Jumaat, 1 Julai 2011

1st Julai, namun apa perkembangannya?


Kalau lah benar seperti yang digembar gemburkan dalam gosip2 hangit sekang ini, apa la nak jadi dengan Arsenalku. Lain yang diharap lain pulak yang jadinya. Sekarang ini kalau boleh dari segi game FM (Football Manager)nya memang kita nak lepaskan player2 yang tak bersungguh dan tak mampu berfungsi bagi memberi ruang untuk tenaga2 baru, dalam masa yang sama mengharapkan orang2 penting kita stay/tidak menikam kita dari belakang. Tapi kalau ikut berita lain pulak jadinya, Agent Denilson kata besar kemungkinan pemain Brazil yang berhati kecil bermulut boleh tahan ni akan kekal di Emirates kerana masih ketiadaan pembida.Aku tak tahu mana dia nak letak muka sebab baru2 ini sahaja dia dah berhajat nak blah dan menyatakan keputusan telah pun dibuat 8 bulan yang lalu, dialah pemain yang meninggalkan rooney tanpa nawaitu untuk mengejar, dialah pemain yang tiba2 boleh tergolek dok tiba2 tersembam yang hampir2 menghadiahkan gol kepada Everton, dia pemain yang tak ada jiwa alih2 berani mempersoalkan kenapa Arsenal tak menang piala selama 6 tahun dan dah bosan menunggu.Sekarang nah kau, sudahlah tak dipandang akhir2 musim oleh Wenger, kelab luar pun tak berapa berminat.Yang rasa semacamnya adalah ,kalau tiada apa2 perubahan, mungkin dia akan terbang bersama2 skuad ke Kuala Lumpur.Wenger menjanjikan skuad terbaik, skuad yang mula daftar diri pada 7 Julai ini akan sama2 dipertimbangkan, tak pelik kalau Wenger menghantar pemain2 seperti Denilson Diaby, Bendi Vela, Squillaci Almunia dan beberapa pemain dari skuad simpanan sebagai 1st eleven. Itu pun memang pattern pra musim Arsenal selama ini.

Dulu aku pernah gelarkannya Double D-double dungu bersama Diaby, Arsenal jugak dikatakan telah menolak tawaran dari sebuah kelab Turkey, 10M untuk Diaby..sayang sekali. Bukannya apa, dia sudah bersama kita 5 tahun, ada potensi, tapi sejak patah kaki di Sunderland dulu, dia kini selalu ditimpa kecederaan, dan mudah diperangkap emosi. Diaby yang fully fit boleh menjadi seorang monster di tengah padang tapi dalam semusim kita boleh bilang berapa game sahaja yang dia benar2 efficient. Tapi Wenger mungkin masih menyimpan sinar harapan lagi. Dia mungkin sudah berkira2 nak menggandingkan 2 kuasa kuda di bahagian midfield di saat situasi memerlukan jika apa yang di tweet oleh Ricardo Alvarez ini menjadi kenyataan.

Apabila digoogletranslatekan ia berbunyi :

Saya suka bermain di senjata, akan menjadi impian bagi saya! Saya ingin Tuhan yang direalisasikan!

Agak kelakar bukan tapi sebenarnya ia membawa maksud yang menarik , apabila ditafsir.Ricky memang tidak menyorok niatnya untuk beraksi bersama Arsenal dan tidak sabar untuk memperluaskan cabaran kerjayanya.Dia berharap pada tuhan untuk merealisasikan impiannya.Aku rasa selain Gervinho- yang berita medical semalam rupanya adalah palsu semata2-, kita sudah hampir pasti beraya mengikat ricky yang mengingatkan aku pada Kaka di awal kemunculannya. Kalau jadi hadir, kita tak akan dapat lihat Ricky dengan nombor jersi 7 di belakang, kerana no 7 tetap empunya milik Rosicky.. Kawan paling rapat kepada Fabregas dalam skuad Arsenal ini tidak berhajaut untuk blah, dia pun baru sudah sing kontrak jangka panjangnya musim lepas.walaupun ada ura2 kelab dari German inginkan kembali servicenya yang dianggap limited di London, Rosciky lebih senang makan gaji buta sambil dating bersama nurse gebu ebrmata biru di London Colney.Tidaklah, dia lebih rela berjuang merebut tempat di kelab besar dari bermain dalam environment yang kurang mencabar, alasan yang sama seperti Owen di United.

Sekarang tiba di bahagian untuk berspekulasi,kita sedia maklum, Barceona dantang dengan tawaran 27M kemudian direject. Lepas tu depa nak datang lagi nak up 35M pulak, dalam masa yang sama siap menggelabah suruh Fabregas mogok tak lapor diri training 7 Julai ini. Ape ke hey? Gua dah lama panas hati dengan cara Barcelona. Tapi gua percaya Fabregas takkan buat kerja bodoh buat2 mogok. Baki kontraknya masih panjang, dia tahu Arsenal memegang kunci, Arsenal tak hingin sangat duit Barca tu, malah Fabregas tahu sebagai juara dunia,juara Eropah, pengalaman beraksi di peringkat tertinggi , dia jugak ada harga diri.Takkanlah harganya lebih rendah takpun sama dengan Andy Carroll? Banyak impak negatif yang terpaksa dihadapi jika dia berani melakuan sedemikan rupa, berhadapan dengan penyokong, dipasukansimpanankan, dilucutkan jawtan kapitan, macam mano dia nak menghadapi baki 4 tahun dengan reputasi tercemar sebegitu. Aku percaya Fabregas masih waras walaupun ayat terbarunya kurang patut."Jika player itu dijual, maka bermakna pemain itu tidak lagi diperlukan oleh kelab" Aku kurang jelas apa mesej yang cuba disampaikan oleh fabregas, tapi jika secara langsung diterjemah, adalah salah menuding jari pada kelab semata2 ketika jiwa sendiri yang mintak diceraikan.Namun begitu, hajat Rosicky yang diwar-warkan baru2 ini mungkin salah satu 'rasuah kecil' untuk memastikan Fabregas terus kekal di Arsenal.

Dan apabila dibandingkan 2 situasi, Fabregas, dan Nasri, Samir yang nak habis kontrak musim depan lebih berkemungkinan besar mampu meninggalkan Arsenal- dalam keadaan Arsenal terpaksa. Jika Nasi enggan sign, dia bakal dijual. Itu sahaja logik yang ada sekarang ini, Wenger jugak berjanji tidak akan membiarkan Flamini berbuang 2 kali.Yang tak syoknya adalah pembida domestik sahaja yang beriya2. Walaupun nasri menafikan dan menasihatkan agar jangan didengar rumors2 sebegitu, tapi berita bertiup kencang, United bakal menabur 20M. Mereka sudah pun menggunakan Evra sebagai jarum halus. Tapi United tak boleh duduk senang jika jiran mereka terus menghimpit cuba jugak berlagak elite. Man City dijangka akan menyusahkan United dengan tawaran yang lebih kurang sama tapi gaji yang berrganda, 180k. Spekulasinya, aku tak tahu mengapa sehingga kini Nasri belum mahu melanjutkan kontrak.Apa yang ditunggu? gaji? posisi? pangkat? transfer plan Wenger? Jika Fabregas pergi, anda dapat membayangkan Nasri akan mengambil alih posisi dan gaji Fabregas, suatu posisi paling neutral bagi dirinya.Tapi Wenger harus memikirkan kembali kalungan arm band tersebut. Memberi pada nasri ketika period ini yang telah membuktikan keraguan komitmennya terhadap Arsenal, memberi isyarat salah dalam perlantikan ketua di bilik persalinan dan di atas padang. Kalau kerana wang, sudah tentuk dia tak pikir panjang, Sheikh Mansor atau Glazer boleh dapatkan no telefonnya. 

Menunggu transfer plan Wenger? apakah hala tuju sebuah kelab jika mereka akhirnya menjual pemain paling berharga merangkap ketua pasukan emreka. Aku fikir Nasri sendiri seronok bermain bersebelahan Cesc, tiada sifat dengki mendengki yang kelihatan,  jadi tak mustahil jika Arsenal gagal mengekalkan Cesc, Nasri akan turut serta memilih jalan keluar. Jika perkara ini dibiarkan terjadi, mungkin riot lebih besar dari Bersih 1.0 dan lebih kecil dari tunjuk perasaan di Mesir akan berlangsng di Emirates.Tapi dunia tidak pasti berakhir, kerana posisi Cesc adalahs atu posisi yan didambakan oleh ramai pemain. Dalam skuad kita sahaja, jika ditakdirkan Fabregas dan Nasri tidak memanjangkan perjuangan, Arshavin adalah orang pertama yang akan menghantar resume pada Wenger dan bakat semulajadi mengisi lubang tengah tersebut di belakang striker utama mungkin mampu melahirkan kembali magic2 dari rantau Balkan. Tetapi harus diingat, semua tersebut hanyalah spekulasi, kita berada di ruangan gosip.

Gosip terbaru pasal Clichy yang mengatakan Mancity bakal datang dengan tawran 7M menyahkan Liverpool dari persaingan dengan hanya 5M. Kesian nasib Clichy, dek kerana ada saga lagi hebat menyelubungi Arsenal tentang Nasri dan Fabregas, berita tentang dirinya hanya suam2 kuku walhal selain Sagna dia adalah antara pemain penting dalam pasukan cuma ketidakkonsistenan permainannya membuatkan dia dianggap sebagai bawang merah.Jadi antara Sagna dan Eboue siapa pulak bawang putih, siapa pulak bawang goreng? Anda tentukan sendiri.

Wenger masih belum ada apa2 yang ingin dihujahkan tentang transfer.Yang ada cumalah dia mintak peminat paham dan bersabar dengan modus operandi Arsenal, sebarang transfer aktiviti mungkin akan lebih hangat pada akhir bulan Julai awalaupun pintu perpindahan international telahpun dibuka hari ini. Tambahnya lagi, transfer ni lebih kepada macam main daun, tengok lawan keluar apa, baru pikir nak gerak apa. Semua pemain menyorokkan kad masing2 walaupun pasukan2 seperti United City Liverpool Chelsea Barca dan Real slumber jek tayangkan kad joker mereka.Apa yang nak disampaikan oleh Le Prof sebenarnya adalah, tunggulah domino effect yang bakal berlaku.Dan bagi peminat Arsenal, menunggu sudah menjadi umpama satu budaya, kita diajar untuk bersabar.Menunggulah kita walaupun si penunggu gua saling bertukar shift, kita tetap akan ada di sana, berdiri megah di sebelah logo kesayangan kita.


Agi idup agi mengGunners!!




1 ulasan:

iniialahaku berkata...

dah lama mnunggu ni ha...kna nganjing dgn fans liberfool pling pedih skali nk trima...

dah sampai abes ayt dah nk cakap...