Wenger memberitahu dalam nada kekecewaan bahawa home form sekarang adalah suatu yang merungsingkan. Selain contoh hari malang 'flat' seri wangi yang tak berapa nak wangi, dia menggambarkan bagaimana Arsenal struggle gila2 sebelum mampu mendapat 3 mata ke atas birmingham dan West Ham. Satu tandukan menghancurkan segalanya. Semalam ceritanya tak jauh berbeza, nama andy Kerol kini meletop2 dan dipercayai akan mendapat call up pertama nya buat skuad Capello. Wayang England tak habeh2 dengan hype2 tapi sekurang2nya ia berjaya mengalih perhatian media dari memburukkan Arsenal ke menaikkan nama bakat2 muda mereka.
Namun tak dapat disorok lagi bagaimana kita langsung tak tajam., lembik dan tak bernafsu.Kita akhirnya tertunduk. Dah lama gua tak tengok persembahan hambar half fit Fabregas. Pelik aku bagaimana Walcott boleh ada begitu lama atas padang , tak berfungsi selain sumbangan sepakan terkena palang. Fabregas jugak mencium palang melalui sepakan percumanya sebelum itu. Kita hanya menguji Krull melalui rembatan Nasri yang diselamatkan secara world class, itu sahaja ancaman yang nampak seakan2 nak gol yang lain jalan ceritanya hampir sama. Malah Nasri dikeluakan ketika dia merupakan antara aset yang paling mampu menyumbangkan gol, memang ada kecederaan pada calf tapi itulah, jika player yang tengah perform pun terpaksa keluar ia menceritakan hari buruk bakal berlaku, bayangkanlah bagaimana sumber gol nak dicari.
Kemasukan RVP- lega melihat dia kembali menyepak bola tapi masih belum cukup, Wenger sendiri mengakui dia tidak bersedia. Itu adalah satu gamble yang sempoi dari Wenger kerana pertukaran2 yang jarang dilakukan( sebelum minit ke 60) bawak masuk 2 orang striker. Bagus, nampak ada usaha tapi, mungkin salah timing-ketika player tak fit, dan juga salah orang. Wilshere dikeluarkan sedangkan Walcott diberi peluang sudah separuh masa tapi nak beat Enrique pun susah. Ingat dia mau masuk Rosicky ka apa, Arshavin masuk sekali 2 adalah sekelumit harapan diberi tapi akhirnya hanyut bersama kesuraman rakan2 lain. Mungkin mudah untuk menyalahkan Fabianski yang wenger cakap overkonfiden dan salah timing, tapi kalau kita lebih compose dan fokus di bahgian tengah terutama mempertahankan bola mati.
Gol pada minit2 kecederaan separuh masa nyata mampu menyentap semangat juang. Ini kerana bagi lawan, keghairahan itu masih segar dalam ingatan dan dibawa terus ke bilik persalinan jadi arahan2 dari manager agar regroup dan lebih disiplin pasti lagi senang melekat pada otak mereka. Di sebelah yang terkena gol pulak, pasti kecewa dan menyesal tak sudah apa pasal laa tak defend betul2 ataupun main clear jek bola ketika sempat.Selain itu perasaan panik dan tekanan jugak menyelubungi pasukan kerana semua tahu mereka harus menggandakan usaha sepantas kilat. Hari2 di mana segala kesabaran berbayar tidak timbul pada hari itu kerana penguasaan bola kita jugak tidak berada pada prestasi terbaik.Menjengkelkan apabila melihat Newcastle mampu passing2 di sekeliling padang melihat pemain kita mengejar dengan frust dan bila kita berjaya intercept, bola dibazirkan dengan passing2 merapau yang di bawah standard. Arsenal diperhatikan kalau leading di Emirates, tak ada masalah.Tapi kalau terkena dulu dan apa yang dibuat serba tak menjadi,kita pasti akan struggle.
Ada berapa jam sei latihan saja lagi untuk Arsenal mencari counter measure.Menajamkan mana2 yang tumpul, membetulkan mana2 yang tidak betul jangan sampai kita dibaham seigala Wolves. Squaillaci pernah berkata, skuad yang hebat takkan kalah tiga kali berturut2, aku bersemangat untuk melihat apa reaksi daripada keseluruhan pasukan.Arsenal telah membuat rayuan kes Koscielny dan kes akan didengar petang nanti.Kita membazirkan peluang terutama kegagalan di tempat sendiri tapi mereka yang lain tewas memberi kita peluang . Tapi sampai bila kita nak mengharapkan mereka menunggu. Aku pun tak ingin tertunggu2 lagi hari-hari bahagia muncul kembali. Maka kita harus bertindak!
Selasa, 9 November 2010
Post Match :Tanduk, tunduk, tindak
11:56 PG
Gunners & Roses
1 ulasan:
Must win and that is our final death wish for tonight.
Catat Ulasan