Isnin, 3 Mei 2010

Pre Match: Blackburn vss Arsenal

Masih ada 2 baki perlawanan, malam ini bertemu Blackburn sebelum menutup tirai melayan finalis Europa Cup, Fulham. 1 mata automatik akan mengesahkan kelayakan automatik Arsenal ke UCL tanpa perlu berpeluh gentar melihat lagi malapetaka melanda Arsenal jika membiarkan Mancity mahupun Spuds memintas di saat akhir. 1 mata dari 9 yang sepatutnya selepas diajar Messi bukan suatu yang memberangsangkan.

The Little Russian punyai peluang yang tipis untuk beraksi.Mungkin menungu keadaan reda selepas isu tegang membabitkan kenyataannya yang disalah tafisr.Arsenal.com segera membersihkan namanya sebelum lahir seorang lagi Adebayor.Musim telah berakhir buat Denilson dan Almunia.Wenger masih memberi kepercayaan kepada Fabianski dan paling kurang enak didengar adalah mengenai bahagian2 yang dia telah kenalpasti kelemahan Arsenal musim ini.

"mungkin 1 atau 2 orang akan masuk"
"Kalau Gallas keluar,baru kita kompom akan beli"
"Kita bolos 40 gol, suatu keadaan yang teruk dan tak cukup bagus untuk muncul juara"
"Cakaplah apa pun tapi keeper bukan posisi keutamaan yang perlu diperbaiki"
"Bahagian tengah pun bukan maslah dan keutamaan yang perlu diberi perhatian kerana kalau lihat statistik kita bnyak jaringkan gol, masih kreatif.Cuma apa yang eprlu dipertimbangkan adalah sistem pertahanan kita"
"Nasri boleh jadi Pires"

Nampaknya dia masih tidak berjaya melihat gambaran penuh.Statement2 yang berbunyi seperti di atas adalah suatu yang agak merisaukan.Memang benar Arsenal melepaskan terlalu banyak gol untuk dianggap sebagai pencabar serius , dan memang mudah untuk menyalahkan bahagian pertahanan tapi Wenger patut sedar, pembolosan melampau yang berlaku adalah disebabkan Arsenal tidak dapat bertahan sebagai satu unit. Bagaimana dia boleh memberitahu bahawa bahagian tengah tiada masalah ketika merekalah yang banyak melepaskan bola dan tidak track back, tidak memberi perlindungan terutama dari wide player kepada 2 fullback kita? Bagaimana dia boleh memberitahu posisi penjaga gol bukan keutamaan ketika defend kita perlu memikirkan 2 perkara, memikirkan tugas sendiri, risau memikirkan badut yang berada di belakang mereka? Aku berharap sangat agar kali ini Wenger lebih jujur dalam menyuarakan pendapat.Katakanlah dan akuilah yang dia perlukan lebih fizikal dalam pasukannya.Kalau pengakuan itu keluar dari mulutnya pun aku dah berterima kasih kerana sekurang2nya dia berkongsi kesedaran yang sama.Arsenal memerlukan tulang belakang yang kukuh dan Fabregas sebagai paksi adalah suatu prospek yang menarik.Tulang belakang didefinasikan adalah gabungan mereka yang boleh mengawal department masing2 dan menjadi role model.

Penjaga gol
    |
    |
  Mael
    |
    |
 Fabregas
     |
    |
Striker/RVP??

Sayang kerana jika RVP sentiasa fit dan bebas kecederaan, mungkin dia boleh diklafikasikan kepada rajah di atas.Dan Wenger perlu diingatkan, Nasri masih belum mencapai kePiresan namun tanda2 awal sudah boleh kelihatan.Umurnya masih muda, Pires juga hanya dibawa masuk dan klimaks ketika usia mencapai lewat 20 an.Dengan bantuan muka yang berpengalaman mungkin dapat membimbing Nasri(yang mana tak mampu ditanggung Rosicky) supaya lebih konsiten dan percayalah, ia tidak akan membunuh kerjayanya.

Bercakap tentang fizikal, malam ini adalah salah satu ujian fizikal. Siapa tak kenal cara Big Sam, siapa tak masak dengan perangai budak nakal Diouf.Kadang2 teringat gelagat samseng kmpung dusun dalam Savage yang kini entah apa nasib dengan derby Country di bawah sana.Perlawanan ini tetap penting.Selain sebagai ukuran mental sama ada pemain peduli ia juga seperti yang sudah diberitahu di atas, mengelak tekanan dari penghuni tempat keempat.


------------Fabianski--------------
Sagna----Campbell-Silvestre----Gael
--------------SOng------------------
--------Nasri-------Diaby----------
-----Bendi----RVP------Rosicky-----

Astro 812 ESON 11:55pm. Blackburn 0 Arsenal 1.


0 ulasan: