Khamis, 18 Februari 2010

Schoolboy error, berapa besar Arsenal perlu bayar?

Melihat aksi Arsenal malam tadi terutama Fabianski membuatkan demam aku bertambah parah.Sakit hati dan sakit kepala tapi itulah yang terpaksa ditanggung Arsenal apabila badut diganti dengan juggler Fabianski Fumble-anski. Agak2 bagaimanakah kesan 2 gol ni terhadap peluang Arsenal dalam kalah mati seperti ini.Memang posisi penjaga gol semakin parah buat Arsenal dan ada eloknya untuk Wenger memberanikan diri memberi peluang pula kepada Manone.Sekurang2nya mereka diberi peluang sama rata untuk menunjukkan aksi sama ada lucu atau spontan .Manone juga seingat aku belum merasa 'nikmat' kekalahan setiap kali menyarung sarung tangan bersama skuad utama Arsenal, apa kata melayan Sunderland nanti dia kembali.



Kalau nak dikritik dan diletakkan kesalahan pada seseorang individu seperti Fabianski memang takkan habis ini kerana bak kata Wenger 2 2 gol yang dilepaskan semalam agak2 jarang, pelik dan sukar ditemui dalam perlawanan UCL apatah lagi UCL kalah mati.Bercakap mengenai gol2 tersebut, lupakanlah gol pertama kerana ia memang sangat2 kelakar tak ingat lebih daripada peserta raja lawak musim ini.Yang hendak dibicarakan pastinya gol kedua yang pada Wenger tak patut.Fabregas pulak mengakui kalau dia berada pada situasi itu dia akan melakukan perkara yang sama.Tapi kalau mengikut nostalgia Henry, semua yang dilakukannya itu adalah dari luar kotak penalti.Dan ini pulak adalah sepakan freekick dalam kotak penalti akibat keeper menangkap back pass-suatu yang hanya kadang kala berlaku. Jadi pastinya player menanti tiupan wisel Reff dan menjangkakan takpe kut terhegeh2 nak bina benteng.Namun itulah dia bola sepak, sepatutnya pemain lebih alert dan Fabianski sendiri sepatutnya menangguh2 kan freekick alang2 bodoh biar dapat kad kuning sekalipun, malah Campbell sepatutnya menghalang sepakan itu dari segera diambil.Tiada guna untuk berbicara tentang pengadil kerana umum sedia maklum dengan kontroversi sebelum ini, dialah yang menghadiahkan tiket untuk France ke Piala Dunia apabila terlepas pandang handball Henry. Walaupun beberapa keputusan pengadil itu tidak menyebelahi Arsenal seperti Rosicky yang jelas dikasari dalam kotak penalti serta Cesc yang menjadi mangsa terjahan2 melampau, Arsenal perlu menyalahkan diri sendiri.


Secara keseluruhan ia adalah satu perlawanan yang menarik dan open game.Aku lihat beberapa kali pemain2 kita diberi ruang  namun kita tak berdaya memaksimumkan tanpa keupayaan pemain2 licik seperti Arshavin dan atau mungkin Eduardo.Aku percaya kalau Porto still main open macam semalam di Emirates nanti, Arsenal takde masalah dengan harapan kembalinya watak2 penting ke dalam pasukan dalam masa 2 minggu dari sekarang.Dan Gol Campbell tersebut? Wow.. macam fairy tale tapi tersalah landing endingnya.Siapa sangka dalam banyak2 pemain, Sol Campbell yang memberikan gol yang boleh jadi penting jugak dalam tie kali ni. Ini merupakan 2 gol berturut2 bagi Campbell dalam pentas Eropah kali terakhir dipisahkan 3 setengah tahun yang lalu ketika final di Paris. Campbell sendiri bermain dengan cukup baik dan kombinasinya bersama Mael mengena tapi itulah pasal, 2 gol bolos memburukkan statistik mereka di atas kertas.



Bertenanglah.Kita hanya kurang bernasib baik.1 gol yang dibawak ni pun mungkin dah boleh jadi penting.Walaupun takde kaitan tapi masa2 inilah aku teringat bagaimana Russia dan Arshavin yang menjadi pilihan untuk ke Afrika gagal hanya kerana 1 gol yang dilepaskan di tempat sendiri.Jadikan ia sebagai motivasi malah Arshavin pastinya hendak merasa berada di pihak yang lain(menang ) pula.Aku yakin kita mampu bangkit dan lebih berjaga2 dengan perlawanan 2nd leg nanti.Masih ada harapan dan peluang. Fokus kita bertukar kembali kepada Sunderland.teruskan MengGunners..


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malu beb malu...kene bahan kaw2 punya dgn team line...badut punya keper bodo...sia2 tahan tido..last2 nengok badut jage gol

tahiayam berkata...

diam la kau celaka anak chelsial..tgk team ko nnti leh blah ke x...

Mie berkata...

yup..henry pernah buat macam tuh..tapi dari luar kotak penalti..kes semalam plak inderect free kick dalam jarak 5 meter je..kalo macam tuh baik ref bagi gol free jeh..sepatutnya Fabianski nih lengah²kan game buang bola ke tak kisah lah kena kad kuning as long teamate boleh sempat buat benteng.aku tgk si vermalen dah siap panggil bebudak ni alih² je dah goal..