Khamis, 11 Februari 2010

Post Match : Anjakan Paradigma


Adekah Liverpool sentiasa menjadi anjakan paradigma buat kita? Mungkin.Kerana selepas match di Anfield Arsenal terus dengan rentak tanpa kalah 9 match liga berturut2(10 jika dari Stoke) jadi kita start balik dengan menewaskan kembali mereka malam ini terima kasih pada sublime cross dari Rosicky yang disudahkan dengan powerful header dari Diaby meninggalkan Reina terkapai2. Walaupun bukanlah satu persembahan yang cukup mantap dan kemas dengan beberapa shaky defending,longgarkan sedikit kritik kita dan nikmatilah perasaan kemanangan ini kerana telah lama ia tertangguh.

Wenger menurunkan Eboue berbanding Sagna manakala Bendi start menggantikan useless dan off form Walcott.Rosicky yang assist hanya masuk 30 minit selepas perlawanan bermula menggantikan Nasri yang mengalami kecederaan.Kemasukan Walcott menggantikan Arshavin jugak mengejutkan, mungkin juga pemain yang kerap menghancurkan Liverpool mengalami kecederaan kerana nampak terhincut2 sebelum itu.Terfikir2 bagaimanalah gol akan tiba dengan tak berapa banyak peluang2 yang terhidang dan pertahanan Liverpool menutup rapat.Hanya Bendi dan Rosicky yang berjaya meloloskan diri malangnya finishing kita masih tandus.Sehinggalah gol Diaby yang benar2 melegakan dan riak wajah kegusaran pemain2 yang selama ini mental block nampak berubah bagai bebas dari badi.

Selang berbapa minit Almunia ada jugakla nak menyumbangkan dalam kemenangan ini , melalui tepisan sipi2 jarinya menyaksikan bola rembatan babel mencium palang.Perasaan cemas sentiasa berdebar2 di hati jika anda penykong Arsenal yang pada ketika itu hanya leading 1-0.Banyak perkara yang terbayang2 di benak pemikiran dengan segala memori2 bodoh last2 minit menghantui.Wenger agak kecewa dan bengang dengan tindakan Walcott yang membuang bola pada ketika situasi yang tidak perlu dengan hanya tinggal seminit.Pemain England ini tak serik2 dan tak prenah belajar agaknya.

Howard Webb ada turun naik dalam game dan beberapa kali keputusannya nampak entah apa2.Bendi yang dikatakan dive diberi kad kuning manakala Gerrard raja dive terlepas begitu sahaja.Tapi sebenci2 Webb pada Arsenal mungkin dia lebih membenci Liverpool kerana membiarkan sahaja Fabregas menjadi 'penjaga gol' Arsenal lapisan pertama pada minit2 terakhir perlawanan.kah kah kah.. Apa pun tahniah pada kesemua pemain kerana melalui tempoh sukar dengan penuh kesabaran sebelum kemenangan ini muncul.Harap2 ini betullah satu batu loncatan untuk kita terus memberi cabaran dalam kejuaraan liga.Arsenal diberi lifeline dalam saingan liga apabila Aston Villa hanya mampu seri dan Everton telah mengutip 3 mata.Kemenangan ni pasti akan menaikkan kembali keyakinan ketika fokus kini beralih kepada Champions League.Teruskan mengGunners!


1 ulasan:

Hafez Rachwan berkata...

seronok aku tgk dorang sambut gol, macam lepas semua tekanan