Internationaleleh memberi nafas supaya aku berehat seketika dari trauma di St Jame Park tapi masih bersemangat dengan perlawanan2 yang mencabar kan datang dalam tempoh terdekat. Bertemu Wolves hujung minggu ini, kemudian Barcelona minggu depan, tapi yang pasti membelenggu pikiran adalah kecederaan. Paling terasa adalah fakulti pertahanan yang kehilangan pelajar dekan seperti Mael, Song dan Jozan. Terpaksa kita mengharapkan pelajar2 post graduate yang repeat2 sperti Laci menggalas cabaran tapi kita sudah saksikan betapa tesis pairing Kos dan Laci tak mencapai CGPA memuaskan. Ini serba sedikit ramalan bomoh hujan berkenaan tahap2 kes santau di Arsenal:
Player Condition Expected Return*
J Djourou Knee Injury 12th Feb 11
R Van Persie Flu 12th Feb 11
A Song Thigh Muscle Strain no return date
Denilson Hamstring Injury no return date
S Nasri Hamstring Injury 21st Feb 11
L Fabianski Shoulder Injury Jul 11
T Vermaelen Achilles Tendinopathy 26th Feb 11
E Frimpong ACL Knee Injury May 11
Di saingan liga kita mungkin diberi peluang-aku tak tahu berapa kali lagi- ketika United dan Chelsea turut tumbang.City kembali melakar kemenangan. Arsenal perlu mengambil kesempatan apabila Manchester Derby minggu ini membolehkan salah satu daripada mereka atau kedua2nya keciciran mata. Tapi tugas bukan semudah alif ba ta kerana Wolves telah pun dikenali sebagai the giant killer pernah menewaskan pasukan2 seperti United, Chelsea dan juga Liverpool.
Arsenal perlu mengambil kesempatan atas jadual liga yang memihak kepada kita dengan 3 game selepas ini berlangsung di Ashburton Grove. Baki perlawanan Februari sangat2 penting sekurang2nya menentukan nasib saingan kita dalam 3 piala, Champions League, FA dan juga final Carling.
12 Sat Barclays Premier League H Wolverhampton W.
16 Wed UEFA Champions League H FC Barcelona
20 Sun The FA Cup A Leyton Orient
23 Wed Barclays Premier League H Stoke City
27 Sun Carling Cup N Birmingham City
Sejauh mana musim ini bagi kita, segalanya bakal nampak lebih jelas setelah bulan Februari berlalu. Yang aku tahu jika Arsenal tidak bernasib baik, pastinya segala kecaman dan serangan akan ditujkan pada Wenger hasil daripada paranormal activity nya di bulan Januari. Faktanya adalah keyakinan itu harus dan perlu dalam bola sepak. Newcastle telah buktikan- tolak tepi bantuan faktor luar dan nasib- jika kita bernafsu, jika kita bermain dengan hati yang penuh berjiwa, segalanya mampu. Keep the faith.
1 ulasan:
padat jadual bulan nie.
Catat Ulasan