Selasa, 25 Januari 2011

Mari menuju ke Wembley


Final pertama dalam tempoh 4 tahun menunggu tapi sebelum itu Arsenal perlu bermatian menjaringkan gol penyamaan seterusnya bermain seperti sediakala kerana yang pasti Ipswich akan datang bukan sahaja dengan bas tapi juga bulldozer dan kereta kebal diletakkan di hadapan pintu gol mereka. Aku dapat rasakan kesebelasan yang diturunkan awal pagi nanti adalah bakal yang terbaik dan Wenger serius dalam merangkul kejuaraan carling cup pertamanya. Keyakinan dilaungkan oleh para pemain dengan kemenangan ke atas Leeds menjadi bukti di mana kita sempat belajar dari match pertama, kelebihan kali ini adalah bermain di Emirates, Arsenal belum pernah kecundang di tangan kelab Championship di kubu sendiri. Semua pemain tengah semangat, penyokong jugak tak sabar2, aku jugak tak sabar nak rehat awal sebelum bersama memberi sokongan sebentar lagi. Perlawanan akan berlanjutan jika keadaan seri secara agregat, away goal hanya dikira selepas 90 minit, dan kemudian jika masih terikat, tiket ke Wembley ditentukan melalui sepakan penalti- Arsenal perlu elak untuk keluar lebih peluh di tengah2 jadual yang cukup padat. Apa pun adalah disaster jika pasukan yang diturunkan tak mencapai standard seperti yang diharapkan ketika peluang untuk menhgapuskan badi kekosongan kabinet kini dilihat paling cerah di depan mata. Keyakinan itu penting tapi awas jangan overkonfiden.

-----------------Szczesny-----------------
Sagna--------Jozan------Kos----------Gibbs
-----------------Song--------------------
---------fabregas--------Wilshere--------
-----Walcott------RVP---------Nasri------

Astro 816 3:55 am. Arsenal 3 Ipswich 0.

Agi Idup Agi MengGunners

Que sera sera what ever will be will be we`re going to Wembley que sera sera


0 ulasan: