Isnin, 15 November 2010

Post Match : Away kita terus meyakinkan


Ada sesuatu yang bakal membuatkan Clichy begitu cemburu kepada Sagna. Apa dia? Iaitu Sagna kini telah menjaringkan gol lebih sebiik mendahului dirinya. Seperti yang kita ketahui rekod sebelum ini Sagna dan Clichy hanya baru sahaja mendapat sebijik gol masing2 bagi saingan BPL. Dan malam tadi adalah gol kedua Sagna dalam 147 perlawanan, dan dia melangsungkannya dengan cukup hebat. Kalau orang tanya datang dari celah mana? jawapanya siti situ Sagna sini...

Itu adalah dari segi landmark individu Sagna tapi dari segi keseluruhan pasukan, wajar kita memberi kredit kerana masih mengekalkan momentum dari apa yang kita dapat dari Wolves tempoh hari. Datang ke Goodison Park selaku pemegang rekod away terbaik, kita balik pun dengan status yang sama 3 mata dalam beg.

Dari awal lagi Everton seperti bakal memberi kesukaran dengan penguasaan bola lebih kepada pihak mereka tetapi tak ada yang benar2 menguji selain daripada tandukan free header Cahill yang gagal disudahkan.Itu umpama satu wake up call bagi Arsenal. Walaupun tak mencapai mutu standard seperti hari2 biasa, gerakan2 kita lebih tajam dan direct berbanding Everton yang bagai hilang punca kehilangan tonggak tinggi Fellaini yang berkemampuan di danger area. pertukaran hanya pada Nasri yang start berbanding Rosicky rabu lalu. Ternyata Nasri tak mengecewakan, dan antara performer terbaik malam ini.Hasil keberanian dia untuk try jarak jauh la menghasilkan bola muntah untuk Arshavin menolak pada Sagna yang merembat masuk dari sudut sukar.Selain itu ada larian solo nasri 2nd half yang sayang tak de hasil .Bak kata pengulas, Nasri bukan sahaja sempoi kawal bola, malahan juga laju siap boleh tukar gear bila kena harinya dia boleh jadi antara midfielder terbaik, pendek kata pemain yang cukup dinamik. Aku percaya musim ini amat penting kehadirannya dalam kem Arsenal.

Start 2nd half, nasib baik kita tidak memilih untuk duduk diam2 dan hanya bertahankan sebijik gol tersebut. Arsenal terus mengasak sehinggalah terciptanya gol kedua.Gandingan Denilson yang menggantikan Wilshere, Chamakh dan kemudian disudahkan fabregas menjadi team goal yang menarik unuk diulangtayang.Gol kelima Fabregas musim ini sesuai dengan mood Wenger yang tengah nak up kan dia dengan mencanang Fabregas baru 95% untuk kembali normal. Kita teringat akan United yang hadir kesini memperoleh 2 gol dan pikir dah menang di malam raya, namun harapan mereka hanya ditamatkan apabila Everton berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa kecederaan. Perkara itu memberi peringatan supaya kita jangan syok sendiri dan berwaspada.Gol ketiga mungkin boleh membunuh perlawanan tapi sayang Chamakh melakukan conversion ragbi di depan pintu gol yang terngaga. Fabianski jugak sekali 2 melayang2kan badan menyelamatkan situasi.

Masa semakin suntuk dan entah kenapa jantung berdegup kencang. Kita tahu kalau Everton boleh carik satu gol, keadaan panik bakal berlaku. Hidup tak pernahnye senang bagi Arsenal, minit ke 89 Cahill menewaskan Fabianski dari sepakan sudut yang macam ala2 foul dariapda Saha. Panik, tertekan, dan pasrah sudah bermain di benak pemikiran, adakah tragedi Sunderland bakal berulang kembali.Jantung berdegup kencang. Risau aku setiap kali melihat fabregas cuba stuck in dan challenge bola kerana dia telah pun memiliki kad kuning.Satu kad lagi , dia tidak boleh bermain menentang Spuds-perlawanan wajib menang hujung minggu ini. Syukurlah kita berjaya simpan gabra sehingga wisel penamat dan 6 mata dari away sedikit sebanyak mengubat duka di Emirates. Ya di Emirates, Sabtu depan NLD di Emirates ketika form home kita tak berapa nak menjadi.Marilah sama2 kita mengharapkan all out daripada player, tunggu dulu, nanti.Kita ada 'musuh' lain lagi selain form di Emirates dan kecederaan, Internationaleleh di tengah2 minggu juga bakal mendatangkan kesukaran. Kita berharap jangan bermulanya badi November rain pada tarikh itu.

Jurang dirapatkan kepada 2 mata terimakasih kepada belaian manja si kucing hitam.Mereka melakukan kerja mereka, kerja kita kena siapkan jugak.jangan asyik nak mengular saja lepas2 ini.NLD di pejabat sendiri, keputusannya hanya satu yakni menang.

Agi idup agi mengGunners!


1 ulasan:

Andimazlan™ berkata...

Yeahhh..
Agi idup agi mengGunners!!

Aku cakap ko bro,
Aku menggigil tu time minit2 terakhir lawan Everton.

Apapun Kucing Hitam memang bole blah la..

andimazlan.com