Khamis, 9 Jun 2011

Jenkinson Signing terbaru + jersi baru kini di pasaran


Buat masa ini anda terima sahaja apa 'usikan' rakan2 dari penyokong United tentang gosip perpindahan Nasri ke United. Senyum sahaja dengan sinis kerana kebarangkalian perkara tersebut terjadi mungkin sedikit, suatu masa dulu mereka pernah memanaskan gosip RVP ke United, tak berlaku, alih2 alien Silvestre yang ke Arsenal (ya, yang ini , kita patut senyum sinis yang ikhlas). Melaui segala bentuk media, berita tentang Nasri disebarkan tapi Nasri telah membuat kenyataan rasmi dari mulutnya sendiri bawaha segala berita dari sumber2 yang tidak sahih tidak harus dipercayai, jika ada perkembangan dia adalah orang pertama yang akan memberitahunya sendiri. Mengapa perlu tunggu lama Samir?? Selagi masih berteka teki, tabloid2 semakin laris mengaut keuntungan menjaja cerita sama seperti mana RVP yang terkena kononnya 'tempelakan' nya terhadap pemain2 Chelsea dan Spanyol yang gemar menghurungi Reff bagai lalat .Namun RVP berkata dalam laman web rasmi Arsenal ia hanyalah dongengan kerana dia tak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu malah menghormati rakan2 sekerjaya di Chelsea mahupun Spanyol. Jack Wilshere sendiri menyokong agar pemain2 perlu lebih dramatikus dalam 'menyergah' pengadil bukan mengharapkan RVP seorang sahaja yang pergi ke Ref, kefahaman yang timbul adalah Jack bukanlah nak suruh para pemain Arsenal menyerang atau mempengaruhi pengadil tapi lebih kepada menunjukkan pemain jugak ada jiwa dan perasaan, jangan terima bulat2 apa jua keputusan walaupun terang2 ia menunjukkan ketidakadilan.

Pada ketika minggu ini pemain2 sibuk dengan aksi Internationaleleh dan jugak kelayakan Piala Eropah. Scout dan Wenger pulak dalam diam2 sibuk mencari tandatangan pemain. Selain beberapa promotion ke skuad utama dan penawaran kontrak professional kepada pemain2 muda, liga simpanan, Arsenal telah bertindak awal dalam transfer kali ini. Namun bukanlah boleh diklafikasikan sebagai major signing. Seperti yang diramalkan sebelum ini, pemain muda dari Charlton Carl Jenkinson,19 telah sah menyarung jersi Arsenal bagi musim depan. Aku pernah tersasul dulu, yang sebenarnya Jenkinson ni bermain lebih di RB dan berkeupayaan jugak bermain di bahagian CB. Baru2 sahaja dapat memecah masuk barisan utama Charlton musim lepas , mesti Wenger nampak sesuatu pada budak ini sebelum membuat keputusan menyambar awal. Adakah anda puas hati? tentu belum kerana kita masing2 mengarapkan satu signing yang berpengalaman dan dapat memacu impian kita serta moral bilik persalinan.Bukanlah sigining Carl ini tak bagus, memang bagus untuk jangka masa panjang jadi yang aku nampak Jenkinson bakal menjadi mentee kepada Sagna dan Eboue.Aku percaya Wenger akan datang ke Malaysia dengan skuad yang hampir lengkap setidak2nya 1 2 sigining lagi sebelum ke Bukit Jalil.

Jersi baru home kit 11/12 telah dilancarkan semalam. Aku masih menunggu jersi2 baru bagi away dan third kit kerana dengarnya sempena 125 tahun Arsenal ini, Arsenal bakal mengeluarkan ketiga2 jersi yang baru sekaligus musim ini. Jadi sebelum melabur, elok tunggu dan pilih design yang terbaik antara ketiga tiganya, kalau kena time discount lagi menarik.heheh.Moving Forward!

Agi idup Agi MengGunners!!!


0 ulasan: