sebanyak 180k. Ada spekulasi yang mengatakan City bukan option utama Nasri, dia lebih berhajat jika dipancing, Real, Barca mahupun United sendiri tapi dek kerana Arsenal menolak tawaran 20M united dan City menabur janji2 manis, pilihan ke Eastland baginya not bad at all. Berhajat untuk kekal di Arsenal? Itu gua tak pasti, mungkin ada tapi oleh kerana tawaran yang ditawarkan Board tidak masyuk , dia memilih tiba masanya untuk berhijrah. Wenger berkata dia bermati2matian sepanjang summer ini untuk cuba mengekalkan pemain2 terbaiknya tapi dalam masa 2 minggu terakhir dia tewas, ada spekulasi mengatakan board memaksanya jual kerana satu risiko menyimpan pemain yang tidak melanjut kontrak mengelakkan musim depan dia pergi secara percuma. Paling gua rasa tertekan sekarang adalah Wenger, dia seperti tersepit, tersepit dengan board dan dunia permasalahan ciptaannya sendiri. Tahun depan tugas berat menantinya untuk meyakinakan RVP dan Walcott  atau Sagna terus bersama Arsenal.

Lihatlah pada yang positif daripada ini. Mungkin tiba masanya untuk angin perubahan. Ada tiga hasil, sama ada kita dilanda musibah malapetaka, atau kita menjadi lebih baik, atau kita sama sahaja tak berubah pun. 25M untuk pemain yang lagi setahun habis kontrak adalah satu nilai yang terbaik kita boleh rompak dari City. Adebayor, Toure Clichy kini Nasri, Pak Arab memang pemurah. Tapi sayang kita kehilangan pemain berteknikal seperti Nasri, dalam 3 tahun hanya 6 bulan pertama musim lepas formnya mencanak sebelum di hanyut dibawa arus. Pembelian 13M dari Marsseile bukanlah suatu yang sia2.Dia memberikan kita memori dan kenangan walaupun dalam impian dan harapan palsu. Terimakasih dan selamat jalan Samir Nasri.  8 hari yang tegang dan sibuk di Arsenal..

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

hgrunt berkata...

konfem wenger xkn dapat major signing dh. mid table are more likely...