Jumaat, 11 Mac 2011

Bara semangat masih ada


Aku masih berpegang kepada keyakinan bahawa jika pada kedudukan 1-1 Arsenal mempunyai peluang baik untuk mengejutkan Barcelona. Segalanya terletak di tangan kita pada ketika itu pada masa yang sama Barcelona yang tertekan dan desperate dalam mencari gol serta perlu berhati2 jika dibolosi. Memang statistik tidak menipu dengan 0 shot on target yang diwar2kan pelbagai pihak sebagai tidak layak dari awal.Namun, memang itu sebenarnya game plan yang Wenger bawak ke Nou Camp. Sudah leading sebijik, dia manyuruh player keep it tight, buat apa nak kamikaze menyerah diri untuk dihukum oleh kelajuan counter attack Barcelona. Kita sedia maklum penguasaan bola mereka sangat mantap jadi cara untuk mencairkan mereka adalah dengan kasi mereka frustrated secara konsisten.Cuma dengan player yang ada, kita tidaklah dapat cope seperti mana Inter kepunyaan Mourinho pernah lakukan. Plan A adalah plan untuk bertahan gila2 sehinggalah minit ke 60-70, Plan B nya dilancarkan pada saat Barcelona akan sedikit mengah lalu pada ketika itu kita tengok apa yang ada untuk dicurik. Ini telah terbukti pada perlawanan pertama di Emirates.Jadi pada match semalam Arsenal hampir berjaya dalam Plan A tetapi dek kerana Fabregas yang tak up to standard beraksi dan agak cuai, maka itulah risiko yang terpaksa ditanggung apabila menggunakan taktiktal tersebut ketika bertemu pasukan seperti Barca. Kemudian kita menyamakan kedudukan, secebis peluang dan cahaya muncul di hujung terowong Namun segalanya tiba2 gelap gelita apabila malang menimpa seperti bom jatuh ke riba.Bak kata Sagna, 11 vs 11 pun sudah cukup sukar 12 11 vs 10...pergh, lagilah. Itu pandangan peribadi aku jadi jika media nak suka suki memperlekehkan Arsenal walaupun sebelum sepak mula atau berdasarkan statistik tanpa melihat pada perspektif situasi ketika itu, jadi biarkan mereka.



Itu cerita bed time story yang harap tak akan diulang lagi.Tutup bukunya, seal rapat2 dan "kite bakor aje",, Ada tugas lain yang sama penting menanti hujung minggu ini. Pertemuan menentang United di Old Trafford. Satu lagi pertemuan kalah mati seri hidup balik. Dan perlu diingat ini bukan sekadar Piala FA, kerana setiap kali pertemuan tradisi antara United dan Arsenal pasti ada sesuatu yang istimewa menyebabkan tie ini bertambah penting dan menarik! Aku harap bebenor player boleh lupakan segala haramjadah yang berlaku dalam match2 terdahulu dan betul2 fokus. Mental kena kuat. Jika tidak 100% jangan masuk padang, kita taknak ada penumpang seperti mana yang disergah oleh Almunia terhadap rakan2 yang hanya bagai  bersiar2 di taman larangan. Kalau Almunia sendiri yang sudah pandai bersuara maka paham2lah, di mana mentaliti dan taraf sebenar pemain2.Itulah sebabnya sokongan padu para penyokong amat penting buat membakar semangat mereka. Kekecewaan demi keekecewaan namun tidak bermakna kelab Arsenal lupus terus dari sukan ini.Arsenal sebagai kelab terus kekal gah, tapi kini bergantung pada pengurusan, pemain dan penyokong untuk meletakkan Arsenal pada landasan yang sepatutnya.



Persiapan Arsenal menjelang pertemuan Sabtu ini terganggu bukan sekadar berita kecederaan tetapi jugak dengan kes2 mahkamah di luar padang. Wenger dan Nasri masing2 akan didakwa dan penghujahan kes mereka akan didengan pada 17 March nanti. Kita semua sedia maklum bagaimana kedua2 mereka sangat kecewa dan tidak segan meluahkan kebengangan masing2 di depan hidung pengadil tersebut sejurus tamat perlawanan..Setakat ini Wenger dengan otainya akan melawan sekeras2nya dakwaan itu dan sanggup berdepat di hadapan pendakwa2 raya badan UEFA yang dianggap ala diktator. Itu adalah satu lagi perkataan yang superb dari mulut Wenger dan aku sangat setuju dengan kenyataannya agar dapat mengajar UEFA jangan jadi terlalu bodoh sombong seperti selama ini. Banyak sudah kebadutan yang mereka praktikkan terbaru 5 linesman,bukan tak bagus tapi ape impak dia pun aku tak tau.Mana keberkesanannya secara menyeluruh? Pemain masih lagi diving, penalti masih diberi membuta tuli, sampai aku pikirkan ada badan2 dan tangan2 ghaib yang mahukan bola sepak dijauhkan dengan teknologi video demi kekayaan sesetengah2 golongan.



Sedikit kemaskini kecederaan, RVP yang terpaksa menimpa satu lagi episod malang dalam kerjayanya disahkan cergas untuk beraksi. Walaubagaimanapun, Fabregas tidak dapat turut serta dalam rombongan akibat penyakit harmstring. Tapi yang aku peliknya, Fabregas mengakui sudah berasa sakit seawal minit ke 15 jadi kenapa medic Arsenal tidak peka akan perkara ini juga di separuh masa kedua dia masih dibenarkan beraksi. Itu yang aku agak terkilan.Song, Walcott masih out menemani Fabianski dan Mael. Lagi berita sedih, Szczesny mungkin terpaksa melupakan 4-6 minggu aksi akibat jarinya yang terkehel. Kalau keadaan bertambah teruk dan perlukan pembedahan, ini mungkin bermakna tamat perjuangan Szczesny untuk musim ini. Buat masa ini segalaharapan diletakkan pada bahu siku dan tangan Almunia.Berdasarkan situasi sekarang, Wenger tidak menafikan sedang beruasa untuk membuat satu emergency loan bagi posisi penjaga gol kerana Manone masih lagi di Hull City hingga hujung musim.Kita juga ada lagi James Shea penjaga gol muda England.

Pertemuan menentang United aku harapkita kembali ke old system 4-4-2 melihat kepada kemampuan dan teknikal player yang ada.4-3-3 yang boleh transform ke 4-5-1 dan sebaliknya sudah lali dihadapi United. Fergie sudah cukup masak dengan taktikal Arsenal dan sering menurunkan barisan2 yang lebih kurang sama setiap kali bertemu Arsenal , iaitu compactkan midfield. Jadi Arsenal perlu menggunakan teknikal Nasri dan Arshavin sebaik mungkin bagi membuka ruang2 di sebelah wide area dan Van Persie serta Chamakh memberikan service dan dimensi yang berbeza.Wilshere menjadi enjin dan errr Denyboy perlu lebih agresif jika ingin mengisi kelompongan yang ditinggalkan Song.Gua bersemangat baru untuk Sabtu ini! Bagaikan Burung Phoenix bangkit dari abu, bangkit membina semula satu keindahan....~


1 ulasan:

mr.Onn berkata...

keep the faith,
we don't need to shot to score a goal..
others need dozen to register 1..
haha