Rabu, 10 Februari 2010

Pre Match : Rindukan kemenangan.

Ini adalah perlawanan ke 4 dari tempoh fixture genting bagi Arsenal.3 daripadanya sebelum ini, Arsenal hanya mampu mengutip 1 mata sahaja.Memang dasyat dan tak dijangka kita kene pukulan KO semaut ini.Namun musim masih berjalan dan tidak ada apa untuk Arsenal ambil sambil lewa kerana setiap perlawanan dipandang serius.Kata Wenger apabila adakah  match pagi nanti must win punya, Wenger dengan slumber menjawab, "ade ke match yang must lose?...musti mari!!! "

Tatkala kita melalui tempoh sukar, Liverpool pulak telah mengubah nasib malang mereka, dan yang paling aku takut, nasib itu bertukar dengan kita.7 match tanpa kekalahan walaupun tanpa Torres menyaksikan mereka dah mula dapat rentak dan kemenangan 10 orang ke atas rival Everton Sabtu lalu pastinya menjadi pembakar semangat.Gerrard mengangap kita seperti singa yang luka yang dahagakan kemenangan, Benitez yang pada mulanya dikecam hebat kerana membawa Liverpool ke lembah malang seperti ini pulak tiba2 pandai untuk berstartegi.Katanya dia akan mengikut carbon copy yang ditinggalkan oleh Man United dan Chelsea dan akan menyerang Arsenal melalui counter attack.Aku rasa Benitez perlu mencermin diri dahulu dan baik risau tentang taktik pasukannya dari bercakap tentang kelemahan Arsenal.Benayoun dan Torres tidak akan turut serta,itu yang rafa patut risaukan,

Jadi bagaimana taktikal Arsenal, apa percarturan Wenger. 2 kali dah silap.Hari ini Arsenal hanya perlu menghalang Gerrard dari gol free kick , sepakan jarak jauhnya dan tap in melalui Kuyt.Nampak mudah? tapi tak semudah itu jika Clichy terus dengan off form nya dan crossing Sagna yang ke laut.Eduardo bernasib malang apabila sekali lagi disahkan tidak dapat beraksi untuk ke berepa kali dah.Aku harap prediction untuk dia beraksi bertemu Porto benar.Bendi pulak belum benar2 sedia match fit.Nampak gayanya Arshavin masih perlu diharap walaupun kurang tajam 3 match sebelum ini.Vela? tiada berita.Tapi ini Emirates, janga dilupa, ini Emirates rumah kita, tempat Encik Mat bersantai2 maka kemenangan adalah wajib dan nampak optimis.Arshavin akan score kerana dia betul2 'sayang' Liverpool..

-------------------Almunia-------------------
Sagna-------Gallas-----Mael---------Clichy
-------------------Song---------------------
------------Fabregas----Diaby-------------
-----Rosicky-----Arshavin-----Nasri-------

Bendi Eboue Ramsey

Harap kita dapat mengakhiri period ni dengan 3 mata dan noktah yang tinggi.Lepas tu rehat seminggu (Hujung minggu FA Cup Arsenal tak terlibat sudah) baru boleh fresh bertemu Porto.Arshavin akan mendiamkan Liverpool sekali lagi.Astro ESPN 812 3:40.Cukuplah dengan kekecewaan 2 minggu  lebih ni.Arsenal 3 Liverpool 0.Kali ni gua yakin dan overkonfiden.


0 ulasan: