Sabtu, 12 Februari 2011

Pre Match : Fokus penuh untuk mata penuh

Sesudah internationalelah berlalu beberapa kali dan sering dianggap pointless(masih) tapi Wenger kali ini keluar dengan kenyataan yang agak pelik sedikit. - Internationaleleh tiba tepat pada masanya. Sebelum ini dia memang cukup lantang pantang jika ada match2 membabitkan pemain2nya yang terpaksa travel jauh untuk hanya pulang dengan kecederaan dan menyusahkan pasukan kelab tapi setelah aksi aib di Newcastle minggu lalu, Wenger berkata ada baiknya pemain2 pergi makan angin release tension daripada memikirkan trauma yang masih menghantui pemikiran mereka.Wenger sendiri minggu ini belum sempat berjumpa dengan para pemainnya sehinggalah mereka pulang dari tugasan antarabangsa masing2. Tragedi itu dilihat seperti bakal memberi impak negatif terhadap reaksi Arsenal selepas ini tetapi kekalahan pencabar lain sedikit sebanyak mengurangkan tekanan di kalangan pemain.Namun apapun keputusan yang berlaku di bandar Manchester malam ini tidak berguna sekiranya Arsenal gagal melayan kunjungan serigala jadian(menjadi2 ketika bertemu kelab2 pilihan). Wolves sudah tentu bukan seperti Barcelona, tetapi Arsenal perlu melayan Wolves sama seperti mereka melayan kelab2 seperti barcelona, tiada double standard. Kerana kemenangan di halaman sendiri adalah penting bagi menentukan mata kejuaraan, kita tidak boleh tercicir lagi.Tangguhkan cerita pertarungan besar tersebut walaupun cinta tiga segi antara Fab, barca dan Gunners sudah mula berkumandang tapi yang menjadi fokus 100% sudah pastinya menyembelih Wolves.

Untuk rekod, Arsenal mempunyai rekod tanpa kalah sebanyak 16 perlawanan terakhir bertemu Wolves dan menang 11 daripadanya. Wolves pula hadir dengan rekod away yang agak malang, tewas 10 daripada 12.Salah satu match yang mereka mampu mendapat mata adalah menewaskan Kops di Anfield.Musim lepas Arsenal terpakasa menunggu di masa2 kecederaan sebelum endi memberi life line untuk terus bresaing dalam liga pada ketika itu. Arsenal boleh mengharapkan tugas yang lebih kurang sama sukarnya musim ini. Secara teknikal anak buah McCarthy lebih menjaga kualiti passing mereka dan kekuatan mereka dilihat pada bahagian tengah dengan pemain pinjaman, O'hara, Milias dan Henry. Wolves mungkin tidak akan menukar pewira2 yang menghancurkan impian United untuk memintas rekod tanpa kalah Arsenal, tapi kecederaan membabitkan Stephen Hunt(puas hati den dah lamo den berbulu dongan dio ni) mungkin ada sedikit perubahan strategi.



Bagi Arsenal pastinya banyak kelegaan yang boleh dirasakan. Pertama sekali di bahagian eprtahanan kerana Johan telah disahkan fit. Berita ini pasti menimbulkan keyakinan kepada para pemyokong yang bimba ng dengan gandinga rapuh Kos serta Laci. Satu lagi moral booster adalah kepulangan kerta kebal perisai di hadapan back 4 dalam Alex Song. Walaupun Don Capello nampak Wilshere seperti 'Jack-elele' , aku lebih nampak Wilshere berfungsi secara semulajadi di posisi CM memberi keseimbangan pada play,steady the defence while launching attacking play. Dia mempunyai semangat untuk menerjah, berani stuck in, pasing yang baik tapi untuk mengongkong pasukan lawan berseorangan di posisi DM , dia masih belum bersedia dan belum ada power serta fizikal. Itulah sebabnya Arsenal sering menggelabah tapir setiap kali Song tidak ada, atau tidak mencapai tahap terbaik, Denilson dan Diaby bukan pengganti semulajadi. Frimpong mungkin tetapi kita terpaksa menunggu lebih lama untuk understudy itu kembali beraksi. Berita baik lagi, Si Mael akan kembali beraksi tapi terlebih dahulu dalam pasukan reserve dalam 2 3 minggu lagi. Jika segalanya berjalan lancar, Mael yang cergas akan menjadi kunci penentu dalam hala tuju saingan penghujung musim ini.

Samir Nasri sudah bersama2 menjalani latihan tetapi belum boleh beraksi. Fabregas dan RVP yang demam atau buat2 demam sudah pulih dan MC mereka telah tamat. Diaby mengalami kecederaan tapi tak guna jugak kerana perlu menjalani penggantungan 3 perlawanan, namun Rosicky yang menjaringkan gol bersama pasukan Czech mengalami masalah groin dan diketepikan. Walaupun berita2 positif dari medical stahh kita tapi aku berharap Wenger tak bergamble sangat2. Jika Song ada, aku rasa cukup sekadar kita mencuba dahulu Laci dan Kos, kita terima seadanya dan kemudian di separuh masa jika daha dapat 2 3 bijik barulah kita masukkan si Johan untk memperkukuhkan pertahanan dan memberi dia match fitneess untuk perlawanan getir seterusnya. Wenger perlu bijak menilai kerana Kevin Doyle adalah antara yang licik dan sukar digari.

----------------Szczesny-----------------
Sagna------Kos------Laci--------Clichy
----------------Song-------------------
---------Fabrefas---Wilshere------------
-----Walcott--RVP-----Arshavin---------

Minimakan kesilapan, aku rasa kita tidak ada masalah mengambil kesempatan ke atas serigala ini.Fokus penuh  untuk mata penuh.Lepas tu baru la nak Barcelona ke hape ke..Astro 813 !0:55pm.
Arsenal 2 Wolves 0.


0 ulasan: