Selasa, 9 Ogos 2011

Internationaleleh : RVP beraksi, Wilshere digugur + Chamberlain jalani medical

Tinggal tak sampai seminggu sebelum sepak mula musim baru, pemain2 tak pasal2 terpaksa menghadapi internationaleleh meaningless friendly di tengah2 minggu. Ini semestinya mengganggu gugat persiapan Arsenal terutama dalam kita sedang sibuk2 mempersiapkan pasukan ketika jadual yang padat sedang menunggu dihadapan. 13 pemain Arsenal telah dipanggil membantu skuad kebangsaan masing2 tapi yang menarik perhatian pastinya perlawanan persahabatan antara England bertemu Belanda.

Robin Van Persie yang diberitakan mengalami kecederaan dalam game Benfica tempoh hari telah dipanggil dan ini suatu yang pasti membimbangkan melihat pada buku rekod kesihatannya yang sering terkantoi setiap kali bersama skuad negara. Dalam masa yang sama bintang muda England Jack Wilshere telah digugurkan akibat kecederaan. Akhirnya Capello akur dengan sindiran pedas Wenger yang mengatakan "England boleh call up suka hati , buatlah apa nak buat tapi Wilshere tetap tak boleh main sebab injured". Sekurang2nya ada toleransi di situ mengelakkan kerenggangan hubungan antara pengurus berbangsa Italy dan Perancis. 2 pemain yang jiwa mereka menjadi persoalan, Nasri dan fabregas, walaupun kedua2 diberitakan tak fit untuk game Sabtu lepas, Nasri telah selamat dipanggil untuk bertemu Chile manakala Fabregas diberi peluang 'merehatkan minda'. Aku tak tahu sama ada ada atau tidak campurtangan kelab di situ bagi mengelakkan Fabregas dipanggil. Ada rumors kata nak elak dia cedera supaya harga tak jatuh, itu mengarut.Bagi aku Cesc seorang profesional, jika dia perlu bermain bola, dia akan main.

Pada ketika ini sedang hangat berita mengenai Alex Chamberlain dari Southampton sedang menjalani medical di London Colney. Perkara ini disahkan oleh Frimpong dalam tweeternya ... berita menyusul





0 ulasan: