Rabu, 17 Februari 2010

Pre Match : Fokus UCL kembali


Gallas , Almunia, Eduardo.Ketiga2 mereka adalah nama baru yang terpaksa diketepikan menjadikan mereka sepuak bersama Arshavin, Song, RVP, Gibbs, Jozan. Hanya Carlos Vela yang pulih dari kecederaan lutut dan disenaraikan dalam 18 pejuang ke Porto.Form Porto sekarang boleh tahan.12 match tanpa kalah dan Wenger sendiri sudah senariakan Porto sebagai salah sebuah dari 10 pasukan yang boleh menang UCL musim ini.Sejak jadi juara bawah Mourinho , pencapaian tertinggi mereka adalah suku kahir tapi setiap musim pasti memberi saingan dan ancaman.Arsenal jugak sebelum2 ini pernah disatukan bersama dalam peringkat kumpulan musim2 sebelum ini dan rekod ke sana tak berapa la bagus sangat tapi memadangkan tiada tekanan diletakkan untuk match2 ketika itu berbeza dengan situasi sekarang,kalah mati.Bagi aku, kunjungan ke Porto adalah dengan misi jangan bolos, ataupun kalau tak mampu bertahan, score sebanyak mungkin kerana away goal memang penting dalam draw yang tight macam ni.Menang adalah satu bonus.

 

Dek kerana Almunia yang terkehel jari-entahlah suatu yang diimpikan atau tidak pun aku tak pasti tapi sekurangnya2 inilah peluang untuk Fabianski atau Mannone menunjukkan keupayaan kerana posisi penjaga gol sekarang ini agak kritikal.Aku sebelum ini agak lantang mengkritik Almunia jadi aku bertanggungjawab atas segala ulasan andai kata Fabianski dan Manonne jugak tak mampu mencapai standard ang diperlukan.Tapi nak buat macam mana, dah itu jek pilihan yang kita ada sekarang sehingga tamat musim ini.Apa2 pun kita perlu berdiri di belakang tiang gol mereka tak kira siapa anatara ketiga2 mereka yang menjadi benteng terakhir.

Tempat Gallas pastinya diisi oleh Sol Campbell yang mendapat kepercayaan lebih berbanding Encik Silvestre.Wenger kurang gemar idea untuk menggandingkan kedua2 CB kita berhaluan kiri maksud aku left footed. Orang yang paling syok dan lega pastinya Wenger kerana time2 macam ni laa dia nak buktikan yang pembeliannya penjimatannya memang berbaloi2.Secara jujurnya aku tak nampak peluang untuk Campbell sarung jersey Arsenal lagi selepas Mael disahkan ok untuk menentang United minggu sudah2 dan terfikir bila laa dia nak buat home debut dengan FA Cup dan Carling Cup kita dah tersingkir. Jadi , mungkin ada logiknya signing Wenger ini kerana melihat aksi bertemu Villa , Campbell lebih diyakini berbanding Silvestre.
 
Sedang Bendi merupakan jawapan kepada ketiadaan Arshavin dan disokong oleh Nasri dan Rosicky, pilihan Wenger, Denilson bagi menggantikan tempat Song pastinya suatu yang masih diragui.Sejak dia berlari2 anak tanpa sebarang usaha ketika gol Rooney, Denislon telah dibangkusmpanankan dalam kedua2 matchs elepas itu.Mungkin juga kerana kepulangan Diaby, match winner minggu lepas atau Wenger sendiri sudah muak dengan liabiliti Denilson yang bermain dengan kecederaan tulang belakang.Harap dia dah habis muhasabah diri dan memberikan persembahan yang nampak caring kepada Arsenal.Atau aku tidak menentang idea Wenger meletakkan Eboue di situ sepertimana yang pernah dilakukannya suatu masa dulu cuma itu masa terdesak, mungkin dia lebih diperlukan di bahagian flank.Ini bermakna jika Denilson belum bersedia, kita mungkin boleh melihat gandingan Diaby Eboue dan Fabregas dengan Walcott akan dimasukkan sebagai gantian.

 ------------------Fabianski-----------------
Sagna-------Cmpbell----Mael--------Clichy
------------------Denilson------------------
-----------Fabregas-----Diaby-------------
------ Rosicky------Bendi-----Nasri-------

Astro 813 3.45 AM. Porto 0 - Arsenal 1.Hulk Who?


4 ulasan:

jintanmanis berkata...

cmne nk buat garis mcm potong tuh utk ayat "pembeliannya" tu?

tlg tunjuk ajar..

Tanpa Nama berkata...

hahahaha arsengal kalah dengan punca si mawas gemuk bagi passback to keeper....dan keeper arsengal pun menangkapnya........sgt ketara kebodohan itu....

Gunners & Roses berkata...

Alop jintan masnis dalam post option dia ada bagi menu pilihan untuk strikethrough.. guna tu jek.harap dapat membantu.

jintanmanis berkata...

tenkiu bro