Semangat melawan sehingga wisel penamat.Arsenal bangkit dari ketinggalan 0-2 sebelum akhirnya seri 2-2, untuk menghidupkan peluang ke separuh akhirdalam match yang penuh turun naik.Bang Brahim yang perlu menunggu 10 match untuk score bertemu kelab Inggeris menjarinkan 2 bijik hasil persembahan yoyo 'from hero to villain' Mr. Almunia sebelum sekali lagi meloloskan diri menambah satu bijik.Walcott yang dimasukkan sebagai super sub memberi talianhayat kepada Arsenal sebelum Fabregas menyempurnakan penalti hasil foul yang boleh didebatkan oleh Puyol.Puyol dilayangkan kad merah sejurus insiden itu dan akan terlepas aksi bersama Fabregas dan Pique yang masing2 menerima kad kuning. Menambah kerisauan adalah, Gallas dan Arshavin terpaksa dikeluarkan ketika separuh masa pertama akibat kecederaan.Turut serta adalah Fabregas yang terhincut2 serius selepas menyempurnakan sepakan penalti.Kedudukan 2-2 seperti satu advantage kepada Barcelona melalui away goal tetapi dalam bola sepak apa2 sahaja boleh berlaku.
Itulah seronoknya menyokong Arsenal ini kerana banyak drama yang boleh berlaku, sekejap kita high, sekejap kita tersembam di kerak bumi.Tapi result tadi membuktikan pemain terus komited selagi belum pengadil yang tak berapa nak best tadi meniup wisel penamat.Pada satu ketika kita nampak seperti budak-budak yang dibuli tapi brapa lama lah sangat Barca boleh main dengan tempo macam tu menjadi satu persoalan.Arsenal memulakan perlawanan dengan Gallas dan Fabregas yang was2 dimasukkan dalam kesebelasan utama, sama seperti yang dijangkakan dalam prematch. Sebaik. wisel permulaan semuanya berkenaan Barcelona, master of possession.Ke masa sja bola dituju, ada saja pemain berjersi kuning, laju pun laju macam peluma basikal berjersi kuning.Setiap kali terlepas bola, kepantasan merampas kembali penguasaan bola mereka cukup mengagumkan.Ape jadah nak main macam ni?Teruk Arsenal diperkotak katikkan, hilang punca.Dalam tempoh 15 minit pertama sekurangnya2 5 shot on gol yang kompom masuk daripada Busquets,Xavi, Messi dan Bang Brahim.Semuanya diselamatkan Almunia yang beraksi gila2 selepas aksi gilanya di St Andrews.Dah aku spekulasikan dalam pre match sebelum ini, ini mungkin fear factor sebab ada Gallas yang membuatkan dia kecut perut memandang riak 'wajah seperti orang tak dapat gaji' Gallas.
Jumlah pemain2 tengah Arsenal meloloskan diri dari Busquets Keita dan Xavi boleh dikira.Puyol dan Pique yang dikatakan sebagai bahagian lubuk Barcelona seperti bersiar2 makan angin melayan kunjungan ramah dari Bendi.Begitu juga Valdes yang kalau nak p kantin minum aya' pun kamera takkan fokus kat dirinya kerana bola tak pernah sampai.Begitulah dasyatnya kita di outplayed oleh Barcelona yang jelas tangkap syok dengan padang yang memang terbaik untuk corak permainan diamalkan mereka.Pada satu ketika possession menunjukkan penguasan Barca 70% -30%. Paling rapat kita hampir adalah bola lencongan Nasri yang nyaris2 membuatkan Valdes menggelupur tapi sipi2 ke sebelah tiang kirinya.Nasib malang Arsenal seakan2 mula berbau apabila tak samapi 30 minit eraksi, Arshavin terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, penggantinya adalah Eboue yang mempunyai larian direct serta mampu memberi perlindungan di sebelah kanan bersama Sagna.
Hantaran lintang Nasri ke Bendi disepak tepat ke Valdes sebelum rebound disepak tepat sekali lagi tapi mencium tiang, namun hanya sia2 kerana linesman awal2 lagi dah angkat bendera offside.Paling kurang pun, dapat mencuakkan Barcelona dan menaikkan semangat penyokong dan pemain.Bau malang terus menusuk hidung apabila Gallas terpaksa diusung keluar, sekali lagi mukanya ketika itu seperti ditipu ah long.Jelas kecewa setelah sekian lama terlepas aksi,entah berapa lama dia akan kempunan selepas ini.Walaupun mempunyai option dlam Campbell, Wenger risau akan kepantasan tempo Barcelona yang tak terkejar dek pemain England itu lalu memasukkan Denny boy , Song diturunkan mengambil posisi Gallas. Berapa minit jek lagi nak habis wisel half time, Fabregas dilayangkan kad kuning yang jelas mengarut kereana replay menunjukkan dia berjaya mendapatkan bola.Kapten Arsenal terduduk memberi gambaran kekecewaan kerana dia tahu dia bakal terlepas aksi di Nou Camp.Pada aku, ia mungkin hikmah di sebalik malapetaka, kerana Fabregas tak perlu lagi berhati2 menjaga perilaku dan boleh bagi all out kerana dia hanya tinggal 45 minit untuk membantu Arsenal pada peringkat ini.
Separuh masa kedua, tak sampai 30 saat, Almunia mengambil kesempatan atas ketiadaan Gallas untuk melakukan 'rutinnya'.Save bola2 susah tapi diperangkap dengan kesilapan2 mudah budak sekolah.Frust dengan short pass, Barcelona main long ball melalui Pique yang melihat Bang Brahim tidak dikawal, dalam masa yang sama Almunia dah terkeluar dari garisannya serba salah nak patah balik, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, hilang member, terlajak lari? mampuih nak ligan....sekali lagi terkapai2 melihat bola lob Zlatan menjunam ke dalam gawang.Seperti dijangka, Barcelona dah dapat sebijik away gol dengan mudah pulak tu.Arsenal cuba memberi respon, hantaran lintang Clichy ditanduk tepat ke arah Valdes menampan nampak macam tampan/handsome padahal direct kat dia jek.Arsenal collapsed lagi.Sekali lagi Bang Brahim dibiarkan meloloskan diri di ahagian Clichy akibat hantaran Xavi yang gagal ditanduk Mael.Tidak menghiraukan member2, Zlatan merembat kencang melepasi jari jemari Almunia yang hopless ketika itu.
Segalanya tampak berakhir buat Arsenal tapi kita tidak mudah switched off seperti game2 besar sebelum ini. Wenger tahu kalau nak ubah taktikal, mestilah berani melakukan pertukaran.Aku ingat dia terlampau berani pada mulanya sebab pada mulanya Nasri yang dipanggil untuk dikelurkan, gila! Rupanya hanya tersalah komunikasi maka Sagna yang dikorbankan. 2 pertukaran telah pun dilakukan jadi tinggal seketul lagi, kali ini Wenger perlu bijak dan tepat.Gamble nya berbalas beberapa minit selepas itu apaila Walcott dengan senjata lariannya mengutip bola dari Bendi sebelum merembat dari arah kanan sambil dianalisis oleh Capello dan Baldini dari tempat duduk atas.Walcott menunjukkan pada Henry bagaimana dia menjaga imej jersi bernombor 14.Oh sebelum itu, Sven Goran jugak bersama2 meremerhatikan gelagat Eboue untul pasukan barunya. 1-2 untuk Arsenal, hendusan nafas kembali kedengaran.
Emirates kembali gegak gempita apabila minit ke 77, kepulangan Henry disambut dengan standing ovation dan tepukan gemuruh.Tapi kemasukan dia yang bagai nak tak nak, tidak memberi impak, bukan seperti Henry yang kita kenali dulu. Lagi 7 minit nak habis, Bendi menanduk dari hantaran lintang untuk set up Fabregas yang tinggal nak sepak. Di situlah pengadil ternampak foul dari Puyol yang pada pandangan pertama nampak seperti Fabregas yang tersadung di celah2 kaki Puyol ketika berhasrat untuk menghaun.Mungkin itulah keadilan akiabt kad kuningnya.Puyol dilayangkan kad merah dan mengambil masa terhegeh2 untuk keluar padang bajet psycho. Fabregas tenang menyempurnakan penalti tapi perassan kita tidaklah setenang yang disangka apabila mendapat tahu Fabregas terhincut dan mengalami kecederaan sejurus selepas sepakan itu.Kesemua slot sub telah diguna pakai, nak taknak , Fabregas menggagahkan diri bagai pejuang di tengah padang dalam keadaan kesakitan walaupun dia sepatutnya dikeluarkan sebagai langkah berhati2. Pep membuat pertukaran memasukkan Milito bagi menggantikan permain terbaik dunia yang bukan terbaik malam ini, Messi. Messi seperti agak messy malam ini, begitu senyap.Turutt inigin diulas,seorang lagi pemain yang tidak mencapai standard adalah Diaby.
Apa2 pun perlawanan yang menarik menghiburkan, mendebarkan dan menaikkan semangat.Bangkit dari ketinggalan 2-0 kepada team seperti Barcelona menuntut suatu yang istimewa dari sesebuah pasukan.Fikiran singkat buat masa ni adalah peduli apa dengan away gol, yang penting kita berjaya mengelak kekalahan.Mungkin esok lusa barulah kita berdiskusi bagaimana untuk overcome masalah away goal ini.Hanya dengan kemenangan atau seri bergol-gol di Nou Camp sahaja membolehkan Arsenal layak.Pendek kata pesta jaringan bakal dijanjikan dalam 2nd leg nanti. Terima kasih Arsenal dan Barcelona atas 90 minit yang tidak sia2.
2 ulasan:
the best, intense, heart-stopping game ever played by Arsenal's young lad.
nak tambah, Song adalah permain terpenting arsenal untuk match hari itu. klau tak main la song malam tu, adala 5-0 rasanya barcelona score. sgt2 penting. dia la stopper kepada bang brahim, messi, busquet, pedro dan xavi. (saya peminat barcelona. rasanya beli song lebih bagus dari beli fabrgas)
Catat Ulasan