Selasa, 9 Ogos 2011

Lain yang ditunggu Chamberlain yang tiba... Selamat datang!!

Arsenal telah mengesahkan tandatangan bintang muda England Alex Oxlade Chamberlain  dari Southampton dengan harga yang dikatakan agak tinggi 12M-15M, jika benar satu rekod perpindahan bagi kelab Championship itu dan ia adalah rekod pembelian seorang pemain berusia 17 tahun bagi Arsenal sendiri!!

Meniti perjalanan carieer seumpama Walcott, Chamberlain menjadi tenaga muda yang membantu Southampton melonjak ke liga Champinship musim lepas dengan 41 penampilan, 10 gol , stau statistik yang memberangsangkan dengan umur sebegitu. Posisinya versatile dan memang menjadi lumrah bagi typical signing Wenger, boleh main kedua2 belah flank, bertidak sebagai central attacking Midfielder pun boleh. Tapi persoalan, mana dia ni mau main, mampukah dia masuk direct ke dalam 1st team yang dah ada Walcott, Gervinho, Arshavin, Miyaichi, Rosicky atau Nasri. Tak diragukan dia ada potensi dan akan add quality depth, tapi yang membimbangkan siapakah pemain senior yang perlu melentur buluh, membimbing dia .

 Masalah di Arsenal bukan pada kualiti tapi leadership dan pengalaman. Kita sekarang dilihat terkejar2 pemain belia dan pemain2 yang konon senja dilepaskan walhal mereka masih ada kudrat dan pengalaman untuk dikongsi. Itulah sebab tak banyak match2 testimonial boleh dibuat di Arsenal kerana rata2 pemain tak cukup tempoh layak. Dan paling menyakitkan hati apabila potensi2 ini gagal dizahirkan secara sepatutnya jadi bila nak offload, tidak laku atau susah mahu jual disebabkan gaji yang ditawarkan Arsenal dalam kontrak buat budak2 ni adalah gaji orang dewasa, itulah sebabnya mereka lebih syok duduk di Arsenal kerana tahu duit akan masuk selain peluang nak main pun senang kononnya dan mereka tak perlu memberi komitmen akibat kurang persaingan malah kuranglah juga sikap 'segan2' dengan senior. Sebenarnya kegagalan Arsenal mengosongkan ruang dengan menjual pemain seperti Bendi atau Denilson memberi effect kepada kebantutan transfer kali ini

.Dengan pernyertaan Alex, dia merupakan signing ketiga season ni tapi perjalanan Arsenal dalam transfer masih lagi teka teki kerana masing2 menaruh harapan seorang yang berperwatakan lebih defensive perlu dibawa masuk dan kita saling tertunggu2. Adakah hanya Alex super quality sigining yang dimaksudkan? Ada pendapat mengatakan pertahanan Asenal dah ok kalaupun kita tak tambah cuma corak permainan kita yang mendedahkan diri pada ancaman selain taktik zonal marking terutama ketika set piece. memang benar tapi itu jika Mael dan Kos bergandaingan berterusan semusim tanpa sebarang kecederaan. Adakah Wenger boleh mengambil risko menurunkan gandingan2 yang tak pernah2 menjadi dengan Johan dan Laci sebagai backup dah terbukti tak cukup bagus untuk kelas seperti Arsenal? Mungkin juga kehadiran Chamberlain menutup buku rumors bagi mata walaupun Nasri atau Fabregas pergi sekalipun. Boleh aku jangkakan offensive part bagi signing Wenger summer ini telah selesai baginya ( err.. kejap, Joel Campbell? ) , dan dia akan mencari part defending pulak. Mari berharap kita dapat seorang CB baru dan kalau boleh LB jugak perlu kerana seperti RVP ,Theo kita jugak tahu buku rekod kesihatan Gibbs sering merah2.

Walaubagaimanapun nice signing dari Wenger! Harap Chamberlain sudi turun naij bersama Arsenal dan faham apa erti jersi merah putih Arsenal, mungkin tak susah baginya kerana di Southampton pun dia sudah diajar sejak asas, nadi warna2 tersebut.

Agi idup agi mengGunners!!


2 ulasan:

Sofea berkata...

Chamberlain is not super quality, he is quality player.

Tolak dulu cerita joel campbell, sbb dia tak berapa penting.

tapi Agree with you, Arsenal masih dalam pencarian CB. sp far nama2 seperti cahill, jagielka , samba dan terbaru scott dan menjadi tumpuan CB untuk arsenal. Kelebihan mereka, ada pengalaman main dalam EPL. tapi diorang masih dalam kategori quality player

kalau Per Mertesacker, yes he is super quality, price pun lagi murah dari player CB epl yang lain.. tapi takut dia lambat pickup dgn game style epl.

tunggu dan lihat saja sebelum this saturday

Gunners & Roses berkata...

Pendapat yang bernas encik AlKisah. Sama2lah kita menanti apa rancangan Arsenal seterusnya terutama dalam 3 minggu yang penting ini. 'Arsenal maju 2011/2012'