Khamis, 1 April 2010

Highlights : Arsenal vs Barcelona




Daripada match ini , setelah dianalisis, beberapa perkara dapat diulas adalah :

-Wenger gamble dalam menurunkan pemain2 yang tidak 100% cergas.Terpaksa membaya harga yang mahal dengan Gallas nampaknya mengucap selamat tinggal kepada musim ini, Arshavin calf injury, satu kecederaan baru yang bakal memakan masa 2 hingga 3 minggu dan jugak Kapten kita yang menunggu scan akan mengetahui sama ada tulang fibulanya mengalami keretakan atau tidak .Worst case scenario, bakal terlepas baki musim ini atau mungkin juga World Cup.

-Pemain terlalu menghormati Barcelona.Masalah ini paling ketara di bahagian tengah.Ini mungkin kali pertama Diaby dan Song bergelut dengan pasukan sehebat Barcelona jadi dari segi psikologi seakan2 ada mental block.Xavi seorang sahaja dah boleh memporak perandakan midfield Arsenal dengan Fabregas yang tak fit hilang punca. Song,Diaby vs Xavi mencerminkan taraf pengalaman.

-Penguasaan bola mereka luar batasan disebabkan ruang yang diberikan oleh para pemain Arsenal.Kita tidak closing down, kita tak meletakkan pressure yang cukup malah lambat, kita tak cukup pressing.Tidak salah untuk bermain high line defending jika segala elemen tersebut dipastikan berkesan terlebih dahulu.Berbanding ketika pemain kita mendapat bola sekali sekala, lihatlah berapa ramai player berjersi kuning mengerumuni pemain Arsenal.Gugup menghasilkan banyak mistake dan resultnya adalah buang bola begitu sahaja.

-Aku perlu mengakui Almunia malam tadi menyelamatkan maruah Arsenal dan adalah salah satu punca kita masih boleh bersaing dengan persembahan heroicnya ketika 1st half. Malangnya, tiada manusia sempurna, reflex pantas tetapi decision making lampi. Itulah sebabnya dia terperangkap dalam gol pertama.

-Song bukanlah natural defender terutama di bahagian CB.Walaupun beraksi dengan baik dalam beberapa siri, dia kekurangan instinct yang perlu dimiliki oleh CB.CB yang  baik takkan membiarkan Zlatan mendapat ruang yang begitu selesa terutama dalam gol kedua.Kelemahan ini berjaya dieksploitasi oleh Pep Guardiola  yang memaksimumkan ketiadaan Gallas.Song jugak dalam beberapa situasi tak berupaya mengekang Messi.

-Untuk 2nd leg Wenger perlu membuat keputusan yang bijak sama ada percaya dengan Campbell atau terus gamble dengan Alex Song 

-Denilson bermain dengan penuh konfiden dan takde rasa takut.Kemasukan Denilson sedikit sebanyak mengubah rentak Arsenal dengan keberaniannya meredah tanpa rasa hormat dan segan silu.

-Diaby mempunyai persembahan yang agak hambar untuk malam tadi.Mungkin berhadapan pemain2 yang lebih teknikal berbanding fizikal, kelebihan Diaby tidak dapat dioptimumkan Wenger harus memikirkan barisan tengah terbaik dalam 2nd leg nanti.Nasri bakal dilihat sebagai perfect replacement bagi Fabregas, dan jika Song dinaikkan semula ke posisi sedapnya DM, satu slot lagi harus dipikirkan Wenger sama ada memberi Diaby peluang atau memberi kepercayaan keapada Denilson yang bermain baik.

-Barcelona tak boleh bertahan dengan tempo laju selama 90 minit.Kredit diberikan oleh Wenger kerana memasukkan Theo Walcott sebagai senjata rahsia.Maxwell memang gagal menandingi kepantasan Walcott cuma yang dibimbangkan kehadiran semula Abidal dalam 2nd leg nanti.Apa pun, aku lebih gemar Walcott dimasukkan sebagai super sub ketika pemain2 lawan semua keletihan, jika dia start dia pun akan turut serta tenggelam bersama pasukan dari mula.Eboue mungkin mengekalkan tempat di Nou Camp menggantikan Arshavin.

-Seorang lagi pemain teknikal yang dirindui adalah Thomas Rosicky.Aku yakin dia mampu memberikan sesuatu dalam 2nd leg nanti .Mungkin akan mengambil posisi Nasri. Eduardo jugak pastinya fresh setelah kempunan aksi dalam 2 3 minggu ni.Bunyi agak optimistik tapi satu lagi option pace adalah menerusi Carlos Vela, siapa tahu dia dapat membuat ala Walcott dari sebelah kiri menguburkan ego Dani Alves.

-Arsenal dibantu oleh taktikal Guardiola.Sejujurnya tidak mahu komen tentang taktikal lawan tapi aku jugak pelik mengapa Zlatan yang dibawa keluar berbanding Pedro.Memasukkan Henry yang jelas keliru di dalam dilema pun dah satu hal. Mungkin ingin menunjukkan semangat humanisasi dari Pep yang mengetahui bond antara Arsenal dan Henry.Sekali lagi paling best , apabila Tarzan diperintah keluar padang, Messi yang dipilih untuk dikeluarkan membiarkan Pedro masih di atas padang sementara muka Messi semacam frust gile.

-Melihat Gallas, Arshavin, Fabregas semuanya 'terkorban', Wenger mungkin tidak akan berani mengambil risiko dengan menurunkan RVP yang telah pun menjalani latihan tetapi masih belum match fit. Baki saingan liga selepas itu mungkin sesuai untuk dia memulakan aksi.

-Barcelona jelas dalam class tersendiri JIKA kita terlalu menghormati mereka.Tapi dalam sukan apa2 sahaja boleh berlaku.Kita  dah tunjukkan yang kita masih lagi mahu melawan dengan comeback 2 gol.Jangan sia2kan pengorbanan Fabregas yang semakin hari semakin terserlah leadership dan keGunnersannya. Berjuang hingga ke titsan keringat terakhir, jika bermati-matian  para pejuang Arsenal ini akan tetap dianggap sebagai fighters sebaik pulang dari Nou Camp walau apa result sekalipun.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: