Isnin, 15 Ogos 2011

Ia berakhir di 303


Setelah sekian lama kepingin untuk pulang, hajat kampug boy yang selama ini bermastautin di kota London tertunai sudah setelah Arsenal secara rasmi melalui apa yang disahkan di Arsenal.com bersetuju melepaskan pemegang arm band , sekali lagi ke Barcelona. Walaubagaimanapun kurang jelas anggaran harga yang dipersetujui tapi mungkin dalam lingkungan 35-40M. Persetujuan yang telah dimetrai hanya menunggu kampung boy menyelesaikan personal terms dan medical. Wenger dalam nada sugul dan kecewa sesudah baru2 ini melahirkan rasa gusar tentang persepsi umum bahawa Arsenal mungkin akan dipandang sebagai feeder club jika perkara berterusan berlaku hanya mampu mengeluarkan penghargaan kepada pemain yang dianggap sebagai anaknya dibawak merantau berdikari sejak remaja lagi dari bumi Catalan,
"We have been clear that we didn't want Cesc to leave and that remains the case. However, we understand Cesc's desire to move to his home town club and have now accepted an offer from Barcelona. We thank Cesc for his contribution at Arsenal and wish him future success."

Cesc Fabregas, merupakan pemain yang profesional dan baik buat Asenal. Maka kiranya generasi penyokong Arsenal ketika ini bertuah kerana dapat melihat aksi pemain yang diberi bakat semulajadi istimewa dan aksi pemain berkelas dunia dalam jersi merah putih selama hampir 8 tahun. Tiba dari Barcelona pada 2003 ketika umur 16 tahun, Cesc banyak memegang dan memecah rekod kelab di Arsenal dengan  pemain paling muda menyertai first team, penjaring gol paling muda di Arsenal. Dia dilantik sebagai kapten pada 2008 di pertengahan musim bagi menggantikan Gallas, -suatu lagi perspektif yang menguatkan teori Wenger kurang arif memilih pemimpin. Pada era BPL, hanya Adams sahaja yang bersara di Arsenal sebagai kapten manakala yang lain, semuanya dijual/dilepaskan di zaman pemerintahan Wenger.Vieira, Henry, Gallas dan terbaru Fabregas. Dengan pemergian Cesc, dijangkan RVP akan diumumkan sebagai Mr Arsenal yang baru dibantu oleh Mael Lambung.

Selama 8 tahun jugak banyak memori dan nostalgia pahit manis yang dilalui Cesc untk dikongsi bersama kita. rambut rempitnya pada zaman gila2 remaja, lagak samseng boy pada zaman remajanya-tanya Ballack, the cesc fabregas show pada ketika suku akhir UCL bertemu Juventus di Highbury di mana dia menjawab persoalan 32 ribu penyokong tuan rumah malam itu , siapa dia pengganti Paddy Vieira, watak peting yang sering memberi impak, ingat bagaimana dia hadir dari bench ketika bertemu Aston Villa dan mengubah segalanya?,bermain dengan kaki yang patah ketika bertemu kelab barunya Barcelona. Dari segi gol2 pulak, 57gol dalam 303pen ampilan bersama Arsenal, tapi antara yang tidak dapat dilupakan adalah sepakan thunder bolt di WHL yang  menggegar kedai2 mamak di Malaysia, larian 11 saat dari tengah padang selepas sepak mula kedua ketika bertemu Spuds, dan jaringan di San Siro yang disambut bersama Wenger dengan penuh emosi bagai antara seorang bapa dan anak. Sebenarnya itu hanyalah sekelumit daripada apa yang dipersembahkan selama ini oleh Fabregas, sayangnya jodoh kita tak panjang.

Maka dengan itu, gua tidak menyimpan apa2 perasaan pada pemergiannya walaupun agak bakal merasai kehilangan, itulah lumrah bola sepak moden. Kita semua sedia maklum hati Fabuloso, Walaupun dia dilihat seperti menyerah kalah sebelum berjuang, hatinya yang sudah terikat dan DNA nya yang sudah pekat tak mampu menghalang impian sejak kecil untuk beraksi di tempat asalnya sendiri dan mungkin ini masa yang sesuai. Bagi Arsenal pulak, ini ada baiknya kerana pemergian Fabregas, hanya menunggu masa, kalau bukan kali ini, musim depan gangguan2 ini akan datang lagi bagai saka yang susah dihalau, jadi ada baiknya, sudah tiba masanya kita merelakan pemergian Fabregas dan memandang ke depan.Pemain datang dan pergi, Arsenal tetap di hati... Terima kasih Francesc Fabregas Soler, jasamu dikenang, selamat maju  jaya Arsenal.

Agi idup agi mengGunners!!



P/S: Ops.. dengan berita ini, media2 tabloid di luar sana pasti menyumpah seranah "#$@%@ kita nak tulis apa lagi ni oi?!!! last2 dia dah pindah jugak, musim depan nak reka apa pulak??!!Crouch ada DNA robot?adoii.. mampuih kita la ni" Pihak media bakal kerugian besar kerana tiada lagi cerita2 untuk menjadi tajuk2 utama pelaris akhbar .


6 ulasan:

Firestarter berkata...

tersentuh hati baca entry ni..

hgrunt berkata...

fak. menangis gua tgk video ni. =(

Gago berkata...

lu hati jambu la bro, gua sedih gak tapi tak la menangis...haha

Darion Daron berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Darion Daron berkata...

inilah bola sepak dan sebagai penyokong kita kene terima...
saya yakin Arsenal FC dan Gunners boss Arsene Wenger akan terus maju walau tak ada Fabregas.


PS: same kes cm perpindahan torres musim lepas.. sedih memang sedih tapi mybe ada hikmah sebalik tu.. mana tau kan3

wansyah14 berkata...

lumrah kehidupan...yang datang akan pergi, yang hilang bakal berganti dan yang mati pasti tumbuh berganti....moga semangat Cesc Fabregas kekal utuh dibumi Emirates sepertimana hilangnya semangat Kapten Henry dahulu...Selamat Tinggal El Capitan....