Rabu, 10 Mac 2010

Post Match : High 5 Arsenal

Arsenal melangkah dengan bergaya mengatasi Porto 5-0 (agregat 6-2) untuk ke suku akhir Champions League.Hat-trick daripada Bendi yang melupakan badi Sabtu lalu, world class goal dari Nasri, counter attack Arsenal dan Eboue serta yang paling penting clean sheet! Campbell mendapa sambutan hebat dek kerana home debutnya di Emirates tapi nampak agak sedikit off dalam beberapa situasi pada mulanya.Namun lama kelamaan gandingannya dengan Mael yang begitu mantap dan superb hari ni kembali membina dari setiap minit hinggalah ke akhir perlawanan.

Arsenal memulakan perlawanan dengan mengetahui 1 gol tanpa balas sudah cukup untuk tiket ke pusingan seterusnya bersandarkan kepada kelebihan gol away Campbell. Tapi Arshavin dan Bendi dan rakan2 tak pedulikan semua tu, bermain seperti biasa, tanpa tekanan dan gol tersebut pasti datang. Di akhirnya, separuh masa petama gandingan kedua2 pemain tersebut menghadiahkan kelebihan 2 gol dengan kelegaan nampak di riak wajah Bendi berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang.Kalaulah gol pertama tu tak masuk dengan gol yang dah terbuka luas, pasti bertambah beban otak nak memikirkan apa yang tak kena.Arshavin jugak terlepas peluang untuk menjadikannya 3-0 apabila menyepak tinggi bola cantik dari Nasri, sedikit kehambaran teknikal dari Arshavin tapi bila suis dia on balik, pemain Russia ini betul2 menyusahkan pertahanan lawan.Arshavin terlibat dalam 3 gol malam ini,

Separuh masa kedua, Arsenal agak drop sedikit dalam 15 minit pertama.Porto mula mengasak dan mencuba dari segenap sudut tapi takde apa pun yang menggelabahkan Almunia kecuali yang aku ingat tendangan Falcao tepat ke arahnya walaupun fumble tapi berjaya menyelamatkan keadaan hasil pendinding Mael. Eboue dimasukkan mengganti Rosicky untuk memberi kesimbangan defend dan attack.Tak lama selepas itu segalanya bertambah baik buat Arsenal.Sebelum match ni, Wenger beriya2 memuji Nasri sebagai pemain yang smart, control dan drible cun serta semakin meningkat. Dalam tempoh beberapa saat dia membuktikan apa yang Arsenal cakap semua tu adalah benar belaka. Mengutip bola dari luar penjuru kanan kotak penalti, Nasri memperdayakan 3 pemain Porto di celah2 ruang sempit sebelum meledakkan tendangan peluru dari sudut sukar.World class goal tersebut memang pakej lengkap dengan dribbling, skill dan finishing yang mantap.

Belum habis terbawak2 dengan gol indah sebentar tadi, Arsenal menambah kegembiraan penyokong dengan counter attack - ini memang Arsene Wenger syok sangat gol2 macam ni sampai dia pun melompat sekali. Tak sampai 2 minit dari gol Nasri tendangan sudut Porto berjaya dikeluarkan tak silap aku oleh Clichy, Arshavin mengutip bola dari arah kiri, mara ke depan menunggu timing yang baik sebelum melepaskan kepada Eboue . Pemain yang kini kembali menjadi kesayangan ramai menggelecek keeper sebelum menolak bola dengan kaki kirinya, siapa cakap Eboue tak boleh buat macam tu.huhu.Melihat pasukan mereka diratah sedemikan rupa,Bruno Alves dan Hulk pastinya menangis dari dalam walaupun muka bengis. Tidak habis di situ sahaja, last2 minit Arsenal berjaya mendapatkan penalti melalui tidak lain dan tidak bukan, Eboue.Bendi melengkapkan hat-trick pertama dalam kerjaya profesionalnya.Aku tertarik ketika pengulas memperkatakan bahawa bukan sahaja keyakinan Bendi akan bertambah tapi Egonya jugak, malah dia bukannya kurang keyakinan diri tapi usianya yang muda membuatkan segala cakap2 besar dan yakin itu ditafsirkan ego.Melihat mukanya yang mengunyah chewing gum dan buat2 cool, memang orang akan nampak satu kekerekan karakter di situ tapi pedulik apa semua itu jika selagi dia menjaringkan gol dan betul2 bagus di atas padang.Tapi kalau sebaliknya, mungkin ada point.

Ref agak pemurah pada malam ini.Tapi apa-apa pun Arsenal selayakanya menang dan melangkah ke suku akhir UCL. Tahniah kepada para pemain.Fokus kembali kepada anak2 buah Phil Brown.


1 ulasan:

iLhAm_bEcKs berkata...

xnyesal aku xtdooo..
huahua..
dgn tenet nye yg xd..
aku gagah kan nk tgk!!
hip hip hOooray!!