Apa lagi yang harus diperkatakan, setiap perlawanan Arsenal menentang Man U pasti menjanjikan fenomena energetic,fantastic, bombastic dan segala tic2 lagi.Realistiknya, game 50:50 kita mampu menang, 1st goal amat penting dalam perlawanan seumpama ini.
Sebelum itu malam tadi di Anfield, kita menunggu2 seorang player Bolton beraksi tapi tak kesampaian.Jack Wilshere, aku harap engkau dapat kutip sebanayak mana pengalaman yang mungkin.Owen Coyle pastinya lega kerana Wenger tak amek hati dengan segala complaint tidak munasabah beberapa minggu sudah serta sudi memberi pinjam aset berharga..Seorang lagi yang masih merupakan 'pemain Arsenal' beraksi dengan cukup mantop ketika membantu majikan barunya Everton mengutip 3 mata dan clean sheet.Harapan Big Phil untuk ke Piala Dunia kini terbuka kembali.
Segala tumpuan diberikan pada Rooney termasuk dengan Wenger2 sekali bagi pujian menggunung terhadap player England ini.Walau anda pernah 'main' dengan nenek tua ke tapi jika anda Englishman dan beraksi hebat di atas padang, media akan tetap membantu anda, mem'backing' anda semampu yang mungkin.Itulah untungnya menjadi anak emas media.Tapi kalau main dengan awek orang, lebih teruk lagi orang itu adalah member sendiri dan bekas rakan sepasukan, itu media tak dapet nak nolong aih.
Berbalik kepada clash of the titans.. Mungkin United akan turun dengan taktik yang sama ketika bertemu City, 4-5-1. Kehilangan Rio Ferdinand yang dikorbankan semata2 match derby tempoh hari pasti menguatkan faktor bahawa mereka nak taknak terpaksa mengusai bahagian tengah untuk mengekang Arsenal.Aku dapat melihat Fletcher mempunyai tugas yang sama seperti perlawanan awal musim iaitu tendang orang sana sini.Suntikan moral bagi United adalah kepulangan Nemanja yang tak berapa manja Vidic. Perlu diingat, selain Shrek ade beberapa muka lain yang boleh tampil memberi kesusahan kepada Arsenal terutama muka2 old kerepot seperti Giggs atau Sholes.
Dan ARsenal sendiri ada kuda tua yang boleh diharap dalam Sol Campbell.Sol, soul nya Arsenal.Persembahan yang boleh dibanggakan ketika masuk menggantikan Mael Rabu lalu membuatkan penyokong2 Arsenal terkenang akan zaman invincible .Walaupun Mael sedaya upaya cuba dikembalikan untuk match penting malam ini, Campbell mungkin mendapat 2nd home debut nya.Pertama kalai menyarung jersey merah putih setelah kali terakhir dia bermain di Highbury dengan jersey maroon. Bahagian tengah , Song adalh penting, walaupun kepenatan tapi aku yakin jika Cameroon masih lagi bertanding pada peringkat ini, Song tetap akan diturunkan jadi pada aku tak banyak bezanya.Song juga mesti tak mahu terlepas dari beraksi match2 seperti ini.Fabregas pemain paling berpengaruh Arsenal ketika ini dengan 11 gol dan 11 assist .JIka Mael tidak dapat beraksi mungkin Fabrregas akan diberikan tugas dari deep position membantu Song mengekang midfield United.
Tapi dari 4-3-3 mungkin Wenger akan menukarkannya kepada 4-4-1-1 mengiku kesesuaian perlawanan. Bahagian tengah adalah jentera paling penting.Selain Fabregas dan Song, Rosicky akan terlibat sama link up baik punya dengan Fabregas di kawasan2 yang seni.Nasri jugak mampu bertindak dengan kawalan2 bola yang kemas di tight2 area. Kehadiran Denilson malam ini bergantung pada starting Bendi.Jika pemain Bendi yang tak berapa nak match fit itu start, maka Denilson mungkin akan direhatkan tapi jika Bendi diberi peluang untuk masuk sebagai option ketika Arsenal buntu, Denilson memperoleh peluang untuk buktikan dia jugak ada sumbangan yang boleh diberikan.Key man dalam big match, bak kata Wenger tak lain dan tak bukan Arshavin.Nampak senyap2 jek tapi tibe2 muncul.Itulah fungsi pemain Russia ni.Tidaklah setinggi Stalin tapi aura power nya boleh tahan.
-----------------Almunia----------------
Sagna------Gallas----Campbell---Clichy
-------------Song---Fabregas----------
----------------Nasri------------------
---Rosicky----Bendi----Arshavin------
*Kehadiran Denilson bergantung pada Bendi, dan debut Campbell bergantung pada Mael.
Arsenal perlu menang dan 3 mata tersangat2lah penting untuk keep track dengan pencabar2 lain.Tiada kejayaan lebih manis jika nak menang liga selain daripada mengalahkan pencabar sendiri.Dapat mata penuh,dapat gagalkan diorang dapat mata, siap boleh pintas mereka..Itulah pentingnya match2 rivalry seperti ini. Astro ESPN 11.55 pm.Arsenal 2 ManU 1.
0 ulasan:
Catat Ulasan