Duo di atas ini tidak akan beraksi pada final yang ditunggu2 walaupun ada ura2 Fabregas masih mempunyai secebis peluang sepertimana diwarwarkan personal trainernya. Wenger tidak akan mengambil risiko. Wenger tidak mahu memperjudikan nasib fabregas hanya untuk satu game dan menerima berita buruk jika El Capitan tercedera lagi selepas itu yang bakal merosakkan master plan dalam menawan FA Cup, Champions League FA Cup. Jadi biarpun kedua2 watak penting ini tidak beraksi di final Wembley esok, Wenger faham benar kekecewaan tapi itu adalah lumrah hidup, dan jika di podium, RVP sebagai kapten esok akan menjulang piala ini , Fabregas dan Walcott judak adalah wira sebenar yang berhak meraikan.Itu janji Wenger.
Daripada kedua mereka Walcott mempunyai berita yang lebih malang , kecederaan ankle nya bukan sahaja memusnahkan harapan untuk beraksi di pentas final, malah harapan untuk beraksi di Nou Camp juga dilihat tipis. Wenger melihat worst case scenario dengan harapan sebarang berita baik diambil sebagai kejutan positif. Mereka akan ditemani oleh Verminator, Fabianski. Sebagai motivasi, tidak dapat beraksi di final buat pertama kali di Wembley tidak mengapa, masih ada dua lagi peluang final di Wembley musim ini untuk dikejarkan!
Ketika ini semua warga Arsenal sedang bersemangat, Dari penyokong, pengurusan, manager dan pemain, Arsenal tidak sabar lagi menghapuskan badi 6 tahun yang membelenggu. Perlu diingat, apa sahaja keputusan besok boleh memberi kesan kepada hala tuju musim ini. Kemangan memungkinkan kita terus bersemangat memburu kejuaraan2 lain manakala jika sebaliknya, kekecewaan dilihat mampu memberi masalah kemurungan yang boleh menganggu tumpuan ketika mencabar kejuaraan2 lain di sebalik jadual yang padat.Leyton dan Barcelona menunggu selepas ini, jika Arsenal tidak fokus , kemungkinan untuk bakal tersingkir 3 piala dalam tempoh 3 minggu boleh terjadi! Itulah sebabnya esok kita jangan cultural shock, tidak boleh terlalu overkonfiden kerana ini adalah final, apa2 boleh terjadi ketika peringkat ini. Birmingham tidak ada apa yang perlu mereka risaukan jadi mereka akan all out. Arsenal perlu bersiap sedia, fizikal dan yang paling penting sebagai pasukan pilihan, mental. Apa jua keputusannya, ia hanya tinggal di Wembley, hanya untuk tarikh esok. Jangan terbawa2. Jika nak dikenangpun , biarlah ia manis terlebih dahulu dan player boleh mengenangkanya dengan bangga setiap kali melangkah ke padang Emirates menyakisan 'papan 2011' telah siap berisi.
Mari kita imbas kembali secara ringkas bagaimana laluan Arsenal yang akhirnya berjaya sampai ke pentas finale.Jangan lupa, kita adalah sebahagian daripada perjalanan bersejarah ini Selamat menikmatinya, semoga hari esok kita akan sampai ke 'destinasi' yang diimpikan-stesen pertama. Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan