Rabu, 28 Julai 2010

Pra Musim : SC Neusiedi 0 Arsenal 4

Bukanlah lawan yang begitu kompetitif tapi pertemuan menentang SC Neusiedi digunakan peluang sebagai medan menguji taktikal dan persefahaman disamping memberi pendedahan berguna bagi belia2 yang baru nak naik tocang mencuri peluang. Kesudahan perlawanan ini adalah 4-0 . Arsenal mendahului menerusi Theo Walcott, disusuli oleh JET, Chamakh membuka akaun melalui sepakan penalti, kemudian mat lob, Carlos Vela dengan sentuhan biasanya menghabiskan kemenangan Arsenal dengan penuh santai menjadikan rekod 100% malah tanpa bolos dengan 11 gol sepanjang pra musim ini.

Almunia,Nordveit, Koscielny, Johan, Gibbs, Wilshere,Nasri, Frimpong, Walcott, JET, Arshavin. Rosicky dikeluarkan dari senarai di saat2 akhir digantikan oleh Nasri.

Setelah pelbagai spekulasi yang melanda, Almunia start tetapi tidak banyak yang perlu dilakukannya untuk mengembalikan keyakinan Wenger. Sekali tertewas melalui sepakan sudut tapi lebih kepada tiada marking di kalangan defender, suatu masalah rutin yang kian menjadi 'tradisi' Arsenal, membimbangkan.Nasri berada di tempat yang betul pada masa yang tepat untuk mengeluarkan bola dari atas garisan.

JET dan Jack masing2 memberangsangkan dan begitu menggunakan peluang yang ada untuk memikat hati Wenger. Dengan larian2 licik dan kawalan kemas dari Jack,sayangnya tidak mendapat sentuhan jaringan bagi menambah confident nye.JET pula aku tak pasti posisi apa yang sesuai baginya tapi selepas persembahan yang penuh fizikal, aku rasa tempat seperti Diaby boleh diisikannya. Kedua2nya dikeluarkan pada separuh masa tetapi dimasukkan semula membuktikan Wenger mahu lebih lagi dari mereka. Musim yang penuh harapan bagi kedua2 wakil England ini. Dalam masa yang sama Frimpong turut mempamerkan mutu yang baik mengikut jejak langkah Alex Song.

Johan dikeluarkan seawal minit ke 30 digantikan oleh Mael.Tidak pasti sama ada kecederaan kecil mahupun langkah berjaga2 sebagai salah satu taktik Wenger kerana Johan baru sudah menamatkan 90 minit aksi sebelum ini. Kita sedia maklum dia melalui musim yang suram di wad musim lepas jadi harap tidak ada apa2 yang boleh mendatangkan syak setelah Campbell seakan pasti menuju ke Newcastle menjalani medical-suatu berita yang membuatkan Wenger tak senang duduk. Keluarnya Jozan bermakna Mael dan Koscielny dapat membina persefahaman antara mereka.

Chamakh masuk di separuh masa kedua berjaya mendapatkan sepakan penalti dan menyudahkan sendiri.Tapi yang tak bestnya dia juga concede sepakan penalti apabila bola free kick SC Neusiedi terkena tangannya. Vito Mannone yang berangan2 memasang impian menjadi number 1 di Arsenal boleh claim credit apabila berjaya menyelamatkan penalti mengekalkan clean sheet Arsenal.

Itulah serba sedikit daripada match yang berlangsung sebentar tadi.Misi berjaya di Austria. Hujung minggu ini 2 match Emirates Cup yang lebih kompetitif.AC Milan dengan penaja baru Fly Emirates dan Celtic-cuma kali ini sayang tanpa Eduardo. Tak sabar menyaksikan Emirates Stadium kembali penuh dengan sorakan dan emosi.Ayuh, teruskan mengGuners!!


0 ulasan: