Isnin, 9 Mei 2011

Post Match : Sangat ketara ketidak konsistenan Arsenal.


Ape kejadahnya. Sudah terang lagi bersuluh tapi taktik dan strategi masih lame dengan perahanan kita layak memasuki maharajalawak , amer pun boleh kalah macam ni. Baru seminggu sudah kita bergembira menjinakkan United tapi kini Stoke pulak secara slumber menjadikan kita hanya sebagai 'pemanas badan' mereka untuk ke Wembley untuk FA Cup final- suatu kejohanan yang dari segi keelietan, kita patut berada di sana.

Arsenal tanpa segan silu dan tak kenal erti taubat masih lagi memperagakan taktikal 4-4-2 dengan line up yang predictable. pertahanan sekali lagi menjadi culprit malam ini.Walaupun di last2 game, Wenger masih lagi tidak berani mengambil risiko menurunkan mael yang hanya sekadar di bangku simpanan, itu yang mengecewakan aku, Wenger tidak berani. Pat Rice pulak duduk di sebalahnya buat2 muka tidak bersalah , memakai kacamata hitam bajet membutakan mata tidak nampak segala kekusutan yang melanda 6 tahun ini berulang bagaikan siaran astro.Sedang orang2 bermulut longkang seperti pengulas dan Shebby sendiri dapat melihat di mana silapnya keterbabasan Arsenal ini dari satu era yang digeruni menjadi bahan mengecewakan di akhir2 musim dengan harapan palsu di awal musim. Segalanya adalah kerana tiada tulang belakang terutama dalam strategi bertahan.Individu mahupun satu unit.

  • Sekali lagi set piece menjadi petualang. Entah buat ke berapa kali dah kita diperbodohkan dengan semua ini. Arshavin memberikan freekick yang tidak perlu di area yang memang menjadi makanan Stoke. Walaupun Penant yang berlebih2 dalam mendapatkan foul tersebut tapi kita tidak sepatutnya masuk perangkap.positioning dan man marking pemain2 semua hancur. Aku ingatkan selam ini Clichy menjadi duri dalam daging tapi ternyata Gibss yang kurang peluang beraksi ternyata masih belum bersedia.Ditunduknya kepala ketika bola datang dan Johan boleh  berada pada posisi yang salah untuk marking orang yang sepatutnya si Jones ni. Benteng di tepi  adalah Arshavin seorang?! letak semut pun ok rasanya.

  • gol kedua. Gua ingat Rambo mampu meneruskan momentum tapi sayang hari ni bukan harinya.Dan cakap2 kita boleh pergi jauh tanpa nasri ata Fabegas hanyalah sekadar penyedap hati di mana ternyata kita tempang, kurang dinamik dan mati akal mencipta kreativiti. Rambo terliat dalam pengawalan bola yang cuai, dirampas pennant. Pada ketika itu Sagna tengah mark dan tiba2 tanpa semena2 tiada threat di bahagiannya, Sagna boleh pulak meninggalkan Pennant berlari ke arah posisi yang kurang ancaman itu.Apa lagi si penan yang mmg ada bakat diasuh Wenger merembat sedikit biasan pada boot Johan dan keeper pulak Szczesny out of position.Ini yang aku risau dengan orang muda, terlalu tidak konsisten. Sepatutnya dia mampu buat lebih baik dari itu.

  • Jack Wilshere. Gua suka semangat dan nafsunya tapi kadang2 dia kena belajar untuk kawal emosi jangan terlalu ikutkan perasaan.Itu yang aku tak paham dengan so called English stars ni.Mereka pikir mereka bagus tapi kadangkala mudah besar kepala. Aku harap Jack tidak mengikut lagak2 senior seperti Rooney atau Terry.

  • Separuh masa kedua Wenger akhirnya berani membuat pertukaran dengan 'menghukum' antara penyumbang kepada gol2 yang dibolosi.Chamakh dan Bendi dimasukkan. Chamakh bermain di atas dan RVP turun sebagai support striker, posisi yang paling sesuai baginya. Tapi masalahnya di Arsenal terlalu ramai pemain yang asalnya sepatutnya berada pada posisi itu tapi telah ditukar department terutama di wide area. Nasri, Arhsavin, Fabregas, Rosicky, Walcott, RVP semuanya boleh bermain di bahagian itu dan nampak sangat sesuai di bahagian itu tapi akhirnya terpaksa diletakkan out of position.Tapi demi falsafah Wenger, mereka terpaksa mengorbankan originality,hilang jati diri. Paling menyakitkan melihat Bendi si galah panjang berada di penjuru padang sedangkan fizikal bagak sepertinya sangat2 diperlukan dalam kotak penalti.Gandingan Chamakh dan RVP nampak ada sedikit kehidupan di situ sehingga RVP boleh mencipta jaringan terimakasih kepada larian pembuka ruang dari Bendi. Tapi Pat Rice masih memakai spek hitam di situ menidakkan penglihatannya pada 442, beigtu juga Wenger.

  • Gol tersebut hanyalah sekadar sekali lagi harapan palsu apabila defending ala badut memakan diri.Clearance yang lemah dari Johan yang baru lulus ujian fitness sebelum game membuatkan Walter mempunyai ruang dan peluang tanpa Jack Wilshere dan para pemain lain yang berdekatan sempat menutup ruang.3-1 sekaligus membuktikan betapa Stoke lebih bernafus , lebih tajam dan lebih bijak walaupun dalam masa 6 hari mereka bakal berhadapan game paling penting dalam sejarah penubuhan kelab mereka. Mereka kehilangan Huth, tapi Faye yang menggantikan dari bangku simpanan menunjukkan betapa option mereka tetap lasak dan robustness sesuai dengan falsafah corak fizikal mereka. Wenger perlu admit, dulu dia hanya mewarisi back 5 team fizikal kepunyaan Graham. Kini dia masih belum jumpa penyelesaian dan barisan pertahanan miliknya sendiri.Mael Gallas Toure adalah pembelian paling hampir tapi masing2 memerlukan gandingan yang mantap.ketiga2nya juga tidak pernah sempat disatukan dalam satu era.Sayangnya, kombinasi ini juga tak menjadi kerana diapit oleh labulabi seperti Clichy.

  • Oh ya...Theo.berapa lama dah dia diberi peluang untuk start game, apakah hasil sejak kebelakangan ini? tiada bukan.Tapi tetap mendapat peluang.Pemain lain mana la tak kecewa. Hari ini permainannya sangat hancur dan menghampakan. Theo selayaknya kembali ke sub dan kemudian barulah enginenya bertul2 berfungsi bagi menunjukkan kesungguhan untuk kembali start. seorang lagi contoh pemain yang ambil mudah tempat dalam kesebelasan.
Wenger pernah berkata di tengah minggu lalu, dia ada tugas sukar, berhadapan dengan pemain2 kecewa yang tidak mendapat peluang beraksi , dia khir musim nanti. Antara pemain 2 yang ingin dibawa berunding adalah Bendi, Arshavin Gibbs. Dia juga ada tugas lebih besar dalam memastikan nama2 seperti Fabregas, nasri kekal di Arsenal.Sebenarnya untuk menambah sukar lagi, Wenger bukan sahaja terpaksa berdepan dengan pemain2 yang kecewa, kerana dia perlu berhadapan dengan jutaan peminat Arsenal yang kecewa bagaimana semua ini berulang saban tahun?! Aku tak tahu sama ada pemegang saham terbesar ketika ini Silent Stan mempunyai kuasa untuk 'menasihati' Wenger summer nanti. Yang pasti Wenger perlukan idea baru,dan orang kanan baru. Itulah sebab aku menyambut baik jika benar hasrat Pat Rice untuk bersara. Arsenal hanya tinggal beberapa langkah untuk melengkapkan kehebatan, jangan mempersiakan batch kali ini, mereka hanya perlukan beberapa anjakan paradigma. 

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

Filippo berkata...

- tuka balik formasi 4-4-2

- walcott main striker partner ngan persie

- beli defend yang bagus la wenger oii

- buang EGO anda wahai wenger