Rabu, 24 Ogos 2011

Teori konspirasi Wenger vs Board

Wojciech Szczesny
Lukasz Fabianski
Carl Jenkinson
Bacary Sagna
Thomas Vermaelen
Johan Djourou
Armand Traore
Ignasi Miquel
Andrey Arshavin
Emmanuel Frimpong
Gervinho
Aaron Ramsey
Alex Song
Theo Walcott
Tomas Rosicky
Alex Oxlade-Chamberlain
Marouane Chamakh
Robin van Persie

Inilah barisan kita ~ Nasib Arsenal awal pagi nanti akan ditentukan oleh nama2 di atas. Bukan pada F&N. Eloknya, yang sudah tu sudahlah , Tidak perlu hilang fokus. Sama ada saingan Champions League atau Europa, maruah Arsenal dibawa oleh pemain2 ini di atas padang,  dan juga digalas oleh pemain2 yang terpaksa ditinggalkan akibat kecederaan. Suka atau tidak, inilah realiti setakat hari ini. Memang setiap penyokong memiliki hak untuk melahirkan pendapat dan emosi dengan cara masing2, itu sebahagian daripada lumrah hidup. Kerana lumrah jugak Arsenal terpaksa kelihatan pasrah dek kerana negativity yang menggila sekarang ini diserang bertalu2 melaui media. Jika aku ingin memilih jalan senang, aku hanya mengikut flow, ikut rentak mereka mengulang2 apa jua brainwash yang cuba mereka resapkan. Aku pikir aku boleh buat lebih baik dari itu, cuba untuk optimis walaupun tahu halangan yang menunggu, banjaran panjangnya. Tapi bukan bermakna tidak boleh mengkritik Wenger, Board mahupun pemain, Tidak dinafikan masing2 bertanggungjawab atas situasi Arsenal sekarang ini. Ya, Termasuk aku sebagai penyokong. Jika ada satu entiti cuba untuk merasai jasadnya sebahagian daripada keluarga, cukup dengan cara melafazkannya, tapi jika entiti itu cuba untuk merasakan jiwanya sebahagian daripada keluarga, haruslah dia menyelami setiap hati dan perasaan setiap ahli2 yang lain.

Cuba menyelami permasalahan Wenger, pasti ada sebab mengapa orang tua ini begitu degil dan liat sekali. Ramai melihat dirinya sebagai delusional . Gua pun kadang2 sampai satu tahap pernah ada terfikir sebegitu. Tapi mana mungkin orang yang menghidap delusional disorder, nyanyuk, gila dibenarkan lagi memimpin Arsenal. Untuk itu aku mengagakkan bahawa dia dipaksa atau terpaksa berekayasa dengan segalamacam kerumitan situasi ketika ini. Aku lebih suka menggunakan perkataan 'tersepit' yang pernah aku gunakan sebelum ini utnuk menggambarkan situasi Wenger. Ada satu artikel spekulasi yang serba sedikit cuba membongkar apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir Arsenal, antara Wenger vs Board. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan tapi kita memang suka bab2 teori konspirasi ni. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Sukar untuk menafikan atau mengiyakan, situasi yang digambarkan oleh sumber dalam artikel tersebut ada logiknya.

Dengan tiba2 David Dein muncul membacking Wenger, dan memberi peringatan keras bahawa Wenger mungkin akan 'merajuk'. Seperti kita ketahui , Dein kini bersekongkol dengan Usmanov, adakah ada pakatan untuk mengambil kesempatan daripada senario semasa ini untuk mencucuk2 BOD bawah Silent Stant. Berkenaan Wenger, dia berhempas pulas membentuk team ini semenjak idea untuk berpindah dari Highbury. Pada ketika itu mereka (pengurus dan board) mungkin telah bersepakat, Arsenal perlu ubah polisi bagi menstabilkan beban kewangan. Projek ikat perut menjadi pengorbanan yang terpaksa dilalui. 5 tahun sejak pemindahan ke Emirates, secara amnya kita masih mampu bersaing di atas padang walaupun tidak sampai ke kemuncak prestasi. Dan apabila segalanya tidak berlaku seperti yang dikehendaki, Board2 hanya menghantar Wenger supaya dilihat sebagai orang yang paling bertanggungjawab dan ada full controll padahal kita tau kuasa sebenar bukan beroperasi seperti itu. Wenger bermatian cuba mengekalkan pemain2 terbaik , tapi Board bagaikan tidak ambil peduli, enggan memenuhi tuntutan gaji dengan alasan Arsenal ada struktur gaji yang perlu dihormati. Bagi mereka, mereka tahu kebolehan Wenger dalam mengorek bakat2 jadi mengapa kena kurangkan duit poket mereka untuk berbelanja lebih selagi Wenger boleh terus dapatkan permata dengan bayaran sen2.

Maka sebab itu kalau diperhatikan ada yang tidak kena dengan penjualan terutama 2 bintang baru2 ini. Ayat2 Wenger sebelum dan selepas menjual penuh kontradiksi dan seperti orang yang tewas dan pasrah, dia bagaikan terpaksa memusnahkan istana pasir yang cuba dibina , dan perlu mula kembali kitarannya.Bagi kes Fabregas, mungkin kerana memang keiinginannya, tapi dalam kes nasri ia mungkin dapat menjadi cermin cara bagaimana Arsenal menghandle transfer2 yang akhirnya, pemain jugak terpaksa akur membuat pilihan. Fabregas, dan nasri mungkin telah sedar akan situasi tangan2 ghaib , Wenger jugak tapi dia ada prinsip yang perlu diperjuangkan, siapa lagi selepas ini? Jadi mengapa tidak melawan? Mungkin sebab sudah termaktub dalam kontrak, sebarang siaran atau kata2 yang melawan arus haruslah di bawah akta rahsia rasmi seperti yang diakui Fabregas , dihalang dirinya bagi mengeluarkan sebarang komen sepanjang transfer saga.  Wenger seperti yang kita kenal sentiasa dengan madah berhelah. Itulah sebab pentingnya, ketelusan dalam segala bentuk perjuangan dan gerak kerja. Kembali kepada fan, untuk merasai mereka sebahagian daripada kelab, seharusnya kita ada hak untuk mengetahui.

Namun begitu, jangan kerana cerita2 panas tersebut sahaja Wenger ingat dia boleh selamat daripada menjadi bahan kritikan. Mungkin pairing American Bad Ass Gazidis-Kroenke dilihat sebagai dalang, tapi apa yang berlaku atas padang adalah sepenuhnya tanggungjawab pengurus dan jurulatih. Dengan pemain yang ada, kajian harus dilakukan mengenai taktiknya yang kadangkala dalam beberapa situasi kelihatan tidak lagi relevan. Umum sedia maklum tentang hal ini , jadi tidak perlu aku ulaskan rasanya untuk posting kali ini.

Yang penting sekarang sebenarnya2, Arsenal adalah sebuah kelab bola sepak. Ini bukan barang dagangan, bukan perniagaan milik perseorangan jadi demand sangat tinggi untuk melihat Arsenal berjaya di atas padang. Apa pun brelaku di belakang tabir Stan-Gazidis-Wenger-Dein-Usmanov bukan lagi alasan untuk batch Arsenal musim ini suffer. Kita masih ada pemain tunjang bertaraf dunia, ada pemain yang berpotensi, kita masih ada kuota pemain untuk diisi. Jangan biarkan segala kekusutan ini menganggugugat persiapan kem Arsenal untuk musim ini. Seantero dunia pada ketika ini, kita dah dikuburkan sebelum bertarung. Kita layak mendapat penghormatan yang lebih daripada itu sebenarnya.Pemain2 yang ada sekarang ini juga punyaai perasaan, punyai maruah dan punyai twitter. Berikan mereka peluang, siapa lagi kalau bukan kita untuk percayakan mereka. Masa untuk Redemption. This Is Arsenal!!


P/S: pre match mungkin lewat malam menyusul.. .


3 ulasan:

Razlan Ab Razak berkata...

thanks GNR..aku suka gambar pairing db-titi dgn rvp-tw tu...nice...

Sandokhan berkata...

betul cakap razlan. Gambar pairing tu memang buat aku 'touching'..teringat zaman-zaman untouchables dulu....isk..isk..isk..

Labrat berkata...

sama la.. mmg touching