Isnin, 2 Mei 2011

Projek Belia Klopp mendahului Wenger, tapi sekurang2nya ia terbukti.



Kalau dulu aku pernah mengucapkan tahniah kepada pasukan Wolsfburg yang entah muncul dari mana tiba2 berjaya memenangi trofi Bundesliga, jadi tidak salah kiranya aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Borussia Dortmund yang baru ditabalkan selaku juara, kejuaraan pertama liga sejak 2002. Skuad Dortmund adalah bawah bimbingan pengurus muda Jurgen Klopp.Ironinya, dia adalah calon buangan ketika Bayern Munich suatu ketika mencari jurulatih baru pada 2008 yang alih2 memilih Klinsmann yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan.Bagi Si Kulup pulak, dia tidak memandang ke belakang, setelah melatih FSV Mainz, tidak dipiliah Bayern, dia memilih Dortmund sebagai destinasi bermula pada 2008.

Sebelum kejayaan ini , Klopp membawa konsistensi pada Dortmund dalam meletakkan mereka top six 2 musim berturut2. Tahun ini projek youth nya berhasil. Dibarisi pemain2 muda berbakat seperti Subotic, Lewandowski, Shinji Kagawa, Nuri Sahin, Mario Gotze, Mohd Zidan dengan bantuan muka2 berpengalaman seperti kapten Sebastian Kehl dan Dede yang purata umur mereka berusia 23 tahun! Nampaknya Klopp bukan sahaja berjaya mencipta satu barisan muda juara tetapi juga memperagakan corak permaianan yang menarik dan self belief yang tinggi. Sama seperti Arsene Wenger yang telah mencanang2kan skuad kali ini adalah barisan terbaik pernah dimiliki serta beberapa kali mengulangi purata umur batch kali ini yang 23 tahun cuma tiada tanda2 hasil. Nampaknya Klopp telah berjaya mendahului Wenger dalam projek belia ini namun dalam masa yang sama ini memberikan gambaran dan harapan bahawa youth policy ini boleh berjaya.Memang benar, tidak boleh dibandingkanlah tahap saingan Bundesliga dengan kejuaraan BPL tetapi sekurang2nya kejayaan projek Belia Klopp membuktikan keberkesanan Youth Policy dan mampu menjadi kes rujukan bagi Wenger.Nama Klopp mungkin sedang hangat dengan kejayaan projeknya kini beserta dengan taktikal dan lagak aksi passionatenya di tepi padang tetapi Wenger masih merupakan orangnya yang perlu dihormati dan diyakini terus mengemudi bahtera perjuangan. Kita yakin, Arsenal mampu mengubahnya...


3 ulasan:

anotherstep berkata...

try tgk profile pengurus porto season ni...lg gempak

Unknown berkata...

http://merrypergibulat.blogspot.com/2011/04/arsenal-ready-to-make-record-breaking.html

Filippo berkata...

pasni kite amek dennis bergkamp plak...hehe

Fam akan Disiasat FIFA