Khamis, 24 Februari 2011

Arsenal kunci Stoke, 3 mata dalam Laci


Kemenangan hasil jaringan 'the usual suspect' musim ini, Si Laci, telah mendekatkan kita dengan hanya satu mata dengan puncak. Biarpun permainan kita tak berada di par yang sepatutnya kerana dibayangi kecederaan hamstring Fabregas dan ankle Walcott, Arsenal sangat2 lega dengan kemenangan ini kerana merasakan tidak patut lagi mempersia2kan peluang merapatkan jurang perbezaan mata.Stoke bermatian2 terutama di minit terakhir melontarkan fizikal2 mereka termasuklah lontaran2 Delap yang tak kesampaian.Kredit kepada pertahanan Arsenal yang agak liat pagi tadi.Szczesny juga tak banyak yang perlu dilakukan pada awal2 permainan mulanyanya tapi bila dia dipanggil untuk beraksi, dia sedia terbang ke sana ke sini, terutama menyelamatkan sepakan Carew dan juga menumbuk keluar set pieces yang datang.


 Di sebalik berita gembira, kecederaan seakan menjadi lumrah di Arsenal yang paling tidak syok adalah ia datang tatkala saat2 penting seprti menjelang final Carling Cup, Leyton, Sunderland dan kemudian pertempuran di Nou Camp.Selepas kehilangan RVP dan Kos, malam ini 2 lagi tunjang harapan El Capitano dan Theo tersadai. Walcott seakan pasti terlepas aksi final dan diakui Wenger sendiri, trip ke Barca pun belum tentu. Manakala nasib Fabregas akan diketahui lebih lanjut kelak.Walaupun hamstringnya dikatakan tidak serius, tapi nasri punya kes pun makan sampai hapir 3 minggu.Kos dan RVP akan menjalani ujian Jumaat ini.Sayang sekali kita beraksi di Wembley untuk melakars sejarah jika tanpa nama2 meraka.

Ini masanya untuk pemain2 lain bangkit!COYG!!


0 ulasan: