Ahad, 20 Februari 2011

FA Cup : Bukan sekadar ORIENTasi


Perjalanan 5.7 batu skuad Arsenal ke Brisbane Road bertemu Leyton Orient tetap dianggap serius sama sepertimana lawan2 lain terutama setelah kita baru sahaja melengkapkan malam indah menewaskan Barcelona pertengahan mingu lalu. Janji Wenger, mereka tidak akan terbawa2 dengan kemenangan ini kerana kita sebenarnya belum menang apa2. Target untuk mencapai ke4-4 kejuaraan masih lagi mampu digapai tapi dengan syarat, setiap perlawanan perlu dilayan dengan fokus dan jiwa yang tinggi, repect lawan walau apa jua latar belakang. Kita telah bertemu Orient dalam perlawanan kompetetif lebih kurang 10 kali, kali terakhir kita menewaskan mereka pada semi final FA Cup juga 1978. Itu cerita dulu, walau apapun Orient ini malam jangan dianggap hanya sekadar Orientasi kerana minggu ini Arsenal mempunyai 3 perlawanan penting, selain FA Cup, di tengah minggu bertemu Stokes, tidak boleh tercicir mata jika mahu terus  menghimpit takhta, dan juga final Carling Cup.Medan di mana kita mampu menghapuskan badi 6 tahun tanpa kejuaraan.

Kapten mereka Bent Chorley 28 satu ketika dulu merupakan bekas pelatih Arsenal yang memenangi FA Youth Cup batch 2001. Tidak pernah membuat kemunculan bersama skuad utama, kini Chorley menjadi pengemudi di barisan pertahanan Orient Tak banyak yang Wenger tahu dan sempat kaji tentang Orient tapi setiap langkah harus diambil dengan penuh waspada. Mereka kehilangan tonggak tengah Mathhew Spring dan Adam Chambers akibat kecederaan.Anak buah Russel Slade ini tengah dalam form yang baik punya,kalah sekali dalam 20 match terakhir dan hampir menggapai tempat play off. Wenger pastinya ingin kekalkan rekod bersih tidak pernah kalah dengan kelab liga bawahan dalam persaingan domestik.

Azam itu dibantu dengan berita kembalinya Johan yang melepasi ujian kecergasan.Ini bermakan Johan seakan menjadi gandingan Squaillaci bagi merehatkan Koscielny . Walcott juga disahkan boelh turut serta,Sagna kembali. Diaby pula masih tak fit tapi sebab dia memang tak boleh main pun sebab penggantungan, ia tak jadi suatu yang perlu diratapkan.Sedikit rotation mungkin berlaku tapi skuad yang diturunkan pastinya skuad yang mampu menang.

--------------Almunia---------------
Sagna-----Johan---Laci------Gibbs
--------------Denilson--------------
------Fabregas--------Rosicky------
----Bendi-----Chamakh-----Arshavin-


Arsenal perlu fokus, supaya dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Sebarang replay yang memadatkan pastinya akan menyukarkan keadaan.Ketika ini kita adalah pilihan jadi sudah pastinya Orient akan bermati- matian menunjukkan kebolehan. Leeds, Ispwich sepatutnya sudah menjadi pengajaran.
Star Sport 12:00am. Leyton Orient 0- Arsenal 2


0 ulasan: