Ahad, 13 Februari 2011

Post match : Reaksi Positif menjelang ujian getir.



Sebaik sahaja Arsenal melepaskan gol keempat di St jamesPark , tanda soal besar mula ditonyoh2 tentang ke mana hala tuju Arsenal selepas ini, merudum atau terus fokus tak terbawak2 dengan kemurungan lampau. Tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan reaksi positif mereka, satu persembahan berpasukan yang mantap dipersembahkan sekaligus memberi amaran kita bersedia untuk battle of the beauty rabu ini bertemu Barcelona.

Dari minit pertama kita telah menjadikan Serigala itu nampak herbivor, langsung tidak menyerang ke sasaran. Berbeda dengan Asenal yang sepatutnya mendapat lebih lagi bilangan gol jika tidak kerana heroic keeper mereka.Tidak pelik, kerana seperti Wenger berseloroh, mana2 penjaga go lyang hadir di Emirates akan pasti nampak seperti superman terbang ke sana ke sini. RVP sekali lagi menjaringkan 2 gol, form yang  terbaik dan tepat pada masanya ketika UCL menghitung hari.Tackle Zubar ke atas Van persie adalah anara insiden yang sungguh merisaukan , melihat dia kembali bangkit dan kuat meneruskan pelawanan sambil meledak gol kedua hantaran Walcott cukup melegakan. Namun, pada pandangan aku gol kedua mungkin dia berada dalam posisi offside tapi kita sememangnya layak untuk pulang 3 mata dengan persembahan cemerlang berpasukan.

Johan dan Kos terus bergandingan membentuk persefahaman sementara menunggu si Mael. Pada mulanya takut jugak kerana memikirkan Johan yang baru sahaja pulih dari kecederaan lutut tapi oleh kerana dia berjaya menghabiskan 90 minit, dia nampaknya ok. Song juga kembali dan membuat kerja2 dirty work nya sedikit sebanyak memberikan Szczesny konfiden yang diperlukan terhadap barisan pertahanannya. yang paling best melihat kelibat Jack Wilshere yang sedanga hangat di pasaran. Sudah aku katakan, adalah silap untuk England hanya meminimakan tugasnya di bahagian holding midfielder, ketika sebenarnya dia boleh offer lebih dalam advance role. Satu larian bersahaja ke dalam kotak penalti sebelum decicion making yang tidak tamak tetapi kurang tepat   -menghantar kepada Walcott ketika boleh menyudahkannya- itu adalah bukti Captain Jack mempunyai visi yang jauh.Jack Arsahvin dan RVP masing2 dikluarkan memberi bayangan wenger merehatkan mereka untuk game pernting Rabu ini.

3 mata penuh ketika sebelum itu kita dapat tahu cerita dari satu bandar lain, mereka masih otai bandar tersebut. Arsenal bijak mengekalkan fokus tanpa membiarkan tragedi Newcastle dan perkara2 lain yang berlaku menganggu konsentrasi. Adalah penting untuk kita mencucuk rapat ketika atas kertas kita mempunyai peluang yang realistik untuk mencilok sesuatu bila tiba hujung May nanti.

Seterusnya, kita ke suatu yang bertelinga besar. Cakap2 mengenai match ini telah pun hangat diperkatakan belumpun tiba hari perlawanan. Itu adalah lumrah di mana match2 besar seirng menjadi tumpuan lebih2 lagi memperagakan dua pasukan bola sepak yang penuh fashion. The battle of beauty antara Arsenal dan Barca rabu ini di Ashburton Grove adalah suatu acara yang ditunggu2. Ia bukan acara tahunan walaupun musim lepas kedua2 pasukan telah pun bertemu di peringkat suku akhir di mana Barca Messi secara solo muncul sebagai ratu cantik di 2nd leg. Wenger baru2 ini melahirkan faktor Arsenal tidak berada pada tahp terbaik musim lepas adalah kerana kita terlalu menghormati mereka. Ada benar jugak, kita tidak boleh terlalu menghormati lawan biarpun atas kertas mereka adalah pilihan, ini akan membawa aksi gugup dan niat untuk bermain dengan gaya permainan sendiri terbengkalai, itu adalah apa yang kita saksika n 20 minit pertama di Emirates musim lepas.

Kita adalah underdog.Mereka adalah pilihan. Maka kita sepatutnya berasa kurang teretekan. Mereka Sungguh gah dengan rekod liga mereka 16 kemenangan berturut2 tapi telah dihentikan oleh Sporting Gijon yang mengikat mereka dengan aksi bas di hadapan gol.Adakah itu bakal memainkan peranan penting dalam psikologi mereka. Mungkin ya mungkin tidak. Ini membuktikan tiada pasukan yang tidak mampu disekat. Jika kena harinya, Arsenal boleh menunjukkan pada Barcelona tidak perlu pelaburan berjuta, nama star kita mampu menandingi corak permainan mereka. Musim ini dan musim lepas memang berbeza, kedua2nya lebih baik dari musim sebelumnya. Mereka mempunyai david Villa, 3 orang pemain yang menduduki 3 terbaik dunia, dan world class players Jangan rendah diri, kita juga punya kualiti. RVP on form sesudah musim lepas terpaksa duduk di tepi padang pada pertemuan ini, gandingan johan dan Kos kita lebih meyakinkan dari Silvester yang terpaksa digunakan musim lepas.Besar kemungkinan kita ada harapan untuk melihat player of the season kita Nasri turun padang jika benar2 pulih dari hamstring .Cesc komited dengan kita -setakat ini- walaupun terpaksa melayan cerita2 balik kampung.Arshavin dah nampak erti kehidupan, dan Jack Wilshere pastinya sedang mengintai pentas ini untuk mencuri tumpuan. Macam wenger cakap, jangan diletakkan tekanan sangat dekat bahu budak ini kalau nak tengok die berjaya. Satu lagi, kita jugak mempunyai senjata yang ditakuti Guardiola, larian Theo. Oleh itu walau sesukar mana pun, percaya, beri peluang untuk mereka membalas kepercayaan menterbalikkan kertas ramalan. Bring it on Barca!


1 ulasan:

Ababeel berkata...

this is emirates!