Rabu, 24 Februari 2010

Sembang Eboue dan Walcott

Kemenangan Sabtu lalu kurang memberangsangkan sebenarnya dari segi persembahan,Tapi apa pun sudah cukup untuk melegakan kerana yang penting tiga mata.Nampaknya Arsenal kadang kala terpaksa win ugly, itulah salah contoh situasinya.Cuma yang  nampak adalah sumbangan bermakna Eboue yang memberi lebih directness dalam serangan Arsenal.Berbeza dengan Sagna Eboue lebih berkesan apabila Arsenal mara ke hadapan dengan lebih gemar cut in serta menarik defender sedalam2nya dan paling best sekali 'curi' foul. Tapi diharap dia tak perlulah overacted sangat apabila berguling2 di padang kerana aku tak suka mana2 pemain sekalipun yang tidak jujur walhal Wenger sendiri bermati2an menegakkan fair play.



Berbeza dengan Sagna yang suka crossing kepada linesman bertentangan, penyokong di belakang goal post dan jurukamera, untuk bertemu team2 yang atas ketas boleh makan, kredit kepada Wenger kerana berani melakukan perubahan taktikal di situ.Eboue pernah diboo dan dihentam hebat ketika bertemu Wigan musim lepas tapi perlu diingat di manakah posisi yang Wenger letakkannya pada ketika itu.Outposition di sebelah kiri menggantikan Nasri, Eboue mengalami hari yang sukar dan pasti teringat sampai mati.Aku bukan nak memuji berlebih2 Eboue hanya berdasarkan satu perlawanan tapi kredit kepadanya kerana terus bersabar dalam skuad ,menanti peluangnya dan menjadi penceria bilik persalinan(The Joker) ketika pasukan2 lain menghidu versatility pemain Ivory Coast ini.Nampaknya Walcott perlu lebih  masa dan belajar untuk menjadi lebih effective.



Cerita sana sini pasal Walcott.Biasalah, media England jadi Walcott ni umpama bintang yang tak menjadi seperti mana yang diharapakan. Selepas dipanggil secara mengejut oleh si Goran ke World Cup Germany dulu, satu dunia bola sepak sedang ternanti2 apakah bakat dan apa istimewa sangat budak ini.Beberapa persembahan turun narik mencurik tumpuan dan biasalah jika anda pemain England, media akan membantu anda gila2 tapi kalau foul tu memang siap sedialah untuk kritikan yang melampau.Walcott di usia hampir 21 ini telah menunjukkan tak banyak tapi sedikit ,janji ada,  kebolehannya-hattrick England,larian Liverpool,San Siro dan apa lagi?- Tapi masalahnya, masalah kecederaan hampir kesemua anggota badannya, memang tak banyak membantu tumbesaran.Terkehel bahu sana sini, lutut, buku lali semuanya sudah rapuh di usia muda. Jadi dari segi sains sukan tu macam mana nak cakap tu aku pun tak berapa nak pakar tapi mungkin secara kasarnya boleh didefinasikan sebagai kurang protection.Terlalu terdedah kepada spotlight , jadi tumpuan fizikal dan mental terbeban. Perebutan sama ada sepatutnya skuad senior England atau bawah 21 jugak mengelirukan statusnya sama ada sedia atau tak sedia walaupun dia sendiri melanggar pantang Wenger untuk bermain, maka terpaksala bayar bayaran yang setimpal. Memang kadang kala sakit hati dan hilang sabar melihat aksi bersahaja dan tidak konsisten pemain muda yang dikatakan harapan tapi bila dipikir2 mungkin masalah kecederaan masih menghantuidirinya, mental tak cukup kuat kerana tidak dikelilingi oleh ramain pemain2 yang berpengalaman dan kurang winning mentaliti dalam skuad yang ade sekarang.

Melihat kepada projek Wenger ini apekah protection yang akan diberikan kepada pemain2 yang digembargemburkan seperti Merida ,Wilshere malah Vela sekalipun, adakah mereka sudah bersedia dan mampukah mereka bersabar menanti peluang jika Wenger masih belum yakin dengan kemampuan mereka. Mungkin Wenger dapat belajar sesuatu dari kes Walcott tapi aku nampak Ramsey mungkin ada masa depan yang cerah di Arsenal dan bakal menjadi nadi penting.Apepun ikut logik akal, walaupun tak meningkat sama seperti batchnya Milner, Agbonlahor, Young,Lennon Walcott masih 21 dan peringkat umur yang mentah., mungkin lampi mungkin jugak 'processor' nya bermasalah.Oi berapa banyak mungkin lah! Bila aku maki ketika satu2 game tu hanyalah emosi pada ketika itu tapi aku akan memberi masa sehinggalah umurnya 23 mungkin, kalau tak settle2, memang satu lagi Jeffers la jawabnya.'Mungkin' lagi..huhuh. Aku percaya dia kini hanya kurang bernasib baik, harinya akan tiba.


0 ulasan: