Isnin, 4 Januari 2010

Ramboria





Wenger spot on dengan taktik dia yang memasukkan double changes Nasri dan Diaby yang menggantikan aksi di bawah par dan kurang pendedahan dari Merida dan kapten Jack. Nyata kemasukan kedua2 pemain tersebut menyemarakkan lagi serangan dan menghangatkan tempo Arsenal.Tapi Rambo yang mencuri tumpuan malam tadi, selain gol yang dinanti2 keseluruhan permainannya nampak baik dan semakin matang game by game.Begitu jugak Eduardo yang score 3 daripada 4 perlawanan yang dia start. Nampak senyap tapi tiba2 muncul di saat diperlukan.Itulah tugas the silent predator, biar lawan lalai dan alpa terlupa adanya pemain dan entah datang dari mana,BANG!!  Aku mahu Eduardo terus diberi kepercayaan, dia perlukan lebih banyak minit, dan melihat Wenger menggunakannya 90 minit semalam yakni lebih lama dari biasa adalah suatu yang bagus untuk konfidennya. Vela jugak selepas ditukar posisi bersama Dudu di mana dia mengambil bahagian kiri dan Eduardo kembali ke tangah, barulah nampak seakan2 Arsenal.2 assist dan crossing yang baguih adalah sumbangan dari pemain Mexico ini.

Nasib baik Wenger tidak memperjudikan nasib kali ini.Barisan yang diturunkan semalam memang barisan nak menang.Wenger memang desperate nak piala.Takut dah nak acah2.Melihat back 4 semalam aku lega tapi Silvestre tetap Silvestre.Gol dari Diamanti, dia mati dulu la.Mr Potato head nampakyna terperangkap dalam kebesaran kepalanya yang berat kerana gagal memainkan taktik offside.Tapi tak pulak diketahui nasib 2 starter yang asalnya nak diturunkan, SandeROSciky. Ke mana mereka? MIA atau AWOL.

Jadi kita akan bertemu Stoke City away dalam pusingan keempat nanti-satu jadual yang agak sukar-Tipple A buat Arsenal iaitu 3 away Bolton-Stoke-Villa- Cuma pada ketika itu harap tiada lagi krisis kecederaan dan Kapten Cesc telah pulang bermakna kapten Jack boleh carik pengalaman di luar sana.Destinasi mungkin Burnley atau Zola yang dah tepuk2 bahu Wenger semalam nak pinjam.Tukar dengan C.Cole mungkin? Perlu diingat semalam adalah aksi terakhir Song jadi bagaimana Arsenal nak menghadapi hari2 mendatang dalam bulan ni tanpa pemain unsung hero seperti Song adalah satu persoalan.Denilson masih cedera tapi mampu kembali untuk Rabu ni.Begitu juga Cesc yang hanya kembali bertemu Everton.Betapa pentingnya Cesc bagi Arsenal begitulah pentingnya Song yang menakluk bahagian tengah dan memberi balance yang cukup baik.

Wenger mengakui dia memang tengah mencarik player seorang atau dua, posisi apa kita tak tahu.Ura2 mengikut situasi sekarang DM dan striker.Jadi kalau dia biarkan ianya lewat akhir bulan baru nak beli, macam takde guna jugak tapi siapakah yang boleh masuk straight fit dalam pasukan dan bermain Wengerball. Bulan Januari sangat limited pilihannya.Wenger sendiri ingin menunggu pergerakan dari big spender seperti Mancis dan Chelsea .Katany jika jual beli domestik aktif, maka transfer windows akan menjadi sibuk dan sebaliknya. Aku dapat rasakan Wenger mengintai2 player yang tak jauh mana pun, yang penting pemain tersebut perlu dapat memberi impak segera seperti bihun pama. Tak jauh mana bukan bererti jiran sebelah Pakgalicangkul.

Semua dah sedia maklum satu keputusan yang dijangka berlaku dalam satu persaingan di satu venue lain.Tapi Wenger memerli dengan cukup baik pihak di sebelah sana.Katanya kalau kalah pun, diorang ingat diorang ada advantage la dalam persaingan match liga sebab tak payah bersusah2 dengan jadual yang sesak kononnya tapi ia lebih advanage kepada pertemuan UCl sebenarnya.-Tapi apa yang cuba disampaikan di sini ialah Wenger menolong mereka memberi idea untuk memberi alasan.Permainan minda dari Le Prof. Ataupun itu mungkin adalah alasan yang dah siap sedia untuk dikeluarkan jika keputusan Arsenal semalam adalah sebaliknya..ooo sungguh bijak profesor.

Rabu ini pertemuan menentang pasukan tanpa pengurus, Bolton. Sayangnya liputan terhadap pemecatan Magson tak sehebat Hughes walhal aku rasa kedua2nya tak de jauh standard pun.Itulah kuasa duit, dalam sekelip mata boleh jadi popular dan mendapat simpati.Fikir2kanlah. Owen Coyle yang dah bagi kesukaran pada Arsenal dikatakan menjadi pilihan untuk mengambil alih Bolton.Tapi masa yang paling sesuai untuk menwaskan mereka , masa sekarang ni la. Err. tapi dukacita dikhabarkan, seperti tiada live dari Astro untuk siaran ini.


0 ulasan: