Ahad, 14 November 2010

Pre Match : Goodison Park bukan sebarang taman



Tidaklah mengharapkan keputusan 1-6 yang sama sepertimana musim lepas, kerana itu memerlukan sesuatu yang extraordinary untuk melakukannya di Goodison Park. Dalam tempoh jarak seminggu kita mengharungi 3 perlawanan, 2 away dan satu di laman sendiri. Pastinya jika kita menang malam ini sedikit sebanyak dapat cover kekecewaan melepaskan mata di Emirates yang dikatakan sebodoh2 mata oleh Arsene Wenger. Dan persaingan liga yang semakin sengit dan open di setiap kedudukan atasan, pertengahan, dan zon bahaya juga tidak menjanjika apa2 sekarang ini.Everton tak kalah dalam 7 match sebelum ini. Kejayaan mereka mencuri satu mata saat2 akhir ketika bertemu United dan menewaskan musuh utama mereka Liverpool menceritakan semangat dan determination mereka dalam big game musim ini.

Ketika ini hangat diperkatakan tentang Arsenal kini team yang 'kotor'. Seringkali dilabel sebagai pasukan lembik dan budak2 tapi bila Arsenal mula menunjukkan saingan fizikal dan tak mudah dibuli lawan, baru nak keras siket ada mulut2 sudah tak puas hati mempersoalkan Arsenal main kasar hanya kerana rekod 4 kad merah yang telah didapati. Pada aku, daripada 2 kad merah milik Kos, Song 1 dan Jack 1, hanya terjahan Jack sahaja yang boleh dianggap agak merbahaya dan layak dihukum sebagai pengajara. Yang lain itu lebih kepada peraturan dan keputusan pengadil.Tapi bila orang sudah bising2 tentang tackle Fabregas ke atas seorang pemain Wolves Rabu lalu, ia agak lucu. Mereka bagai menunggu masa sahaja nak menghentam Arsenal terutama Arsene Wenger.BUkannya kita ada Joey Barton pun dalam pasukan! Namun ada positif dari semua ini, ia menunjukkan kita tak boleh lagi dipandang mudah lawan dan membuktikan kita juga bersedia untuk 'bertempur' jika keadaan memerlukan.Dari segi bola sepak, kita akan lebih berdisiplin dan akan berhati2 kerana pastinya ada mata2 yang memandang dan ada nama2 yang telah ditarget.

Ada beberapa perkara positif sepanjang minggu ini  berlaku di luar pdang. Penjaga gol muda Szczesny telah menandatangani kontrak jangka masa panjang untuk kekal di Arsenal.Wenger berkata pemain2 perlu berusaha membuktikan mereka layak mendapat tempat kerana berada di sebuah kelab seperti Arsenal tiada istilah kelayakan tempat automatik -walaupun kadang2 kita sendiri tau kes tu macam ada, heheh. Aku baru melihat beberapa aksinya dalam Carling Cup dan ketika dipinjamkan musim lepas, ada potensi.Jadi aku mengharapkan lebih kesunggguhan ditunjukkan bagi mencabar Almunia dan Fabianski daripada pemain muda ini.Selain itu Gibbs juga telah kembali dan akan diselitkan ke dalam pasukan.Main atau tidak bergantung pada match fitness. Diaby pula bakal menjalani sedikit ujian sebelum disahkan boleh turut serta atau tidak.RVP, Wenger berkata beum bersedia tapi mungkin boleh bermain dalam 45 minit. Kalau dulu Wenger menyanggah idea RVP untuk di call up untuk Belanda Rabu depan bertemu Turkey, tapi kini Wenger bersedia untuk mendengar apa2 idea dan duduk semeja dengan RVP dan Ben Marwijk. Dengan RVP memerlukan match fitness, sedikit masa dan aksi atas padang mungkin boleh diisi dengan adanya perlawanan persahabatan tapi Wenger mengulangi pendirian tidak terburu2 dalam  memastikan RVP kembali beraksi pada tahap terbaik.

Ada pertukaran dari bahagian tengah atau atas untuk malam ini. Itu adalah cadangan bayang2 yang diutarakan dalam pre match conference. Nasri yang hanya masuk sebagai sub di minit akhir mungkin akan kembali start. Begitu juga Walcott yang mempunyai tenaga untuk beraksi setelah berehat pertengahan minggu. Jozan akan kembali bergandingan dengan Suaillaci di akar pertahanan.

-----------------Fabianski-----------------
Eboue----Squaillaci---Jozan------Cllichy
-----------------Song-------------------
-----------Fabregas----Wilshere-------
-----Walcott----Chamakh/Bendi----Nasri--

Wenger memberi keyakinan dan harapan untuk kita melihat the ral Fabregas. Tapi aku mahu lebih dari itu, aku mahu lihat the real Arsenal yang terus konsisten dan meningkatkan momentum dari satu perlawanan ke perlawanan berikutnya. Everton 0- Arsenal 1. Astro 812, 955Pm.


1 ulasan:

nebular berkata...

Memberangsangkan jika Jack diturunkan, resah pasal Everton ni kaki buat upset.

Main cantik pun kekadang tak menjadi, badi dia orang ni keras sikit bila jumpa Arsenal.

Apa pun Arsenal menang 3 - 2, Everton tetap dapat jaringkan gol.

- arsenalkorner