Malam yang mengujakan dan pasti terpahat dalam ingatan sebagai memori indah buat semua peminat2 Arsenal khususnya di Malaysia terutama bagi 70k yang hadir ke Bukit Jalil semalam.Umpama satu perlawanan akhir yang menarik cuma tidak kisah siapa pemenangnya, suasana dari petang higgalah ke match berlangsung umpama satu pesta. Anak buah Arsene Wenger menghadiahkan 1001 kenangan dan pengajaran berguna bagi anak buah Dato K Rajagopal. 4 gol (Rambo, Walcott, Vela, dan Rosicky) clean sheet , satu kick off pra musim yang sangat positif buat Arsenal namun keputusan dan jumlah jaringan bukan ukuran, sekadar menguji tahap kecergasan dan kembali membentuk persefahaman dengan eksperimentasi pemain di beberapa posisi. Bagi Malaysia, kita tahu kelas perbedaannnya sungguh ketara tapi apapun tahniah kerana berusaha memberi saingan terutama cara kita control possession dan organize defend pada separuh masa pertama sebelum Theo Walcott meloloskan diri dengan gol lambungnya yang nyata menyentap semangat tuan rumah, tapi tengok pada keadaan semalam umpama Arsenal yang jadi tuan rumah.hahah.
Tidak perlu rasanya aku ulaskan secara terperinci mengenai gol2 yang dijaringkan cuma apa yang aku lihat pasukan negara mungkin agak berhati2 dan terlalu respect akan Arsenal, manakala the Gunners pula tidak all out masih dalam mode kepenatan dan ada beberapa lazy leg yang dapat dikesan. Semua pemain yang disenaraikan oleh Arsenal dapat merasai aksi di atas permukaan padang bukit jalil, yang rasanya memberi kesan pada kelancaran pergerakan bola Arsenal. Arsenal menyenaraikan Carl Jenkinson dan Ryo Miyaichi dalam kesebelasan utama dan 2 pemain ini memberi respond yang positif. Carl beberapa kali menjadi penghalang Malaysia kerana berjaya menyekat senjata paling berbisa kita melalui kelajuan Kunalan.Berkenaan Ryo pulak, bertuah menyaksikan seorang pemain dari Asia mencipta nama di peringkat tertinggi, ini memberi motivasi kepada pemain2 kita bahawa saiz bukanlah tembok besar mane, yang penting niat keinginan dan usaha. Pemain Jepun ini beberapa kali menyusahkan Mahali Jasuli tapi masih banyak yang perlu ditimba lagi bila tentang decision making , crossing dan ball distribution.
Satu lagi perkara yang menjadi buah mulut adalah mengnai pertukaran Denilson yang hanya sempat beraksi 20 minit sebelum dia sendiri dikeluarkan semula. Ramai yang bergosip bahawa Denilson terlalu kecewa kerana dilayan sebegitu rupa dan terus ke bilik persalinan tanpa duduk di bangku simpanan, Wenger menafikannya dan berkata Denilson memang awal2 lagi sudah tak fit dan memang dalam perancangan 20 minit aksi diberikan padanya.Ribuan hadirin menjadi saksi persembahan Denilson yang agak sloppy pada malam semalam. Kemasukan nadi2 utama dan nama2 popular seperti Nasri, Arshavin, RVP dan Sagna ketika baki perlawanan tinggal lebih kurang setengah jam ternyata kembali menghidupkan suasana dan corak serangan Arsenal nampak menjadi lebih agresif.
Malam itu juga kita dapat menyaksikan Wenger menguji barisan hadapannya dengan penggunaan 3 frontman berbeza. Pada mulanya Chamakh, pemain Maghribi ini nampak agak berat kaki dalam sesetengah situasi di mana sepatutnya dia harus menggunakan kelebihan fizikal terutama dalam kotak penalti.tapi ada beberapa hantaran terutama dari Walcott dan Ryo, Chamakh nampak kurang berminat.Tapi ada juga beberapa link up play yang menarik antara dia dan pemain2 tengah.Ini persahabatan yang pertama dan dalam proses mencari fitness jadi bolehlah dimaafkan tapi Chamakh harus berusaha keras agar tidak mengalami nasib Bendi.
Selepas itu Vela. Aku suka dan berpuas hati akan apa yang dipertontonkan Vela di Bukit Jalil. Akhir musim lalu dia dipinjamkan ke WBA, malangnya dia gagal mengoptimakan peluang untuk menyinar di situ sekaligus digugurkan dari skuad Mexico ke Concacaf baru2 ini. Aku harap jalan ceritanya seperti Nasri, digugurkan dari Piala Dunia maka semangat membara untuk membuktikan kemampuan sebenar-cuma kali ini aku inginkan Vela yang lebih konsisten tapi bagaimana caranya, hanya dengan peluang match2 yang berterusan dari Wenger. Maaf aku katakan tapi dari pemerhatian, Vela dilihat kurang mendapat peluang dan tempat di hati Wenger kerana lepas menyerlah score gol sekalipun match2 seterusnya dia dibekukan tanpa penjelasan. Aku tidak tahu sama ada terdapat masalah atitud ataupun Wenger sendiri kurang bersedia untuk mengambil risiko. Score dengan stylenya sebagai seorang mat lob, bola2 begitu memang makanannya, chip baik punya menewaskan Apek. Ada jugak yang dia terover play ketika sepatutnya dah boleh sudahkan digentel2nya sebelum pertahanan Malaya sempat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Dan RVP masuk, Vela kembali ke posisi wide area, tidaks egan dan sentiasa aktif terlibat dalam setiap pergerakan offensive Arsenal. Gol terakhir melalui Rosicky jugak adalah sumbangan Vela yang berusaha keras mengawal bola sebelum sempat dikuiskan pada Arshavin yang memang suka meneympitkan diri main atas line hujung2 sebelum membuat hantaran pda Rosicky untuk disudahkan.Kredit pada Vela malam ini. Aku ingatkan lepas dia score crowd di Bukit Jalil akan buat Mexican Wave tapi tak sampai2 pun kat seat aku.
Nama2 gah seperti Nasri dan RVP hanya diberikan kurang 30 minit untuk menghiburkan kita tapi kemasukan mereka memberi impak pada perlawanan terutama pada game Arsenal dengan directness, pace dan flair. Kita mungkin tak berpeluang menyaksikan sentuhan ajaib kedua2 Nasri dan RVP tapi keterlibatan mereka dalam build up play Arsenal menghadirkan keterujaan pada para penyokong. Setiap kali mereka mendapat bola, sorakan lebih kuat bergema.Tidak ada riak wajah atau bahasa tubuh yang menampak Nasri tidak berminat lagi terhadap Arsenal.Dia nampak komited ataupun profesional.Wenger bersungguh2 ingin mengekalkan Nasri dan sanggup menyimpannya lagi setahun ketika berisiko kehilangannya tanpa apa2 keuntungan.Walaupun pada aku, ia satu yang gila dan berisiko,mungkin dengan komitmen dan cara Wenger ini boleh mengubah pendirian Nasri untuk sign kontrak baru secepatnya.
Selain itu, apa yang dapat diperhatikan adalah gandingan Wilshere dan Rambo. Rambo yang sepertimana kita tahu baru nak kembali dari mimpi ngerinya lebih setahun yang lalu tak menunjukkan sebarang tanda takut2 lagi, konfiden levelnya jugak nampak bagus dengan diberi peluang sebagai pengambil sepakan penalti. Hantaran dia pada Walcott jugak menampakkan vision yang ada pada dirinya, sepatutnya Malaysia dah boleh baca , pasti banyak bola2 sebegi dari Arsenal terutama pada Walcott.Wilshere macam biasa, takde rupa budak 19 tahun main bola. Wenger kata mungkin ramai lagi yang berpeluang mengikut jejak Wilshere. Tapi pada aku Arsenal perlukan lebih pengalaman, kekuatan fizikal dan mental. Frimpong beraksi dengan baik sebagai backup song tapi masih belum sampai tahap yang sama ketika pra musim lepas sebelum dibelenggu kecederaan serius yang panjang.Wenger harus memberi perhatian pada posisi Song yang dilihat tiada cabaran, jangan sampai Song ambil mudah.
Pertahanan Arsenal pulak tak banyak yang boleh diperkatakan kerana jarang benar2 diuji. Mael Lambung yang memegang arm band bergandingan dengan Koscielny sambil diapit Gibbs dan Jenkinson pada separuh masa pertama. Laci, Johan, Traore diberi peluang pada separuh masa kedua disusuli Sagna. Serangan skuad negara agak buntu tanpa kelibat Safee Sali yang hanya mampu duduk di bangku simpanan.Nor Shahrul Idlan tidak mendapat sentuhannya menyebabkan Malaysia hanya nampak hidup di sebelah Kunalan. Itupun, pertahanan Arsenal masih relax dalam kepeluhan.Lawan2 selepas ini akan menjadi medan menentukan barisan pertahanan Arsenal tapi melihat pada cakap2 Wenger, dia umpama sudah puas hati dengan kualiti yang dimiliki cuma konsistensi dalam defending set pieces yang ditagihi. Ini yang gua tak sedap dengar, menggantikan Clichy dgn Traore baru pulang dari Juventus dan si kaki lembut Gibbs bukanlah satu jaminan.
Sebaik wisel penamat, stadium masih lagi gegak gempita dengan sorakan para penyokon.Jauh di lubuk hati setiap seorang daripada mereka berhasrat agar jam tidak lagi berputar, mereka tidak mahu ia berakhir, mereka tidak mahu Arsenal pulang lagi . Namun kita masing2 harus percaya, jika ini bukan kali pertama, maka ini juga diharapkan bukan kali terakhir Arsenal hadir ke bumi bertuah ini berkongsi pengalaman dan kegembiraan.Ini baru permulaan, Malaysia bertuah kerana menjadi saksi pertama persiapan skuad 11/12 dengan semangat dan impian yang baru. Begitu juga pada bola sepak Malaysia, satu lagi hari bersejarah tercipta terutama bagi para pemain yang dapat berdiri di atas padang yang sama sebaris dengan bintang2 dunia. Hangzhou Greentown menunggu Arsenal di China, kita menantikan kelibat Dalglish dan anak2 buahnya. Apapun 13th July Bukit Jalil, ia satu perlawanan hiburan persahabatan dengan semangat kesukanan. Terima kasih Arsenal, tahniah Malaysia,selamat maju jaya kepada kedua2nya dalam visi dan impian masing2. Hala tuju Kejuaraan mereka selepas ini mungkin berlainan tapi misi mereka tetap sama. Menang!
4 ulasan:
Mantap bro.
Gua tunggu laporan lu orang.
Gua balik Bukit Jalil pun terus tido. Sampai rumah pukul 2 pagi.
Btw, I think Malaysia spoil the game la. Main tak competitive langsung. Sepatutnya tunjuk aksi mantap. Barulah Arsenal nak datang lagi next next year. Kalau setakat lawan standard mcm malam semalam baik lawan Barnet je bro.
Anyway sepatutnya rakan Arsenal blogger kita jumpa semalam, lepak-lepak, minum-minum, kenal-kenal.
Satu lagi itu masthead sudah patut kena tukar la bro. Clichy suda takda, Bendtner akan menyusul, Cesc tak confirm lagi ada tak next sesson.
Last, peminat Arsenal semalam memang cool. Gamat stadium.
Andimazlan.com
I second that.
Saya wish player Malaysia main lebih semangat. Memang lah friendly tapi competitive la sikit. frust je.
tapi hati berbunga smpai harini dpt tgk player2 kesayangan main dkt depan mata.
(^_^)
ye cepat-cepat hapdet.
nice entry bro.
Catat Ulasan