Seseorang pemain itu boleh diklafikasikan sebagai Mr Arsenal jika darah dan jiwanya semerah gooner dan perasaan cinta dan sayang pada Arsenal FC tidak terbelah bahagi. Tapi kini di Arsenal, kita terasa akan krehilangan lagenda itu setelah 8 tahun berlalu, namun belum ada pengganti yang benar2 sesuai dan layak menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Tony Adams setelah 19 tahun bertarung dengan jersey kebanggaan merah putih. Bukan tiada, bukan bermakna aku menghentam generasi pemain pada ketika ini tidak menyintai kelab tapi apa yang kurang adalah ciri2 kesetiaan seperti abang Tony dan batch2 terdahulu serta kurang menjiwai nilai Arsenal.
Mungkin kerana aku hidup di zaman Abang Tony dan aku tidak beberapa mengetahui para kapten sebelumnya ketika Tony diberi tanggungjawab menjadi pemimpin 5 tahun selepas menyertai Arsenal, seawal 1988 hinggalah ke penghujung karienya dia memimpin Arsenal, bersara pada 2002. Pat Rice juga perah menjadi kapten Arsenal selama 4 musim. Tapi impak Abang Tony sebagai lambang ikon Arsenal sukar untuk dicari ganti. 19 tahun bukan tempoh yang sekejap, seperti Maldini di Milan dan Del Piero di Juventus, Abang Tony menjadi kebanggan Arsenal. hanya beberapa pemain sahaja yang layak mendapat testimoni dan berada lebih sedekad bersama Arsenal antaranya seperti Bob Wilson, Pat Rice Samy Nelson, pejuang zaman seangkatan Tony, Paul Merson, Lee Dixon , Winterburn, Marti Keown, Steve Bould, David Seaman , Ray Parlour, Dennis Bergkamp. Mereka inilah gooner2 sejati di mana semangat seperti mereka ini sukar dicari dalam dunia bola sepak modern yang penuh cabaran dengan banyak dipengerahui faktor luaran. Faktor kelab asal lah, faktor DNA lah, faktor godaan lah, faktor cuaca, faktor cara hidup, faktor homesick, faktor mata duitan dan jugak faktor kelabu asap- yang kita tak tahu apa faktornye alih2 tinggalkan Arsenal sebab dilepaskan management ataupun ada cerita sebaliknya. Iya, bukan semua akan berjaya di Arsenal , tetapi sesetengah daripada generasi sekarang ini seperti menginggalkan Arsenal dengan keadaan yang tidak sepatutnya.
Apa yang sebenarnya aku nak kuiskan di sini sebenarnya tentang isu kapten kerana untuk jika fokus pada keseluruhan pemain, terlalu besar skopnya. Jadi bukan bermaknalah pemain yang main bawah tempoh sedekad itu tak mengGunners, tak layak dihargai, bukan. Ada antara mereka yang telah pergi tapi masih sayang akan kelab ini, menceritakan yang elok2 belaka sahaja. Cuma aku nak jelaskan di sini mengapa tanggungjawab sebagai kapten di Arsenal itu penting dan perlu dijiwai dalam dan luar padang lebih2 lagi ketika kita sedang memasuki frasa baru dalam pembinaan sejarah yang lebih gemilang. Oleh itu, kita perlukan seorang leader yang betul2 faham akan tanggungjawab ini. Point aku ialah, kenapa karektar seperti Abang Tony tidak dapat dilahirkan lagi?
Selepas Abang Tony menggantung boot nya, telah muncul seorang pemimpin berdarah Senegal-France yang
mula menunjukkan bibit2 kepimpinan semulajdainya. Arsenal dan masa depan yang dijanjikan tampak seakan2 begitu cerah di bawah kepimpinan Paddy Vieira. Memimpin antara barisan terhbat yang pernah diperoleh Arsenal, The Invincible pada 03/04 dan 2 FA cup di bawah kepimpinannya. Tapi sayang, Belum sempat kita merasai sepenuhnya kepimpinan melalui teladan daripada Vieira, dia memutuskan, sepakan penalti kemenangan FA Cup 2005 adalah sepakan terakhirnya dalam jersey Arsenal.Ketika itu, masa depan Arsenal telah dirangka, dalam 2 musim lagi pada ketika itu, Arsenal akan berpindah ke 'rumah' baru dan perpindahan tanpa nahkoda adalah suatu yang sukar dibayangkan. Arsene Wenger tidak menekan panic button, dia mempunyai pilihan yang obvious.
Siapa lagi kalau bukan Titi. Antara star terhabat yang pernah Arsenal miliki, pemegang rekod penjaring terbanyak, Thierry Henry menjadi pilihan Wenger untuk memimpin barisan Arsenal pada musim terakhir di Highbury.Bukan seorang pemain yang vokal, tapi statusnya sebagai seorang pemain bintang dan berada di galaksi lain dan tidak sama par dengan rakan2 yang lain membuatkan Henry adalah pilihan paling menyerlah.Henry menutup buku highbury dengan persembahan paling berinspirasi dengan hat-trick di Highbury. Melangkah sebagai pemimpin pertama di gelanggang Emirates, Henry cuba memberi inspirasi namun musim terakhirnya di Arsenal bukanlah seperti old days yang diharapkan.Ketika musim yang dilanda pelbagai kecederaan, Henry mula nampak bahawa pasukan pada ketika itu tidak mampu untuk bersaing tanpanya, atau begitu mengharapkannya adalah frasa ayat yang lebih sesuai.Dia tidak mahu perkara seperti itu, dia mahu memimpin namun tanggungjawab haruslah dikongsi bersama oleh itu jawapan yang lebih baik baginya adalah meninggalkan Arsenal dan menyertai? Siapa lagi kalau bukan si berlagak Barcelona. Walaupun luahan cinta dan tangisan perpisahan, dia tetap pergi meninggalkan Arsenal demi mengejar cita2 peribadi yang dirasakan tidak termampu dicapai dengan batch Arsenal projek baru Wenger ini.Nampaknya 'rasuah' armband daripada Wenger gagal memujuk Henry .Pencarian pengganti Mr/ Arsenal diteruskan.
Meninggalkan Arsenal supaya berdikari, maka berdikarilah Arsenal dan usaha sendiri itu ada bunga2 untuk berhasil buat sementara sebelum faktor pengalaman memakan diri di penghujung musim 07/08.Dan antara titik tolak yang menjadi tumpuan adalah tragedi di St Andrews melihatkan bagaimana seorang kapten yang sepatutnya sentiasa bersama, meyakinkan pasukan, memberi semangat akhirnya collapse. Wajah sebenar Gallas telah terdedah pada petang itu, ketidak tenangan dan gagal mengawal tekanan perasaan telah dimanupulasikan media sedasyat2 nya maka bermula pada ketika itu, perang dingin dalaman bilik persalinan. Si polan tak puas hati dengan si polan, si polan tak bertegur sapa, si polan duduk sorang2 dalam bas.Lama kelamaan sampai waktunya, Arsene Wenger tidak boleh tahan lagi dengan situasi seperti ini mengambil langkah berani, memecat Gallas. Gallas menerima dengan tenang dan penuh profesional.Persembahan2 nya selepas itu nampak lebih meyakinkan dan seperti seorang yang kehilangan beban, dia membiarkan aksinya sahaja yang bercakap berbanding sebelum ini di mana mulutnya tak henti sembang lebat.Gallas seorang yang profesional tapi lama kelamaan aku perhatikan profesionalnya hanya setakat untuk diri sendiri, bukan untuk pasukan.Gallas hanya bermain untuk diri sendiri, bermain menghormati kontrak sedia ada, membuat kerja dia sahaja dan lantak peduli la dengan orang lain.Itu adalah perangai Gallas di mata aku. Pendedahan2 pemain lain tentang sikap bersendirian Gallas dan lagak egonya memungkinkan pendapat, ada benarnya Wenger mengambil tindakan drastik seawal yang mungkin sebelum keadaan bertambah parah. Kontraknya telah tamat, aku tidak nampak dia akan sambung dengan keadaan seperti ini.
Pemecatan Gallas di tengah musim 08/09 memberi teka teki baru.Spekulasi bertiup kencang tentang siapa bakal menggalas cabaran baru.Nama2 yang diprtimbangkan adalah Kolo Toure, RVP dan Fabregas. Wenger pastinya tahu akan 'sparing' antara Toure dan Gallas jadi buat apa dia hendak mengeruhkan keadaan.Memilih RVP yang pada ketika itu tenggelam timbul kemunculuan akibat kecederaan pastinya menyukarkan pelan. Jadi Wenger akhirnya dapat menunaikan hajatnya selama ini.Dengan projek baru belia, Wenger merasakan kumpulan generasi ini perlu dibimbing oleh pembimbing rakan sebaya. Bersesuaian dengan nadi utama, dan starting eleven yang confirm week in week out, Wenger memilih Fabregas sebagai paksi dan anak muda ini menerima tanggungjawab tersebut dengan cukup baik.Walaupun kurang bersuara, tapi dalam beberapa perlawanan dia memberi inspirasi pada rakan sepasukan dengan persembahan terbaik. Musim 09/10 adalah musim penuh pertamanya sebagai seorang kapten dan tanggungjawab itu tidak dirasakan sebagi beban yang memberi kesan pada persembahannya apabila dia menjadi penjaring dan assist terbanyak Arsenal.Cuma yang menjadi masalah ketika ini ialah kita semua tahu Fabregas satu hari akan pulang ke kampungnya, Wenger jugak tahu akan perkara ini tetapi tidak menyangka ia akan berlaku dalam masa terdekat.Jika benar spekulasi yang melanda ketika ini, sekali lagi 'rasuah' armband daripada Wenger kepada Fabregas tidak berhasil. Tapi mengapa Fabregas harus lompat kapal meninggalkan rakan2 seperjuangan yang lain ketika waktu2 sukar begini? Sebagai seorang ketua dia harus bangkit mempertahankan prinsip perjuangan dan kelab,bukannya berdiam diri membiarkan Barcelona terus mengorat dengan menjengkelkan. Bukankah dia masih terlalu muda dan banyak lagi masa untuknya, boleh menyumbang idea dan pemikiran kreatifnya untuk Arsenal.Jika kapten kita yang dipilih, mempunyai ciri2 Mr Arsenal pasti konflik ini tidak akan berlaku.
Mungkin kerana Kapten2 yang dipilih tidak daripada kalangan Englishmen tapi di Arsenal , kita sudah sedia maklum, selepas era Abang Tony, berapa la sangat Englishmen yang kita ada.Oleh itu, foreigner yang dipilih, maka mereka ini kurang menjiwai sepenuhnya dan tidak dapat mentransformasikan perasaan cinta itu kepada setia.Atau mungkin jugak silap Wenger dalam memilih orang yang dipercayai. Pada ketika Henry meninggalkan Arsenal, Wenger telah memberi tamparan hebat kepada Gilberto Silva apabila mengetepikannya sebaliknya memilih newcomer Gallas. Aku rasa Gilberto merupakan antara cool headed dan boleh memimpin dengan tenang tapi tegas. Kelab jiwa luka seperti Gilberto dan juga Kolo Toure yang terlepas pandang oleh Wenger terus beraksi dengan profesional.Mungkin ada kemungkinan akibat dari snub dari Wenger ini, mereka rasa kurang dihargai tidak menyambung kontrak dan meminta untuk dilepaskan.
Dan point ini adalah sekadar jenaka tak berasas.Adakah terdapat sumpahan pada armband Arsenal. Ini kerana setiap kali ia disarungkan, individu tersebut pasti tidak kekal lama di Arsenal. Jadi mungkin Wenger sudah sedia maklum lalu membiarkan Almunia memakai sesuka hati armband tersebut sebagai vice kapten kedua dengan harapan segala sumpahan berhasil terhadap Almunia dan bakal meninggalkan kelab. Ahh, secara seriusnya, Almunia sepatutnya tidak layak langsung memakai lilitan kapten kerana ia sungguh memalukan buat Arsenal dan mencemarkan armband itu sendiri. Kalau keadaan teruk ini berterusan, kita hanya menunggu masa yang tak lama sahaja untuk menyaksikan pemain seperti Diaby mahupun DenyBoy menyarung armband.Ditambah pula Wenger pernah bercakap, jawatan kapten bukanlah penting sangat kerana semua pemain adalah pemimpin dalam jiwa masing2. Statement itu merisaukan , itulah sebabnya entah siapa2 pun boleh jadi kapten asalkan ada senioriti, itulah sebabnya kita pernah melihat Silvester jugak pernah dapat litlitan armband dan berlagak seperti Napoleon Bonaparte !
Maka dengan itu, pencarian Mr Arsenal yang sebenar masih diteruskan. Sebelum Cesc fabregas dilantik menjadi kapten instinct aku kuat mengatakan RVP adalah yang paling layak.Ini kerana perasaan cintanya kepada Arsenal yang nampak tidak seperti dibuat2.Dia juga mempunyai perasaan hormat yang tinggi terhadap Wenger yang telah mengubah hidupnya daripada kutu jalanan kepada individu bekerjaya dan berkeluarga bahagia.Pendapat ini diperkuatkan lagi apabila dia sanggup menolak tawaran 4 kelab besar yang datang dengan menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang di Arsenal. Musim demi musim RVP semakin matang, cuma masalah kecederaan yang menjadi stumbling block kepada kerjaya yang lebih bersinar. Dalam setiap interviewnya, RVP menjawab dengan penuh kejantanan dan tidak putus2 melaungkan keyakinannya terhadap masa depan Arsenal. Aku dapat merasakan dia begitu mengidolakan DB10 dan berhasrat megikut jejak langkah perjalanan carieer lagenda Arsenal itu. RVP adalah The Flying Dutchman kita sekarang ini.Dan jika dia menghabiskan kerjayanya bersama2 Arsenal, dia membuktikan bahawa di adalah darah daging sebenar kelab yang dicintai..Cesc Fabregas tidak akan kekal lama di Arsenal kerana lambat laun dia akan menyarung jersi biru merah, Arsenal sebenarnya memerlukan ikon untuk menjadi inspirasi dan RVP tidak perlu menyarung armband di tangan untuk membuktikan kesetiaannya, hanya perlu berjuang di atas padang tanpa menghiraukan apa2 faktor luaran lain dan fokus 200% kepada Arsenal.Arsenal memerlukan seeorang leader yang lebih daripada sekadar memimpin, Arsenal memerlukan ketua keluarga..
3 ulasan:
aku sokong RVP..semangat Sayang Gunnersnye lebih menyerlah dari player2 lain..tidak mustahil jika dia akan mengakhiri kerjaya diarsenal..Idolanya ialah DB10..aku percaya dialah Mr.Arsenal kini...Dia layak menjadi Kapten Arsenal untuk sessi akan datang..
arsenal ade byk calon utk jd captain marvel utk mase dpn..kita harap2 player mcm ramsey,wilshere,gibbs,n etc bole syg arsenal lbh dri org2 spain..arsenal kne cri lbh org english utk jd 'core' team..
belum ade yg layak...berapa saje player arsenal yg bersara bukan berpindah kelab?
aku lebih minat dengan DB dan terharu tgk hari terakhir dia di Emirates..
Catat Ulasan