Beliau menerima kritikan herdikan, cacian, makian dan berjuta keraguan tapi cakaplah apa sahaja, Le Prof masih akan terus menjadi orang penting dalam perjuangan mendatang.Ini kerana aku tak nampak nasibnya bakal menjadi seperti Mubarak, yang pasti BOD takkan sewenang2nya menukar orang yang secara konsisten memberi 'keuntungan' pada mereka malah kontrak yang baru ditandatangani musim lepas tamat 2014 adalah suatu yang tinggi nilai bayarannya untuk ditamatkan begitu sahaja.Walaupun saban musim dah nak masuk tahun keenam semuanya berakhir dengan kekecewaan namun tidaklah begitu memalukan, pihak pengurusan Arsenal menzahirkan akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Arsene Wenger meneruskan projeknya. Bagi yang kurang kesebaran pastinya ia sukar diterima tapi itulah realiti bola sepak yang harus diterima.Usaha tangga kejayaan. Jadi cakap2 untuk tukar dengan manager itulah inilah itu hanya sekadar angan2 luahan kekecewaan kerana Arsenal adalah kelab yang berprinsip dan juga 'degil' , perjuangan tetap akan diteruskan bermula dari sumber yang sedia ada dan kelemahan perlu diperbaiki. Alangkah baiknya jika para pemain mempunyai konsistensi, prinsip kedegilan dan semangat seperti pihak pengurusan, pastinya kita tak banyak membuang mata2 penting begitu sahaja.
Musim ini cabaran mungkin sudah berakhir.Baig Wenger pula dia mengakui secara tidak langsung Arsenal bakal menamatkan musim sekali lagi dengan tangan kosong tapi malam ini ada perjuangan yang belum selesai.Dia telah melahirkan azam, malam ini dalam pertemuan bertemu United di gelanggang sendiri, dia akan memastikan secara matematiknya Arsenal masih mempunyai peluang walaupun pada realitinya peratusannya serendah 0.0001%. Apa yang dikatakan Wenger sebenarnya adalah Arsenal tidak akan mengambil mudah match malam ini kerana tekanan dari Manchester City tidak boleh dipandang sebelah mata.Lebih2 lagi kita bertemu pasukan rival, Mancester United maka jika tidak pun cabaran menjadi sasaran, maruah menjadi taruhan. Rekod Arsenal agak tidak cantik, dalam 17 pertemuan liga Arsenal hanya baru mampu menang 3 kali.dan ketiga-tiganya berada dalam musim di mana Arsenal tidak memenangi apa2.
3 mata dalam pertemuan malam ini bukan sahaja boleh menutup sebentar mulut pengkritik tapi ia juga diharap dapat memberi tonik untuk para pemain Arsenal percaya bahawa masih ada harapan untuk menutup musim ini dengan mood yang tinggi.Kita juga boleh menangguhkan upacara keseronokan mereka, janganbiarkan rooney, ferguson, atau juga badi Arsenal Park Ji Sung senyum dengan yakin mereka tinggal satu mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan. Kita pernah menang liga di tempat mereka, dengan kejayaan Chelsea malam tadi, secara matematik mereka tidak boleh mencipta sejarah membalas dendam di Ashburton Grove. Syukur kalau tidak ia pasti lebih memeritkan, piala pertama yang singgah di Emirates adalah piala liga namun juara yang diraikan adalah rival, suatu yang tidak boleh dimaafkan.
United beraksi dalam mood yang ceria setelah setapak kakinya sudah memikirkan Wembley.Aku tidak fikir fatigue akan menjadi masalah buat mereka kerana mereka sekarang tengah highly motivated berbanding nasib Arsenal.Oleh itu kita kena regroup dan bersatu sebagai sebuah unit terutama di minit2 terakhir dan saat2 genting di mana kita hilang konsentrasi serta kelihatan lemah longlai.Jadi aku sangat2 mengharapkan Arsenal berani membuat beberapa perubahan strategi dan taktikal kembali kepada asas 4-4-2.Mungkin sudah tiba Wenger menyedari bahawa system 4-3-3 yang digunapakai merupakan salah satu penyebab fatigue apabila defends kita diarah bermain high line, kedua2 fullback overlap tiada hasil dan wide player kita terpaksa cover ruang yang lebih untuk cover fullback. Arsenal mempunyai pemain yang berbakat tapi jika dioptimakan kebolehan mereka dalam 4-4-2 ia lebih relevan di mana pemain boleh diletakkan pada posisi sepatutnya. Kita tak ada ramuan terakhir iaitu faktor istimewa, x-factor, konsistensi dan keyakinan diri , untuk bermain seperimana Barcelona dengan 4-3-3.Arsene Wenger juga perlu berani membuat pertukaran drastik dengan mereahatkan pemain2 yang tengah tak form. Ferguson sudah siap sedia taktik biasanya didalam poket.Mereka akan compactkan midfield tutup segala ruang yang diperlukan Arsenal dan memecahkan kebuntuan melalui counter attack. Paling sakit hati walau dengan pemain gred B pun mereka boleh memperagakan taktik yang sama dan masih mampu menang contoh ketika FA Cup lalu. Maka Wenger harus bernai memberi kejutan, turunkan para pemain yang betul2 dahaga kerana match seperti ini, hanya satu yang dipinta oleh para penyokong, penyerahan jiwa raga dan hati di atas padang.
Seorang pemain berjiwa kental yang sudah kembali, Mael tidak akan dapat kita lihat aksinya kecuali Wenger berani mengambil risiko. Dalam pada itu Diaby masih lagi menanggung kecederaan, Rosicky kembali dari demam durian. Bagi United pula mereka bakal diperkuatkan Barbatov, Fletcher sudah boleh menyepak bola dalam reserve tapi nama yang perlu diberi tumpuan oleh defend arsenal sekarang tentunya Hernandez.Sayang sekali mengapa Vela tidak dapat menjadi sepenting Hernandez tapi biasalah manusia otak lain2 mngkin si Vela ni lambat belajar.Harap musim depan lepas pulang dari WBA ada sesuatu yang bakal ditunjukkan.
-----------Szczesny/lehman---------
Sagna-----Mael---Kos---------Gibbs
Walcott----Jack--fabregas-----Nasri
----------Arshavin------------------
------------------RVP----------------
Walaupun kemenganan malam ini bakal memberi bantuan kepada Chelsea tetapi peduli apa, Arsenal hanyalah memikirkan nasib Arsenal dan para pemain yang berjuang adalah profesional.Aku tidak kira apa, yang penting aku mahukan satu persembahan penuh bersemangat dan berjiwa kerana match2 seperti ini sentiasa melahirkan aksi2 dramatik dan menjadi bahan bualan, aku mahukan keesokannnya, bual bicara sembang kedai kopi bermula dengan "eh, semalang Arsenal menang kan lawan man u". Astro 812 9pm. Arsenal 2 United 1.
Agi idup agi mengGunners!
Ahad, 1 Mei 2011
Pre match: Demi maruah
10:08 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan