Sabtu, 17 Oktober 2009

Pre Match:Sesuatu masih segar di ingatan

Berkesempatan juga hamba menulis sedikit ringkasan untuk pre match malam ini,ops, awal pagi ini..2.30am(DELAYED)-ADukan kepada AStro rasa ketidak puas hatian anda.Oh ya sebelum itu, Arsenalaysia mengucapkan Happy Deepavali kepada mereka yang berbangsa India.

Sah, Sol Campbell telah pun menjalani latihan dengan Arsenal tapi sekadar bantuan untuk Sup itu terus panas dan kekal fit.Ditanya kemungkinan untuk kontrak sebagai pemain, Wenger pantas membalas 'tidak, Arsenal hanya membantu dia mengekalkan bentuk badan daripada masalah boroi'.

Februari 2008 adalah kali terakhir Arsenal bertemu dengan Birmingham dan siapa tak ingat tragedi di St Andrews itu di mana ia menjadi titik tolak kejatuhan ARsenal musim tersebut.Di awal perlawanan menyaksikan Eduardo patah kaki dengan begitu parah akibat tackle jahat dari si Mat Taylor, Walcott menjaringkan gol pertama liga, dan kemudian Clichy ditangkap tidur sebelum Gallas terhegeh2 menangis seorang diri dengan penuuh emosi sebaik tamat perlawanan, hari dimana Gallas tahu, segalanya berakhir dari situ-pleuang Arsenal untuk menjulang trofi liga- dan mulai dari saat itulah Gallas sering dipersoalkan selaku kapten hingga serangan bertubi2 digasak oleh media menyaksikan akhirnya Gallas terpaksa akur dipecat musim lepas.

Namun itu semua cerita dulu, cerita 2 musim lepas.Ini hari skripnya pasti berbeza.Cuma watak2 dan pelakon penting tidak turut sama.Eduardo, Martin Taylor dan Clichy masing2 diketepikan akibat kecederaan.Yang ada tinggal Gallas seorang dan Walcott yang menjaringkan 2 gol kali terakhir kita bertemu dengan meraka.Namun rentetan kemenangan bergaya Arsenal di Emirates dalam perlawanan liga musim ini, para pundit menjangkakan Arsenal tidak ada masalah untuk mengulangi kejayaan besar yang sama.Ini sekaligus akan memecahkan rekod Alex Mcleish yang tidak pernah tewas di tangan Arsene Wenger.

Kembalinya almunia dari 'chest infection' Almunia menyaksikan persaingan di pintu gol tapi tibe2 Fabianski dikhabarkan terpaksa menghadapi minor sttback jadi Almunia dan Manone akane menentukan posisi no 1 malam ini.Bendi(groin) manakala Vela (flight jauh) turut terlepas aksi malam nanti.

Arshavin mengarahkan agar rakan2 seperjuangan menambahkan keyakinan pada diri sendiri dan percaya pada kemampuan rakan sepasukan.Ape yang penting ditunjukkan adalah karisma dan perwatakan.Arsahvin menambah dia akan sentiasa tersenyum jika bermain bola dengan cara yang cantik dan menghiburkan tapi tidak jika main long ball, defend tendang bola, striker kejar ,seperti Birmingham katanya.

ARSENAL VS BIRMINGHAM LIVE STREAMING

---------Almunia----------
Sagna--Gallas--Mael--Gibbs
---------Song--------------
----Fabregas--Diaby-------
--Rosicky-RVP--Arshavin---

Arsenal dilihat tak punya masalah kerana rekod kita dalam 3 perlawanan lepas di Emirates tak kurang 4 bijik.Yang hanya merisaukan adalah Internationaleleh yang mengganggu perancangan dan kelancaran form itu hari. Jadi pilih lah nak sama2 merasainya secara live di online streaming ataupun duduk dalam gua.Aku pilih duduk dalam gua akibat faktor internet yang tidak sihat beberapa hari ini.Arsenal 4-Birmingham 0.Astro Star Sport 2.30 Am.-delayed.


0 ulasan: