Rabu, 26 Januari 2011

Whatever will be, will be....

Hanya tinggal 90++ minit aksi di Wembley bagi menentukan sama ada kontraktor tukang cop mendapat keuntungan atau tidak untuk mengukirkan gelaran pada papan kejuaraan di Stadium Emirates bersebelahan papan '2005'. Seperti yang dijangka, Arsenal bermatian sejam sebelum mampu memecah kebuntuan mencari gol penyamaan. Dan selepas itu, bermain tanpa tekanan mengekalkan tempo dan rentak seperti biasa, 2 gol datang mengesahkan Arsenal menempah final setelah kali terakhir di Cardiff pada kejuaraan yang sama 4 tahun lalu. Lebih memuaskan apabila pemain2 yang mendapat kritikan hebat terlibat secara langsung dalam kesemua gol dengan Bendi membuka tirai jaringan keleagaan sebelum Arshavin assist dua bijik untuk Koscielny dan El Capitan. Kredit kepada Ipswich yang memberi persaingan kerana begitu degil tapi berjaya dilondehkan akhirnya. Buat Paul Jewell, pisang tidak berbuah 2 kali, itu hari Wigan nasib baik jek menang di Highbury.

Sekeping gambar menggambarkan seribu kata. Kalau dah banyak gambar?? Tak tergambar dengan kata2 woiii!!! Manyak Siyok Woooo......

Great Dane: Nicklas Bendtner curls home the Gunners' opening goal of the semi-final

Let's celebrate: Nicklas Bendtner (right) is congratulated by his Arsenal team-mates after his fine opening goal

Head boy: Laurent Koscielny (centre right) rises high to nod Arsenal two goals to the good

Group hug: Arsenal celebrate their passage through to the final



It's been emotional: Arsenal skipper Fabregas celebrates his strike



Tahniah buat Para pemain yang sangat2 mahukan kemenangan ini. Mereka berjuang dari minit pertama sehingga ke minit terakhir.Terima kasih kepada Arsene Wenger yang akhirnya menunjukan nafsu untuk mendakap piala ini, biarlah piala mickey mouse sekalipun . Walaupun kecil, tetapi besar ertinya. Barulah aku terpikir, mungkin kerana badi 6 tahun selama ini kekosongan kabinet, adalah kerana hampir keseluruhan pemain pasukan ini tidak pernah menang apa2 bersama walaupun Piala kejuaraan yang dianggap tidak berapa berprestij.-tolak tepi piala syok sendiri Emirates Cup. Ini diibaratkan macam main Game. memang nak menang yang power2 tapi terlebih dahulu kenalah melaluinya secara berperingkat. Jadi demi penjenamaan semula dan yang dok kata rebuilding2 apa semua selama ini, kita wajib kasi lepas level satu dulu. Mungkin sebab kita asyik tak dapat, asyik kempunan adalah kerana kita langkah stage selama ini, asyik kejar yang besar2. Jadi bermulanya dengan melepasi Level 1, dari sini bakal timbul lebih keyakinan untuk kita explore ke level yang seterusnya. Biarkan permain merasai bersama event nikmat menjadi juara, biarkan podium 27 Februari ini menjadi rehearsal , persediaan kepada event2 menjulang kejuaraan yang lebih besar dan bermakna. Paling kurang kita kena lepas syarat ini-Carling Cup- terlebih dahulu.Juara tak memilih. Selepas itu,kejuaraan lain bakal menyusul semulajadi jika kita beraksi berpewatakan sebagai juara.Percayalah dengan kemenangan Carling Cup ini sedikit sebanyak akan membuka kunci mental block yang sering membelenggu kelab ini. Tak kira Brummies mahupun Hamster yang menunggu, kita kasi gegar!

Agi idup Agi MengGunners!!!


3 ulasan:

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

aku stuju sngt ngan post hang bro..mmg penulisan terbaek dri ladang strawberi..ada jiwa..ada rasa..mngkin btol ckp hang..arsenal perlu mula dri bwah balik tuk kumpul koleksi piala.."jgn langkah bendul"..2 lah nasihat org tua2..hahah..keep the faith..truskan menulis bro..aku sapok biki dri blakang..

Gunners & Roses berkata...

Tq la.. tapi lama tak nampak hang, p mana weh? lama sangat bertapa kut.Blog apa cite? haha

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

hahaha..aku sentiasa ada di sisi blog hang bro..cuma xpost komen ja..blog aku shutdown dh..hahha..modal akal xdak nk menulis bro..hrapkn modal insan sja..xckup...aku skang bergiat kt mukabuku ja lah..