Isnin, 13 Jun 2011

Usmanov buat2 caring + Gosip + menghitung hari Arsenal ke Malaysia..


Cakap macam orang merajuk. Itulah Alisher Usmanov. Walaupun tak nafikan apa yang diungkapkan tu ada betul dan logiknya tapi mendengar perbandigngannya tentang Arsenal sekarang ini yang katanya perlu ada pemain seperti Makelele menguatkan lagi tanggapan bahawa dia hanya manis mulut sahaja nak buat2 kononnya Arsenal rugi tak menjemput dia ke persidangan meja bulat Board menjadi orang penting kelab. Walaupun merupakan antara pemegang saham terbesar dalam Arsenal sebanyak 30%, Usmanov tidak sepopular malah 'tewas' kepada Silent Stan. Baiklah cerita sebenarnya begini, jutawan Uzebek ni telah menyelar kemarau 6 tahun Arsenal adalah disebabkan tanggungjawab dan tingkah laku BOD yang ada sekarang ini. Katanya lagi, BOD terlalu selesa dan ambil sikap lepas tangan, cepat berpuas hati sekadar duduk dalam kelompk 4 teratas dan layak ke UCL sudah memadai janji kantong masuk dan duit masyuk. Tambahnya, diorang bukan kisah sangat pun pasal Arsenal atas padang, last2 seorang2 nak jual jugak saham masing2.

Walaupun tak pernah dijemput, dia sendiri pun berkata tak hingin nak join ahli lembaga pengarah yang lain kalau asyik duk naikkan harga tiket menterkedarah duit tanpa dilaburkan pada transfer memberi sumber kewangan pada Wenger membeli pemain yang berpengalaman sikit terutama penjaga gol, defender dan defensive midfielder.Yang syoknya dia kata kita kurang pemain macam makelele.Hahah, oi usmanov suatu masa dulu kita dah ada Diarra tapi sebab ada Flamini yang tengah naik, makalele wannabe tu pun blah tak sabar punya pasal, jadi apa kata bagi contoh player yang ada determination sket selain bagi contoh dari team rival,tak payah cari jauh, arsenal sendiri ada legend macam Parlour. Lagi satu kalau si Usmanov ni yang menjadii pilihan pun, apa jaminan dia takkan buat perkara yang sama macam tangan2 ghaib kat atas tu, aku tengok muka dia pun macam gila duit semacam walaupun tak baik prejudis, jutawan macam usmanov ni aku rasa hanya sang opportunist yang nak mengembangkan perut.


Lupakan pasal orang yang tengah makan hati itu, Pemain2 pun lepas internationaleleh tengah makan angin. Sebelum mereka mula bercuti panjang itu hari, ada satu gosip menarik kak jah oi..nak tau tak si Andrei kata depa semua dapat hadiah tuuu..haa nak tau sapa bagi? haaa teka laa teka, tak lain tak bukan hadiah dari abang kapten kita laaa alaa kampung boy tu, yang tak habis2 dengan kampung die ajek. Apa lagi, member2 pun mula laa dok ngusik "ai, hadiah apa ni, hadiah perpisahan ka?" "Takdalah saja2"..haa mula la tu, asal bagi hadiah siket,pk macam2, nak blah lah, nak berpisah lah cuba pikir yang happy2 kan kan kan..Yang penting bukan laa macam hadiah baju buruk yang si Abu tu dapat dari jiran dia tu...itu buat lap toilet lagi bagus kak jah oii.. haaa gosip panas ni amboi3..

 Kah3,,geli gelaman aku.Ok2 cuba cerita yang lebih serius. Dengar cerita memancing Clichy kita tapi dengan bid 5M saja. Serious??? Kalau Henderson dia boleh beli 20M ko ingat Wenger tu teman mancing ko ke apa, pinjam joran pun belum tentu lepas. Memang betul la english player ni overpriced , overvalue, nasib baik Arsenal tak masuk perangkap. Phil Jones ni pun satu lagi kes, dengar cerita Arsene sanggup berlabur 16M dok berebut dengan United last2 pemain belasan jagung ni pilih untuk ke Manchester.Fuh selamat...sekarang harga dah jadi 20M jugak..20?? untuk pemain yang belum benar2 matang? aku rasa Wenger sengaja tarik perhatian buat2 macam nak beli Smalling season lepas, last2 United yang dapat , tapi hasilnya , walaupun adalah hasil tapi secara individu, tak padan dengan harga..Tapi kalau betul Arsene dah sanggup bid sebanyak tu, jadi sepatutnya dengan harga macam gitu dalam market kita boleh dapat yang lebih berpengalaman.Yang paling best kat sini , kita tau Wenger dah sanggup keluarkan amount sebanyak tu untuk seorang defender.Selain Jenkinson, kita boleh menanti kemunculan defender baru. Sementara itu walaupun berita Gervinho dikatakan hampir pasti memilih Arsenal kian hangat, namun masih ada ancaman2 dari pihak lain seperti Newcastle dan Mancity yang menunjukkan minat untuk mendapatkan juara liga Prancis berambut pelik itu.

ini bukan pemain ivory coast itu.

Tinggal lagi sebulan untuk skuad utama Asenal singgah ke Kuala Lumpur. Tiket telah mula dijual, season pass telah diagihkan promosi kian diperhebat. Tapi sesi Asia tour kali ini, video2 promosi terhadap China dilihat lebih awal siap dan dilancarkan, boleh mengembara ke youtube, banyak promosi Arsenal ke China dan video2 tapi masih belum ada lagi video untuk Malaysia (jika aku tak jumpa tolong bantu aku). Apakah kerana China -memang diakui popular- dan mudah diketahui budaya mereka seperti iklan Szczesny dengan Chop stick dan Mael dengan ping pong, Wenger dan pemain bercakap bahasa Cina, tapi jika kita, mungkin mereka terpaksa study lebih lagi apa sebnarnya 'identiti' Malasia. Aku tidak sabar dan tertarik untuk melihat apa yang akan mereka pilih untuk digambarkan tentang negara istimewa kita ini.


1 ulasan:

Sofea berkata...

Kalau diikutkan, Video Arsenal untuk malaysia mayb susah skit nak kuar.. kalau diorang buat.. kira bagus..

Salah satu faktor adalah kat china ada website http://www.arsenalchina.com/

kalaulah ada website arsenal malaysia
http://www.arsenalmalaysia.com/
confirm ada video

sekarang arsenal ada website official website for uk,japan,china,korea and US only.. mayb lepas ni ada kot official website for Malaysia.. sapa programmer/web designer try laa offer buat project ni..

**

No komen pasal Usmanov

**

Hopefully someone will join for strengthen Arsenal squad next season.

**