Khamis, 25 Februari 2010

Eboue mithali

Selepas beraksi cemerlang minggu lalu, Eboue meneruskan kehidupan sosialnya dengan tidak lupa berbakti pada masyarakat setempat.Selain terkenal sebagai pelawak dalam pasukan walaupun kadangkala reputasi badutnya di atas padang, di luar padang Eboue menunjukkan profesionalisme sebagai seorang pemain bola sepak yang masih lagi perihatin terhadap tanggungjawab dalam sesebuah komuniti. Saksikan lawatan amal Eboue ke Hargrave Park Primary School dan bermanja bersama budak2 sekolah tersebut.Kehadiran Eboue disambut umpama santa clause bagi mereka.


Di bawah pulak ialah lawatan amal Theo Walcott pulak bermain bowling padang.



Hai..ini minggu depa ke, berita tak habis2.huhu. Bercakap pasal persaingan liga, Sol Campbell yakin Arsenal boleh juara, jadi mengapa anda tidak? Syaratnya, Arsenal perlu mengumpulkan segala kekuatan dan menang kesemua game bermula dengan kunjungan sukar ke Stoke Sabtu ini.Diaby masih belum diketahui nasibnya manakala Eduardo mungkin boleh kembali .Jika tiada aral melintang, Campbell akan menggantikan tempat Gallas jika pemain berjersi no 10 itu masih terpaksa diketepikan. Nampaknya Silvestre akan kembali dibangkusimpankan..2 kali terakhir kita ke Britania Stadium kita pulang dengan tangan kosong.Jadi aku harap kata2 Bendi untuk membalas kepercayaan Wenger bukan hanyalah omong kosong jugak.


0 ulasan: