Ahad, 8 Mei 2011

Pre Match : Penjemaan semula Rambo dengan melepasi igauan Britannia

Dia mencuri tumpuan ketika muncul sebagai pembenam United.Momentum tersebut muncul tepat pada masanya apabila kini dia terpaksa berdepan tugas getir sebelum membuktikan dia benar2 sudah melupakan igauan buruk yang mengancam kerjayanya.-bertemu Ryan Sawcross di Britannia. Berita ketiadaan Fabregas malam ini bermakna Ramsey sekali lagi bakal diberi peluang untuk mengemudi barisan tengah bersama juga dengan Wilshere. Setelah 15 bulan berehat, Rambo kembali sedikit demi sedikit degan pinjaman ke Cardiff, Kapten Wales bertemu England, sebelum start game bertemu United dan menjaringkan gol kemenangan. Sedikit demi sedikit tanda soal dihilangkan sama ada mampukah Ramsey kembali sepertimana sebelum tragedi kemalangan tersebut, Wenger memberitahu kecederaan Rambo dan Eduardo adalah 2 situasi yang berbeza di mana Dudu kurang bernasib baik akibat mobilitynya sedikit terjejas kerana bahagian yang patah melibatkan ankle, itulah sebabnya dia percaya Rambo mampu bangkit dengan lebih kuat walaupun terpaksa berhati2 menanggung risiko.

Kemenangan malam ini jangan dianggap tidak bermakna. Kerana ketika Spuds dan Mancity masing2 keciciran mata malam tadi, United pula terpaksa melayan kerenah Chelsea yang memasang impian untuk meraih gelaran.Arsenal perlu terus menang dalam masa yang sama menjarakkan diri dari kelayakan UCL, dan juga sambil mendekatkan diri dengan saingan tempat teratas apa yang pasti salah satu dari United dan Chelsea bakal keciciran mata maka Asenal perlu bijak mengambil peluang.



ABou Diaby, Nasri dan Fabregas tidak akan turut serta.Johan dan Clichy pula masih samar2 penglibatan mereka. Apapun satu kelegaan dan berita baik apabila Mael dikhabarkan bakal terlibat malam ini sama ada start ataupun di bangku simpanan itu belum pasti. Tapi jika Johan masih tidak melepasi ujian kecergasan, kita boleh menjangkakan penampilan kembali yang cukup istimewa Verminator menyarung jersi Arsenal.

------------Szczesny-------------
Sagna------Mael----Kos-----Gibbs
-----------Song-----------------
----WIlshere---Ramsey-----------
--Walcott-------------Arshavin----
------------RVP------------------

Astro 812 9pm. Stoke 0 Arsenal 2.

Agi idup Agi MengGunners!!


0 ulasan: