Dengan pemergian Merida kini telah sah ke Atletico Madrid,Sukar untuk tidak memperakui tetapi ia menambahkan lagi bukti bahawa Projek Belia Arsene tak selancar yang disangka. Merida tiba di Arsenal seawal usia 16 tahun cuba mengikuti jejak langkah Fabregas dari akedemi Barcelona tapi hanya mampu membuat 16 kemunculan dengan 2 bijik gol.Gol cantik ke atas Liverpool dalam carling cup dan juga gol yang melegakan di Reebok Stadium.Jadi apa yang kita dapat? Seperti permainan mery go round, ia berpusing-pusing dan pusing lagi dan adakah ia akan sentiasa berulang? Wenger mencungkil bakat2 baru dari setiap pelusuk benua sebelum menyaksikan mereka hanya sekadar sempat belajar.Sekadar belajar, tak habis grad pun tapi terpaksa meninggalkan Arsenal demi kepentingan kerjaya atas alasan sukar mendapat peluang.
Perkara ini amat merisaukan. Kita mungkin tidak akan berapa rasa kehilangan Merida kerana kita sedia maklum corak fizikal dalam English Football seperti tak sesuai baginya malah kita sebenarnya tidak sempat pun merasai magic yang dicanang2 pada namanya tetapi jika perkara ini tidak dipantau mungkin ia boleh berlaku pada nama2 lain jugak.(Abaikan kes Cesc walaupuan anda boleh nak kategorikan dalam kes yang sama ketika isu hangat ini) .Jack Wilshere sebagai contoh, Lansbury jugak. Adakah mereka ini akan mengalami nasib yang sama.Yang lebih memeningkan apabila kita melihat pemain2 yang sudah terlebih mendapat peluang dan mengecewakan masih lagi berada di atas dalam senarai pecking order menutup peluang pemain2 ini untuk menunjukkan kemampuan mereka.Bagaimana Denilson , Diaby atau Walcott mendapat peluang demi peluang adalah pastinya sesuatu yang dicemburui.Bukan aku nak mengatakan bahawa batch2 Lansbury Barazite dan Wilshere ini lebih bagus atau tidak daripada Diaby mahupun Denilson tapi apa yang cuba aku nyatakan di sini adalah Wenger perlu memberi peluang sama rata dan menilai dengan adil. Lumrah hidup, Wenger mengambil mereka yang berbakat dan tidak semuanya akan berjaya di Arsenal.Tetapi adalah sayang dan satu kesilapan jika Wenger terpaksa melepaskan bakat2 ini untuk tidak membunuh kerjaya dan peluang mereka yang digelar 'first team' wannabe ini. Dengar cerita Vela juga sudah mengeluarkan bunga2 tentang masa depannya di Arsenal.
Berbalik semula kepada kes Cesc. Dalam posting terdahulu aku pernah berkata mana mungkin satu perjumpaan sulit berlaku jadi aku akui aku tersilap, pertemuan itu telah pun berlaku cuma isinya sahaja yang kita tidak ketahui.
Mengikut apa yang keluar dari mulut Cesc, masa depannya kini terletak di tangan Arsene Wenger kerana berdasarkan kontrak semasa, Arsenal sekarang ini yang mempunyai kuasa. Jadi semuanya terletak di tangan Wenger.Jika Fabregas pergi, itu adalah keputusan Wenger yang melepaskannya-Adakah itu yang Fabregas cuba sampaikan?? Cuba bermain dengan ayat selalamat untuk melepaskan diri , sebenarnya jika niat di hati ingin pergi tidak perlu menggunakan nama orang lain.Apa kata Buat pengakuan terbuka sama ada Arsenal atau Barca di hati.Tapi siapa tahu, sukar berada di kedudukan Cesc sekarang, umpama cinta tiga segi, masalahnya di sini, dirinya adalah analogi kepada seorang wanita. Seorang wanita yang telah mengikat tali perkahwinan tetapi dipikat oleh seorang lelaki lain atau nama saintifiknya kekasih gelap aka Diaby.Kerana jika analoginya berkeskan lelaki tiada masalah, dia boleh kahwin dua.Jadi Dia cintakan kedua2nya, tapi biasanya orang akan berkata first love memang sukar dilupai.Siapakah firs Love Cesc, Barca.
Namun kasih sayang Arsenal tidak berbelah bahagi terhadapnya shingga sanggup berkorban melepaskannya semata2 ingin melihat Dirinya bahagia.Di situ, Cesc mula terpikir kembali betapa cintanya Arsenal kepadanya dan dia mula mempersoalkan betulkah tindakannya.Mengapa harus pergi ketika sedikit pun rasa tidak rasa tak dihargai. Bahagia? of course. Gembira? Disayangi? Peminat merata dunia. Pangkat harta? Kapten malah pemain paling mahal dibayar gaji. Satu sahaja, piala? adakah ia alasan cukup untuk meninggalkan cintanya yang sekarang ini, dia pun tidak tahu lalu merelakan masa depannya ditentukan Arsene.Mungkin dia sebetulnya tidak kisah jika masih lagi menyarung jersi Arsenal musim depan cuma ialah, hati mana tak terusik jika rakan2 kampung boy mandi sesungai dulu ajak balik kampung dan adakah akan ada masa yang boleh memberi jaminan bahawa dia dapat peluang lagi beraksi bersama batch2 Spanish seperti Villa,Xavi Iniesta, Pique,Puyol Tarzan dalam satu team.Itu sudah cukup untuk memikat hatinya.Jadi dia pergi kepada Wenger dan meluahkan hasrat, "kan best kalau..bla bla bla..Tapi gua happy kat sini" dengan harapan agar Wenger faham2 sahajalah -Kuatkan pasukan atau aku demand macam2! lagi..Ini mungkin satu wake up call buat Wenger.Arsene pelu melakukan sedaya yang termampu untuk memastikan akar tunjang kepada projeknya ini tidak perlu ditanam kembali(dicari ganti).Masa untuk mengukuhkan akar tersebut dengan baja2 yang bermutu. Apapun,jika Fabregas masih sudi menyarung jersey merah putih untuk semusim lagi, Cesc mungkin mempunyai DNA Barca dalam darahya tapi jiwa gooners dah melekat pada hatinya.
Ahad, 30 Mei 2010
Merry-Go-Round di Arsenal.
6:53 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan