Sol Campbell yang tengah asyik berbulan madu bersama bininya dikhabarkan akan memilih Arsenal di sebalik segala tawaran yang mendatang dari Sunderland Celtic dan beberapa kelab lain yang berminat. Ini pastinya berita melegakan buat Arsenal yang sudah kehilangan 2 orang berpengalaman di bahagian CB di mana Gallas dan Silvestre tamat kontrak dan tak terpikir akan beraksi bersama The Gunners lagi, mereka juga bukan popular di kalangan penyokong. Jika benar aku rasa signing Arsenal akan berakhir, malah sekali lagi keuntungan dalam kantong Wenger apabila berjaya mendapatkan pengalaman seperti Campbell secara percuma sekali lagi. Jika tiada signing pun(walaupun dilihat wajib dan perlu) aku seperti merasakan tidak akan ada muka baru dengan kick off di Anfield tak sampai sebulan lagi. Itulah perasaan berdasarkan Wenger yang aku kenali. Lebih2 lagi melihat Arsenal.Com meng'up'2kan Jozan dan Nordviet baru2 ini. Aku rasa pengalaman Bundesliga Nordveit banyak membantu sekalipun di posisi RB. Jozan pulak mengalami musim yang penuh keederaan , tak tau la pulak apa keadaannya untuk musim ini, mental dan fizikal dah sedia ke belum untuk cabaran baru. Mael, Jozan ,Kos, Nordveit. . Dengan kehadiran Campbell, maka tutuplah cerita2 CB seperti Mertesacker atau Jagielka, 2 nama yang aku tak kisah jika diberiharapan untuk beraksi di Arsenal kerana kedua2 mereka mempunyai pengalaman, Jagielka di BPL manakala Mertesacker menunjukkan kekentalan di Afrika.Cuma harga yang berada di luar imiginasi. Mungkin terpaksa tanam 'Inception' di minda bawah sedar Wnger supaya dia terbuka hati.
Kes keeper agak pelik sedikit. Tiada no 1 di Arsenal katanya, namun apa2 yang keluar dari kenyataan Wenger jangan diterima bulat2, ingat sahaja baru2 ini kes Eduardo yang alih2 dijual pulak. Almunia tak turun ketika bertemu Sturm Graz, jangan syok sangat. Mungkin Wenger sengaja membiarkan seorang keeper untuk menemani sesi latihan khas mereka yang terlibat dalam Piala Dunia dalam masa yang sama membiarkan ketiga2 keeper yang lain bersaing menunjukkan bakat.Berita pasal Mark Schwarzer on off. Walaupun dia dah naik fed up dan menyambah dengan blunder2 dari Almunia, aku rasa Wenger belum bersedia memngambil risiko mempertaruhakn penjaga gol kurang berpengalaman seperti Manon dan Szczesny ketika dia berada pada musim yang kritikal untuk deliver. Walaupun gugup tapi dia cukup menyanjungi bakat yang ada pada Fabianski. Aku tak tahu apa yang dia nampak tapi apa jua benda yang dia nampak pada bahagian penjaga gol, dia pastinya tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa terdapat satu lubuk besar pada posisi tersebut yang menagih bakat2 world class setaraf dengan class Arsenal dan class penaga2 gol terdahulu.
Sementara itu berita baik buat Nasri kerana jika dia on form selalu seperti yang ditunjukkan dalam pra musim ini, namanya pasti tersenarai dalam askar pertama jurulaatih Perancis Laurent Blanc dalam pertemuan persahabatan bertemu Norway setelah France mengambil keputusan untuk menggantung kesemua pemain yang beraksi di World Cup akibat mogok bodoh teresebut. Tindakan bijak oleh Henry yang mengumumkan persaraan dari peringkat antarabangsa kerana berjaya mengelakkan diri dari terjebak ke dalam status 'digantung'. Berita ini pastinya baik juga buat Arsenal kerana Clichy , Sagna dan Diaby pastinya dapat berehat dan bebas dari sebarang risiko kecederaan ketika itu.RVP dan Fabregas akan kembali sharp untuk permulaan musim seawal September mengkiut perkiraan Wenger. Adalah sukar untuk mengharapkan sentuhan seratus peratus dari mereka yang beraksi sehingga 11 Julai di Afrika lalu.
Ahad, 25 Julai 2010
Sol CamBest
12:42 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan