Isnin, 2 Mei 2011

Post Match : Rambo sentap hati United


Kakinya mungkin pernah patah tapi kalau mereka fikir mudah untuk mematahkan hati dan jiwanya, ia silap. Ramsey telah kembali. Ketiadaan Fabregas akibat kecederaan yang tiba2 telah memaksa Ramsey dipanggil pada saat2 akhir untuk start. Rambo hanya baru start 2 game sejak Showcross mematahkan kakinya.Dan seperti comeback Eduardo, tiada yang lebih baik untuk membuktikan bahwa dia bakal kembali mewarnai dunia bola sepak dengan gol kemenangan ke atas league rival, Manchester United. Satu kemenagan yang kembali membuk peraingan liga walaupun terutama bagi Chelsea, setidak2nya secara matematik kita masih berada dalam saingan.

Ada atau tanpa Fabregas, Wenger tetap menurunkan barisan bersama taktikal kegemarannya 4-3-3/4-2-3-1 dengan Song Wilshere dan Ramsey mengemudi barisan tengah berhadapan dengan Park, Carrick, Anderson, Nani suatu kejutan apabila jarang2 dilihat Ferguson menggunakan 2 forward ketika bertemu Arsenal. Kehadiran Hernandez yang jelas anonymous dan disokong oleh Rooney jelas memberi kelebihan untuk barisan tengah Arsenal mendominasi. United jelas kehilangan play breaker mereka, Fletcher sedangkan Park, si badi Arsenal pun tidak mampu berbuat apa2.


Arsenal memulakan perlawanan dengan agak bernafsu apabila clearance muntah dari Vidic singgah ke kaki Jack namun sepakannya tersasar di sebelah kiri Van De Sar.Selang beberapa minit Clichy membuat overlapping sebelum menghantar lorongan curl baik punya ke tengah mencari Walcott tapi dalam situasi yang sukar Theo hanya mampu menampan jauh menjangkaui palang. United sesekali cuba membuat counter attack dan melalui Fabio yang berjaya meloloskan diri dalam kotak penalti, pengalaman jelas menampakkan perbezaan apabila pemain Brazil tersebut hilang pu nca dan memilih option yang salah sebelum hantrannya berjaya disekat oleh Bacary sagna sebelum sempat singgah ke Chicarito.

Boleh aku katakan pengadil malam tadi Chris Foy gagal menghandle match dengan baik. Sudahlah dia tidak dibantu oleh linesman dalam mengesan hand ball Vidic, positioningnya jugak hancur dengan kadang kala memblock bola dan juga ada kalanya sampai berlaga dengan pemain. Mengenai foul Clichy ke atas Owen, replay menunjukkan ada minimal contact tapi sepatutnya jika United dan Fergie mahu complain dia patut melihat dulu apa kesan yang boleh berlaku jika Vidic dikantoikan lebih awal.Penalti dan mungkin United terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam masa yang sama hilang Vidic dalam pertemuan menentang Chelsea. Jadi Ferguson dan United harus berasa bernasib baik kerana Foy terlepas pandang atau buat2 tak pandang.Move on!



Di separuh masa kedua, Nasri tidak dapat meneruskan perlawanan aibat kecederaan, telah digantikan dengan Anrei Arshavin. Dan satu revolusi daam permainan mat Russia ini. Sudah lama aku tak tengok nafsu serakah pemain yang betul2 nak terlibat serta. Kali ini bukan sahaja turut serta dalam pergerakan Arsenal ketika serangan apa yang lebih nampak adalah keinginan untuk stuck in, winning the ball dan cover kepada Clichy.Kelihatan beberapa kali Andrei dengan kaki yang pendek mampu melakukan sliding tackle yang bersih dan membantu Arsenal merampas bola bagi melancarkan counter attack.Satu persembahan semangat yang wajar dipuji dan diteruskan.

Berbalik kepada gol Arsenal yang hadir setelah heroic save Szczesny yang menyelamatkan sepakan percuma Rooney meletakkan arsenal masih dalam saingan. Rambo melorongkan bola kepada RVP yang mengacah sekali dua dalam kotak penalti menunggu masa yang tepat untuk membuat hantaran.Ketika itu di hadapan pinu gol United telah penuh dengan baju hitam tapi tak seorang pun daripada mereka sempat berfikir RVP nak cut back sebelum membuat hantaran ke tengah ketika Rambo betul2 hadir dan melaukan sepakan rendah di celah2 kaki pemain United dan menjangkaui tangan panjang VDS.Lagi sekali, badi Arsenal, Park hanya mampu ballwatching. Emirates gegar gempita dalam sejenak melupakan kesuraman yang membelenggu seminggu.




United tergamam dan perlukan tindak balas. Kehangatan kian terasa dan tekanan memuncak. Sedikit pergeseran berlaku antara Nani dan Song sepertibiasa Rooney cuba mencelah buat2 samseng.Arsenal tak termakan dek provokasi murahan kerana semua masih ingat apa akibat Diaby dibuang padang.Song dilayangkan kad kuning perlawanan diteruskan. United melontarkan Barbatov dan Owen serta segala macam dengan niat mencuri satu mata pun cukup tapi Arsenal terus bertahan walaupun terpaksa kehilangan Johan digantikan dengan Laci.United hampir mendapat apa yang mereka mahu melalui satu counter attack Rooney memilih Nani walaupun Barbatov lebih berkedudukan baik dan sepakan si portugis kacukan itu mampu ditampan cemerlang oleh Szczesny, sekali lagi.Dia melakukan debut liga ketika bertemu United,, dan hari ini dia menunjukkan betapa dia boleh mengawal game2 sebegini tanpa tekanan, Szczesny ingin membuktikan Arsenal tidak perlu lagi ragu2 tentang masalah pencarian no.1 yang baru.

Sebaik wisel penamat dibunyikan kelegaan jelas terpancar di wajah Arsene Wenger kerana satu kekalahan pasti menambah beban persoalan yang terpaksa dijawab, paling tidak ketika ini persoalan bertukar haluan ke United. Wenger boleh berehat seketika dari spotlight.Keceriaan menyelubungi Emirates walaupun ia tidak mampu melindungi kegagalan musim ini, maruah Arsenal serta Emirates tidak tercalar dengan kemungkinan United merayakan pra pesta mereka di rumah kita sendiri. Kita mungkin hanya ada 0.0001% ikut logik akal untuk mencelah dalam persaingan liga ini, tapi yang penting kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan harapan dan kepercayaan untuk masa hadapan. Di sebalik pahit getir caci maki yang mereka hadapi, para pemain memberikan segalanya untuk malam tadi maka kita sebagai penyokong haruslah menikmati saat2 ini.Kita sudah menewaskan penyandang juara liga, penyandang juara liga Spanyol di Emirates. Dan kini kita baru sahaja membuatkan pendahulu liga dan finalis Champions league tersungkur di Emirates, membuatkan mereka duduk termenung memikirkan apa kesudahan yang bakal berlaku.Yang jelas sekali dalam bola sepak, jangan ambil mudah.Keep the Faith!! Just enjoy the moment!!!



Agi idup agi mengGunners!!!


4 ulasan:

Unknown berkata...

semalam, gua sorg2 fan arsenal, dikelilingi fan united...aku segan2 je celebrate..huuhuu

Filippo berkata...

wenger patut bagi lebih lagi peluang dekat ramsey & vela...chamakh ngan diaby serta denilson boleh out..

Arsenal The Best!!

Razlan Ab Razak berkata...

filipo..aku setuju...

GNR : nice article..aku puji kesungguhan pemain semalam..kalau lah dorg boleh maintain main camni tiap2 game, cup mmg dalam tgn kita...

Triplei berkata...

nice entry,

masalah utama arsenal mentality player.
wenger harus cepat tukar player yg lebih semangat cam ramsey, bertner, rosicky, ebou.

ni masa seri ngan liverpool, spurs n kalah ngan bolton player yg sama je.