Isnin, 21 Februari 2011

vs OrienT : OT sebelum OT



Nampaknya Arsenal memang suka kerja lebih masa, suka tambah kerja dan suka pilih jalan sukar.Sekurang2nya bagi kita para penyokong bermakna ada game tambahan untuk ditonton. Arsenal kini boleh dikatakan antara kelab English yang mempunyai perlawanan terbanyak musim ini setakat ini. Bagi player , manager, ia pasti suatu yang memenatkan di tengah2 jadual yang padat, bagi penyokong sepeti yang dikata, satu perlawanan menjadi tontonan, agi kelab, duit tiket dan siaran tv bakal memenuhi kantung, Maka tidak hairanlah yang paling gembira dari keputusan semalam adalah Leyton Orient. Selain hadiah ke Vegas, mereka bakal menikmati keselesaan dan pengalaman yang ditawarkan Emirates.

Jadi match semalam sekali lagi membuktikan pasukan2 liga bawahan juga telah merapat kan jurang dari segi fizikal,teknikal, taktikal . Orient membiarkan Arsenal bermain dengan cara kita, -kuasai posession, tapi mereka tetap fokus. Kesilapan kita adalah kurangnya killer instinct yang boleh mematikan game dengan awal. Aku tak tahu berapa awal kerana sedang 4-0 pun kalau kita tak fokus, switch off tiba2 pun tak guna jugak. Rosicky akhirnya menjaringkan gol pertamanya semenjak hampir lebih setahun.Kal terakhir gol bersama Arsenal ketika bertemu Bolton Januai tahun lepas. Tapi ini gol kedua dalam 2 game, setelah menjaringkan gol bersama pasukan kebangsaan dan lagi bestnya adalah pakai kepala. Dia pun seakan tak percaya melihat kepada sambutan golnya bersama Bendi. Harap dapat memecahkan mental blocknya selepas ini dengan jaringan2 jarak jauh yang dirindui.

Persoalan timbul mengapa adakah pemain2 yang diturunkan tak mencapai standard sepertimana skuad yag diturunkan ketika menentang Barca.Sudah tentu ya. Tapi susah untuk menyalahkan kesemua yang berada di atas padang semalam seratus peratus kerana ada antara mereka berapa kali sahaja dapat peluang beraksi dan tertekan untuk membuktikan aksi. Level of confidence yang menjadi perbezaan semalam. Chamakh, Denilson , Bendi, Rosicky kelihatan struggle. Barisan tengah dengan 2 orang holding midfielder seperti Song dan Denilson kekurangan kreativiti, Rosicky kelihatan mencari2, Arshavin menunjukkan peningkatan tapi untuk mengharapkan pada seorang dalam team seperti ini agak mendesak. Chamakh tiada support, melihat Bendi lebih2 lagi di wide kanan semacam tak masuk, Barisan pertahanan kita tak banyak kerja sebenarnya tapi aku tertarik dengan aksi pemain muda yang diberi peluang beraksi ,debutan Ignasi Miquel. Lebih selamat jika dia dapat berpasangan dengan muka2 berpengalaman selepas ini. Dia nampak smart dan bijak, ketinggan sudah ada. Tapi satu saja masalah , dan masalah ini akan keluar dari mulut Xavi- dia ada DNA Barcelona. Jadi Arsenal perlu berhati2 dalam mendedahkan pemain ini kerana sekarang ni Wilshere pun diorang nak cilok?!

Kembali kepada match semalam, chances ada tapi kita tak sudahkan. Orient menghukum kekalutan kita dengan foul yang tak sepatutnya dari Song,mereka mengambil kesempatan dari free kick untuk memporak perandakan pertahanan yang masih kurang persefahaman. Teh O ke ape kenama pemain merak berjaya melepasi 2 orang pemain kita sebelum memberi 50 sen kepada Almunia.Maka bayarannya replay. Arsenal perlu buat OT sebelum ke OT.Old Trafford. Jadual semakin sukar, perlawanan semakin menarik. Apakah skuad yang akan diturunkan nanti, Wenger berkata dia mahu menang semua tapi mampukah Arsenal mempertaruhkan kekuatan sebenar skuad dengan jadual yang menggila.Apapun bagi layak dulu.


02Wed
The FA CupHLeyton Orient19:45
05Sat
Barclays Premier LeagueHSunderland15:00
08Tue
UEFA Champions LeagueAFC Barcelona19:45
12Sat
The FA CupAManchester United

(If Arsenal beat Leyton Orient in Round 5)
19Sat
Barclays Premier LeagueAW.B.A.15:00


Stoke berkunjung Rabu ini sebelum kita berganjak sedikit ke Wembley untuk final pertama dalam tempoh 4 tahun.Fokus Fokus Fokus....


1 ulasan:

Labrat berkata...

EPL, CARLING, UCL, FA.. mampos..!! krem kaki dorang... tapi barca punya scedule pun packed gak.. mintak2 si villa ngan messi injured. senang skit keje. haha