Rabu, 1 Jun 2011

Stan Buy Me + gosip perpindahan


“Arsenal is not about one shareholder, one player or one fan. It’s a special institution and we look forward to celebrating that further during the 125th anniversary year of the Club."

Itu dia janji Silent Stan setelah diberi notis 14 hari dan lampu hijau oleh Premier League untuk melengkapkan proses takeover Arsenal Football Club. Stan Kroenke yang kini sebagai pemegang majoriti saham dalam Arsenal menunujukkan beliau masih lagi berpegang kepada tradisi,misi dan visi asal Arsenal walaupun segala keputusan dan bajet selepas ini perlu mendapat kata putus dirinya.Pengurusi Arsenal yang masih dikekalkan, Peter Hill Wood, tidak sabar untuk bekerjasama dengan Encik Stan dan pastinya akan menjadi orang yang berpengaruh dalam memastikan kesinambungan dan kestabilan Arsenal di atas mahupun di luar padang.Situasi yang pastinya membuatkan jutawan Uzbek, Usmanov menggigit jari.

Jadi apa yang best sangat tentang rakyat American seorang ni? Kita tau dia ni memang jutawan sukan, pemilik kelab St. Louis Rams dalam NFL,Denver Nuggets dalam NBA, liga Hoki pulak dia balun Colorado Avalanche, MLS pulak dia tauke Colorado Rapids yang merupakan 'rakan sepermainan' Arsenal. Alih2 dia mau kawal Arsenal pulak. Oleh kerana dia ni berlatarbelakangkan bisnes sukan , sudah tentunya dia lebih nampak afdal berbanding pesaing2 jutawan yang lain yang terang2 tunjuk suka membulatkan perut saja. Itu backing dari Hill Wood saja, tapi kalau dah nama pun business man, ini orang musti mau pikir untung dulu maaa pun.. Apa bezanya dengan pemilik2/tycoon kelab lain seperti Glazer di United, Henry di Liverpool, Sheikh Mansour di City- sama saja. Anda ingat fan kisah sangat ke selagi orang asing ni datang melabur duit beli pemain berjuta la bagai, mereka lagi suka sebenarnya.Apa yang membuatkan mereka meluat dan marah adalah sebenarnya mereka terlebih atau tersalah 'rompak', kantoi, masa itu lah fan akan memulakan protes.Bagi mereka apa yang penting adalah pure football, atas padang. Maka apa yang Kroenke sudah janjikan pada Arsenal? tidaklah wang berjuta tapi sekadar jaminan bahawa duit hasil revenue akan dibelanjakan dalam segala urusan transfer. Itu adalah cakap2 manis mulut yang wajib diutarakan bagi para pemilik kelab yang baru, actionnya? tunggu dan lihat. Tidak perlu tunggu lama kalau nak tengok style marketing mereka ni, Asian Tour 2011 adalah satu contoh di mana mereka mula start membuat pelaburan, ini semua marketing.Kasi duit masyuk manyak2. Fan, kita , aku, depa sendiri(board) pun suka sama senang hati. Yang penting jangka masa panjang, fan mau lebih dari itu.

Oleh itu macam mana, apa yang boleh dikaitkan dengan jangka masa panjang-sudah tentulah hala tuju transfer. Laungan2 "spend the f***ing money" bukanlah satu jeritan kosong. Cukup untuk menggentarkan jiwa kacau Wenger.Lebih2 lagi dengan owner baru si Stan ni, peminat mahukan Arsenal lebih aktif dan tidak kedekut, sekurang2nya berpijak di alam realiti dengan valuation player sekarang ini. Kerana kalau ikutkan harga yang diletakkan Le Prof, memang kadang2 buat kita terpikir balik kita hidup zaman bila. Selalu dicanangnya tentang overpriced, overvalue bagi sesetengah player, terutama pemain Inggeris, tapi nilai yang diletakkan terhadap signng2nya seperti Squaillaci 6.5m? atau Koscielny 9m? membuktikan sepatutnya Wenger boleh dapat lebih baik dengan harga itu. Bukan semua peminat mahukan dream team seperti main Football manager mahupun Championship Manager, jual semua beli 2 3 star dengan harga gila.Itu bukan caranya mahu buat bisnes, juga bukan caranya nak run kelab/team bola. Yang penting kita sudah ada base dia, cuma nak perlu touch up dengan pemain2 yang boleh memberi dimensi lain, versatility dengan harga yang berpatutan dan berbaloi. Transfer2 target Wenger melalui rumors terbaru sedikit menunjukkan Wenger mungkin sudah bersedia, sudah berani untuk berubah walaupun masih tak lari dari pi'il pembelian youngster unknown nya.



Banyak, memang banyak, kalau aku nak tulis dan kupas satu2 rumors di sini boleh kebas jari.(itulah siapa suruh tangguh, peram cerita lama2)Cuma aku nak ulas mana yang macam ada kepastian saja buat masa ini.Sebelum cerita pasal yang kita nak sign, aku menulis dahulu tetang yang kita gagal dapatkan sign barunya sehingga kini, Samir Nasri. Inilah sebenarnya signing penting kita summer ni.Walaupun perbincangan telah diadakan tapi sampai ke sudah, Nasri masih belum bersetuju dengan gaji baru yang ditawarkan, mintak lebih2 sama par dengan Fabregas 110k seminggu, Arsenal offer 90k. Kalau benar, nak buat macam mana, itulah realiti zaman sekarang, duit lebih penting dari segalanya dan jika begitu niatnya, nampaknya Arsenal beruntung dapat mengenal pasti mana pemain yang bermain dengan jiwa atau hanya sekadar nafsu wang.Segalanya terletak di tangan Nasri, dia boleh sign dan dalam masa yang sama dia boleh menuggu kontrak naik ke bulan dan jatuh ke riba.Sekadar 110k bila2 masa kelab seperti mancity boleh datang mengetuk pintu tapi mengenal nasri dia pernah kutuk Gallas kaw2 sebab pergi Spurs jadi apa beza dia dengan Gallas kalau dia memilih untuk ke United.Wenger memberi jaminan , tidak akan ada deal dengan United, dan tidak akan membiarkan kes Flamini berulang. Itu sahaja jaminannya, maka kita boleh syak , jika Nasri masih enggan untuk lanjutkan kontrak, Wenger terpaksa cash in mamat seorang ni dan move on mencari penggganti berkaliber. Walaupn ada kerugian dari sudut bola sepak di situ kerana melepaskan pemain seperti nasri, paling kurang Wenger masih ada seorang super star dalam tangannya apabila mailbox dan telefon Wenger kelihatan kurang serabut kerana tiada lagi panggilan2 hangit dari barcelona buat masa ini. Untuk melepaskan kedua2nya sekali serentak adalah sukar dan mustahil boleh diterima oleh para penyokong Arsenal.



Dalam pada itu Bapak Bendi meletakkan harga 12M untuk anaknya.Nampaknya bapak merangkap agent lagi beriya2 dari anak suruh tinggalkan Arsenal, siap kabo lagi kalau tidak kerana anaknya duduk di bangku simpanan sepatutnya harga dirinya lebih melambung lagi tinggi lagi dari Mael Lambung nun.Bendi tuan punya diri sekadar tidak mahu komen apa2, takut2 jika segalanya tidak menjadi, ke mana lagi mahu pergi selain duduk di belakang chamakh dan RVP atupun tunggu kemungkinan striker baru masuk. Pada mulanya aku tak rasa kita akan membeli di posisi serangan tapi kerana banyak sangat rumors tentang Benzema, Gervinho ataupun Falcao, sudah tiba masanya Bendi dan Vela memikirkan masa depan mereka kembali. Si Brazilian denilson sedang dipancing oleh beberapa kelab La Liga dan seira A seperti Roma dan Sevilla dan harga yang dicanang adalah 5-8M.Mark Randall si kering telah pun dilepaskan oleh Arsenal. Satu lagi contoh potensi yang tak sampai di Arsenal.Lansbury ingin menyemak plan Wenger sebelum memikirkan masa depannya.Sayang jika Lansbury ini digadaikan, kerana aku nampak dia bersama2 rambo dan Wilshere mampu menjadi nadi darah British yang penting di Arsenal. Ramai orang yang tak sabar supaya JET si gergasi ini dipromote tapi dari apa yang aku dengar, mungkin JET ada masalah atitud, sama kes dengan Vela mungkin sebab itulah peluang yang diberikan kepada mereka untuk skuad utama agak terbatas.BEirta tentang masa depan Clichy masih belum kedengaran.



Tapi Clichy bagaikan ada pesaing baru ketika signing tentang Carl Jenkinson, 19 dari Charlton mula disebarkan.Walaupun Charlton belum mengesahkan secara rasmi tapi mereka terkejut bagimana berita ini boleh tersebar tapi tidak menafikan perkara ini bakal berlaku.Ini sebab mereka sendiri cakap mereka lagi terkejut jika Carl masih lagi menjadi pemain mereka musim depan.Adakah ini boleh dikira sebagai major signing atau sekadar youth signing? Melihat dari beberapa perlawanan akhir musim, Gibbs tampak belum bersedia akibat kecederaan bagai domino, jauh sekali untuk mengekalkan konsistensi dan menjadi back up Clichy tapi bagaimana pulak untuk mengatakan belia England-Finland ni dah cukup masin untuk melayan fizikal BPL. Soal fizikal, Wenger dikatakan sudah mula memikirkan simple logic iaitu kalau mahu defending set pieces, mereka memerlukan pesaing di udara. Arsenal pernah mengetuk pintunya sekali pada January, jadi aku tak terkejut jika Arsenal sekali lagi ingin try , Chris Samba. Pengakuan Wenger jugak tanpa menyebut nama, menguatkan lagi spekulasi rumors ini.

"I'd agree that we're after an experienced defender, maybe one who is used to the English game,"
Samba ni sekali tengok memang gentar la dengan muka bengis badan bagak.Tapi tengok klip ni lagi psiko dibuatnya..kah3..


Nampak gayanya kalau begini bingung sangat summer transfer Arsenal, berkerutlah dahi Wenger musim panas ni....

Agi idup agi mengGunners!!!!


2 ulasan:

retrofungus berkata...

penggulungan hujah yang terbaik dari GNR bagi penutup season 2010/2011

azfarannur berkata...

jika nasri mahu gaji yang tinggi dan jika arsenal tak dapat bagi adakah nasri betul akan pindah ke kelab lain. lebih2 lagi ke kelab musuh MU? atau jika nasri terus kekal dengan gaji y arsenal bagi adakah hati nasri untuk bermain akan sama seperti dahulu? kita dapati permainan nasri mula turun sejak khabar kontrak yang masih tergantung. sama situasi dengan cesc.. sejak cesc 'digangu' oleh barca.. tahap permainan cesc pon mula menurun.. dalam hal ni para pemain dan wenger harus berbincang sebetulnya..dan wenger harus lebih tegas dalam memastikan player star tidak bertukar kpd taik bintang... hihi

http://azxej.blogspot.com/